16 Tips Penjagaan Kereta Anda

Berikut merupakan tips penjagaan kereta yang perlu anda titik beratkan.

Penjagaan kereta amat penting supaya semua komponen enjin dapat berfungsi dengan baik dan pengunaan dalam tempoh masa yang lama.

Tanpa penjagaan ini, kemungkinan kereta anda mengalami kerosakan yang lebih banyak sehingga ke tahap yang serius.

Google Ads

Sebagai langkah awal, anda harus melakukan pemeriksaan atau penukaran seperti berikut :

1 Minyak Enjin

Tips penjagaan kereta anda / servis minyak
Penukaran minyak enjin
  • Minyak enjin mineral ( biasa ) – 5000km atau 3 bulan.
  • Minyak semi sintetik – 7000km.
  • Fully sintetik – 10,000km.
  • Servis minyak harus dibuat apabila sampai masanya.
  • Untuk mengelakan komponen, oil seal dan sistem pelinciran rosak.

Jenis Minyak Enjin Kereta Sebagai Rujukan Anda :

2 Oil Filter

Tips penjagaan kereta anda/ tukar oil filter
Penukaran oil filter
  • Penukaran oil filter dilakukan setiap kali minyak enjin ditukar.
  • Oil filter yang tidak ditukar akan menyebabkan fiter tersumbat dan minyak tidak sampai kepada komponen yang bergerak dalam enjin.
  • Menyebabkan enjin jammed.

Jenis Oil Filter kereta Sebagai Rujukan Anda :

3 Spark Plug

Tips penjagaan kereta anda /tukar spark plug
Penukaran spark plug
  • Penukaran setiap 20,000km ( mengikut manual book ).
  • Plug boleh mencapai 30,000 – 40,000km penggunaan.
  • Apabila melebihi 40,000km elektrod akan menjadi nipis.
  • Boleh juga mengakibatkan kereta tidak cukup power, pembakaran enjin tidak stabil serta enjin bergegar kerana spark pada plug tidak mencukupi.

Jenis Spark Plug Kereta Sebagai Rujukan Anda :

4 Bateri Kereta

Tips penjagaan kereta anda/ tukar bateri baru
Penukaran bateri
  • Bateri kereta boleh bertahan selama 18 – 2 tahun serta boleh mencapai 3 tahun penggunaan.
  • Bergantung kepada penjagaan bateri yang berterusan.
  • Air bateri yang kurang perlu di tambah ke paras yang betul.
  • Bateri sel kering – ketahanan bateri bergantung kepada kualiti bateri yang dibeli.
  • Walaupun bateri sel kering di anggap bagus, tetapi ia tidak menjamin ketahanan bateri tersebut sampai kepada tahap penggunaan maximum.

Jenis Bateri Kereta Sebagai Rujukan Anda :

5 Timing Belt

Tips penjagaan kereta anda / tukar timing belt
Penukaran timing belt
  • Ditukar sebelum mencapai 100,000km.
  • Penukaran sebaiknya dibuat apabila perjalanan mencapai 85,000 – 90,000km.
  • Selepas 100,000km timing belt akan putus pada bila – bila masa sahaja.
  • Timing belt yang putus boleh menyebabkan valve bengkok, piston pecah kerana valve akan bersentuhan dengan piston.
  • Disyorkan timing belt set dibeli untuk 100,000km perjalanan kenderaan.

Jenis Timing belt kereta Sebagai Rujukan Anda :

6 Clutch Lining Set

Tips penjagaan kereta anda/ tukar set clutch
Penukaran clutch lining
  • Tukar setiap 100,000km (ini yang ditetapkan oleh pengilang).
  • Penggunaan clutch yang betul akan memanjangkan tempoh kerosakan clutch set ( tidak semestinya 100,000km tukar ).
  • Pengunaan clutch yang salah, sebagai contoh selalu menekan clutch, ini mengakibatkan clutch akan cepat haus.
  • Clutch ditekan apabila hendak menukar gear ataupun untuk melepaskan sambungan kuasa dari enjin ( free gear ).

Jenis Clutch Lining Set Kereta Sebagai Rujukan Anda :

7 Fuel Filter

Tips penjagaan kereta anda / tukar fuel filter
Penukaran fuel filter
  • Tukar setiap 40,000km.
  • Penukaran juga boleh dilakukan selepas 2 kali servis minyak enjin.
  • Ia bergantung juga kepada harga fuel filter, kalau murah setiap kali servis minyak enjin ditukar sekali.
  • Jika ia tidak ditukar, ini menyebabkan enjin tidak cukup power, enjin semput, dan enjin sukar dihidupkan apabila sampai ke tahap yg serius.
  • Ini kerana fuel filter sumbat dan minyak tidak sampai ke sistem pembakaran enjin.

Jenis Fuel Filter Kereta Sebagai Rujukan Anda :

8 Air Filter

Tips penjagaan kereta anda / tukar air filter
Penukaran air filter
  • Air filter ditukar setiap 20,000km.
  • Jika element filter tidak begitu kotor ( hitam ) hanya perlu bersihkan dengan air compressor.
  • Untuk K&N Type filter hanya perlu dibersihkan saja.
  • Jika filter tidak ditukar ini akan merosakan sistem kerana udara yang tidak ditapis dengan bersih akan merosakan dinding silinder, kaburator, throttle body, turbo dan sebagainya.

Jenis Air Filter Kereta Sebagai Rujukan Anda :

9 Atf Oil

Penukaran minyak automatik transmission fluid
  • Tukar setiap 20,000km.
  • Jika penukaran tidak mengikut jadual yang ditetapkan ini akan merosakan gearbox auto anda.
  • Perlu dingatkan kos repair gearbox auto adalah tinggi.

Jenis Minyak Automatic Transmission Fluid Sebagai Rujukan Anda :

10 Gear Oil

Penukaran manual gearbox oil
  • Tukar setiap 60,000km.
  • Periksa paras/keadaan minyak setiap kali servis minyak enjin.
  • Jika minyak gearbox berwarna hitam sebaiknya tukar.

Jenis Minyak Gearbox Kereta Sebagai Rujukan Anda :

11 Radiator Coolant

Penukaran radiator coolant
  • Tukar setiap 60,000km.
  • Walaupun coolant dalam radiator masih kelihatan hijau/merah tetapi tahap kefungsian serta kualitinya akan hilang jika digunakan dalam tempoh masa yang lama.

Jenis Coolant Kereta Sebagai Rujukan Anda:

12 Timing Chain

Penukaran timing chain
  • Timing chain tukar sebelum 400,000km.
  • Petanda awal timing chain mulai rosak adalah terdapat bunyi yang bergeseran pada cover timing chain.
  • Jika tidak ditukar akan terjadinya ‘timing lompat’ dan enjin tidak dapat dihidupkan.

Jenis Timing Chain Kereta Sebagai Rujukan Anda :

13 Brake Oil

Tips penjagaan kereta / tukar minyak brek
Penukaran brake oil
  • Tukar setiap 60,000km.
  • Minyak brek ditukar apabila terdapat mendapan hitam dalam takungan.
  • Mendapan ini akan menyebabkan saluran hose brek tersumbat.
  • Menyebabkan cecair brek tidak sampai sepenuhnya di brek caliper atau wheel cylinder.
  • Penggunaan minyak brek yang terlalu lama juga akan merosakan getah pada piston brek.

Jenis Brake Oil Kereta Sebagai Rujukan Anda:

14 Minyak Power steering

Tips Penjagaan kereta/ tukar minyak power steering
Penukaran minyak power steering
  • Tukar setiap 60,000km.
  • Minyak power steering akan menjadi hitam apabila terlalu lama digunakan.
  • Ini terhasil daripada geseran dalam steering pump.
  • Penggunaan minyak power steering yang terlalu lama juga akan menyebabkan steering menjadi berat dan merosakan pump, oil seal dan hose.

Jenis Minyak Power Steering Kereta Sebagai Rujukan Anda :

15 Water Pump

Tips penjagaan kereta / tukar waterpump
Penukaran water pump
  • Sebaiknya water pump ditukar selepas timing belt ditukar untuk kali kedua.
  • Jika tidak ditukar water pump akan jammed dan mengakibatkan enjin panas lampau.

Jenis Water Pump Kereta Sebagai Rujukan Anda :

16 Belting Kereta

Tips penjagaan kereta / tukar belting
Penukaran Belting Kereta
  • Disyorkan tukar 2 – 3 tahun sekali.
  • Penggunaan belting yang terlalu lama akan menyebabkan belt akan retak dan akan mengeluarkan bunyi semasa hidupkan enjin atau dalam pemanduan.
  • Belting ini berfungsi untuk memusingkan air compressor, water pump, altenator serta power steering pump.
  • Jika belting ini putus, 4 komponen ini tidak berfungsi dan boleh mendatangkan banyak masalah kepada enjin kereta serta mengancam pemanduan anda, sebagai contoh enjin menjadi panas, pusingan steering keras, bateri tidak dapat dicas dan sebagainya.

Jenis Belting Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga dengan adanya tips penjagaan kereta ini dapat menjadi panduan kepada kita semua untuk menjaga kereta sendiri supaya dapat digunakan dalam jangka masa yang lama!

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *