9 Jenama Minyak Enjin Pilihan Terbaik

 

9 jenis jenama minyak enjin terbaik

 Berikut merupakan 9 Jenama Minyak Enjin Pilihan Terbaik. 

Anda bingung untuk memilih jenama terbaik untuk service kereta anda?

Memilih minyak enjin untuk kenderaan bukanlah sesuatu yang mudah.

Ini kerana, pemilihan minyak enjin yang terbaik dan bersesuaian akan menjamin prestasi dan ketahanan enjin kenderaan anda.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan minyak enjin antaranya ialah, kelikatan minyak, jenis minyak dan jenis enjin kenderaan itu sendiri.

Dalam post  ini, saya membawakan anda 9 jenama minyak enjin pilihan terbaik yang mengandungi fully synthetic dan semi synthetic.

Sebelum itu kita lihat perbezaan minyak pelincir fully sintetik, semi sentetik dan mineral.

Apakah perbezaan antara minyak pelincir ‘fully sintetik, semi sintetik dan mineral’?

Minyak pelincir ‘fully sintetik’ dihasilkan daripada 2 komponen iaitu Polyalphaolefins dan Ester yang diadun bersama bahan aditif lain untuk kelancaran enjin lebih sempurna.

Sesuai digunakan untuk enjin kereta-kereta moden berbanding model lama.

Minyak pelincir ‘semi sintetik’ pula adalah campuran antara minyak sintetik dan mineral yang dapat melindungi enjin anda semasa bergerak aktif. 

Manakala minyak pelincir jenis mineral pula adalah sejenis minyak mentah petroleum yang ditapis ataupun dipanggil sebagai ‘motor oil’.

Minyak enjin yang dipilih juga haruslah mengikut kesesuaian.

Kali ini, saya bawakan 9 jenama minyak enjin pilihan terbaik dan berkualiti untuk kenderaan anda bagi memastikan enjin kereta sentiasa dalam keadaan baik dan lancar.

Google Ads

9 Jenama Minyak Enjin Pilihan Terbaik.

Bold semi synthetic 5w 30 9 jenama minyak enjin pilihan terbaik
1. BOLD Semi Synthetic SN 5W-30 Engine Oil Lubricant (4L)

 Minyak enjin semi sintetik

  • Baik untuk semua jenis kereta termasuk model lama.
  • Minyak enjin perimium dan semi sintetik.
  • Mencuci dan melindungi enjin dengan baik.

Menghalang pembentukan kotoran & sludge pada enjin.

Minyak enjin semi sintetik premium ini berprestasi tinggi dicipta khas untuk mencuci dan melindungi enjin kereta anda di tahap maksima.

Terbaik untuk semua jenis pemanduan dan menghalang daripada pembentukan kotoran dan sludge yang melekat pada enjin.

Dilengkapi dengan teknologi pembersihan khas sehingga 20% pada enjin kereta dan meminimakan getaran pada enjin agar bunyinya lancar serta pemanduan lebih senyap.

Contoh minyak enjin Bold semi synthetic

 

Mizu semi synthetic 10w - 40

2. MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil

Khas untuk kereta keluaran dari Jepun seperti Nissan Almera dan Toyota Vios.

  • Penggunaan 100% bahan mentah asli- khas untuk kenderaan buatan Eropah & Jepun.
  • Kurangkan kadar pengumpulan kotoran pada enjin.
  • Minyak enjin semi sintetik ini direka khas untuk enjin kenderaan buatan Eropah dan Jepun
  • Minyak utamanya mempunyai kualiti premium dicampur dengan pengawet untuk memberi kuasa minyak enjin lebih baik. 

Ianya menjamin kebersihan enjin dengan mengurangkan kadar kotoran sekaligus melindungi dan memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan.

Penggunaan minyak ini juga memudahkan lagi penghidupan kenderaan ketika enjin berada dalam keadaan sejuk.

Contoh minyak enjin Mizu semi synthetic

Neo 10 - 30
3. NEO 10W-30 Special for Perodua Kancil/ Kelisa (3L)

Istimewa untuk kenderaan lebih kecil dan sesuai untuk Kancil/Kelisa.

Diperbuat dari 100% minyak asas tulen, minyak enjin ini adalah pilihan tepat untuk kereta Kancil.

Kualitinya setaraf dengan minyak enjin jenama tersohor dan mahal yang lain.

Ianya melindungi enjin bagi memastikan pemanduan sentiasa di tahap prestasi optimum. 

Boleh digunakan sehingga 7000 km pada satu-satu masa untuk mengurangkan kadar penukaran minyak enjin.

Tidak perlu lagi setiap kali balik dari perjalanan jauh, anda menghantar untuk menukar minyak pelincir.

Contoh minyak enjin Neo 10w – 30

Castrol magnetic 10w - 30 semi synthetic SN/CF

4. CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil (4L)

Pilihan terbaik untuk enjin kereta lokal seperti MyVi dan Alza.

  • Sesuai untuk kereta tempatan.
  • melindungi enjin agar tahan lebih lama.
  • Enjin kereta tidak mudah rosak.

Minyak enjin ini bersesuaian untuk kenderaan dari jenama produk tempatan seperti Myvi dan Alza kerana ianya boleh menyatu dengan permukaan metal untuk memastikan komponen enjin lebih tahan pakai.

Selain itu, jika berlaku kehabisan minyak enjin, ianya akan mengutamakan pelinciran pada komponen kritikal agar enjin tidak rosak. 

Dikombinasi dengan menggunakan teknologi sintetik untuk meningkatkan perlindungan pada enjin kenderaan dalam apa jua suhu dan gaya pemanduan.

Sesuai juga untuk kereta yang menggunakan petrol biasa atau diesel.

Lihat minyak Castrol magnatec 

Petronas Syntium 10w - 40 synthetic 800 SN/CF
5. PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil

Untuk kenderaan buatan Malaysia  Proton Persona dan Waja.

  • Elakkan kereta ‘breakdown’ dengan teknologi CoolTech.
  • minyak lebih likat & pengoksidaan enjin tahan lama.
  • Sesuai untuk anda yang kerap melakukan perjalanan.

Minyak enjin dengan Cooltech Technology ini boleh mengelakkan kereta anda mengalami ‘breakdown’ di tengah jalan.

Ianya cekap dalam mengawal kotoran untuk memberikan pemanduan yang terbaik dan lancar. 

Minyak ini cukup stabil dalam kelikatan, kawalan suhu dan pengoksidan agar enjin tahan lama tanpa kompromi terhadap prestasi.

Contoh minyak enjin Petronas Syntium 10w – 40

 

Produa Fully synthetic SAE 0w - 20

6. PERODUA Fully Synthetic SAE 0W-20 Engine Oil

  • Teman baik untuk enjin kenderaan Axia dan Bezza.
  • Sesuai untuk kenderaan berekonomi.
  • Kestabilan haba & pengoskidaan yang baik.
  • Antara jenama minyak enjin premium.

Minyak enjin ekonomi ini sesuai untuk kegunaan enjin Axia dan Bezza.

Ianya memberi perlindungan luar biasa pada enjin tanpa mengira suhu serta tahan haus semasa cold-start.

Ianya juga memberikan penjimatan berganda minyak petrol buat kenderaan anda. 

Minyak ini mempunyai kestabilan haba dan pengoksidan yang baik untuk tempoh pemakaian lebih lama. Sangat selamat untuk enjin kenderaan anda.

Contoh minyak enjin Produa Fully Synthetic

Honda SN 0w - 30 Full synthetic7. Honda SN 0W-30 Engine Oil Full Synthetic (4L)

  • Sesuai untuk semua jenis kereta berjenama Honda.
  • Lindungi enjin daripada kerosakan yang teruk.
  • Bahan aditif untuk kekal kebersihan enjin.
  • Enjin beroperasi lebih senyap.

Kualiti minyak enjin ini mendapat kelulusan daripada bahagian Honda Research & Development (R&D) di Jepun, terbaik digunakan untuk semua jenis kereta Honda.

Ianya berkualiti untuk memberi perlindungan yang maksima dan jangka hayat enjin kereta Honda akan tahan lebih lama daripada biasa. 

Dengan mengandungi bahan aditif pembersih, enjin kereta anda akan kekal bersih berpanjangan.

Tidak perlu ke workshop selalu untuk memeriksa keadaan enjin dan ianya beroperasi lebih senyap.

Contoh minyak enjin Honda SN 0w – 30 fully synthetic

Liqui moly Mos2 10w - 40 semi synthetic

8. LIQUI MOLY MOS2 10W40 Semi Synthetic Engine Oil (4l)

  • Minyak hitam terbaik untuk ketahanan enjin lebih lama
  • Likat dan kematangan yang stabil.
  • Sesuai untuk semua kereta yang guna diesel & petrol.
  • Ciri cold – start terbaik.

Dikatakan minyak enjin dari jenama ini top di pasaran, ianya mempunyai kelikatan dan kematangan yang stabil.

Minyak enjin dari Liqui Moly ini sesuai untuk enjin petrol dan diesel tanpa gas turbocharging serta caj penyejukan udara. 

Minyak ini bertindak dalam suhu rendah serta mempunyai ciri cold-start yang baik.

Anda tidak perlu menukar minyak enjin dengan kerap kerana ianya diperbuat dari mineral terpilih dan dasar minyak sintetik.

Contoh minyak enjin Liqui Moly mos2 10w – 40 semi synthetic

 

Valvoline synthetic 5w - 40 full synthetic 9 jenama minyak enjin pilihan terbaik
9. VALVOLINE Synpower 5W-40 Full Synthetic Engine Oil (4L)

  • Sesuai untuk kereta dengan odometer melebihi 10,000km.
  • Diimport dari USA dengan kualiti terbaik.
  • Tiada masalah untuk cold – start enjin.
  • Sesuai untuk perjalanan yang kerap.
  • Harga yang mahal.

Minyak enjin yang diimport daripada USA ini diformulasi dengan bahan minyak sintetik dijamin berkualiti serta terbaik untuk kegunaan kereta berprestasi tinggi dan trak ringan yang menggunakan petrol biasa atau diesel.

Ianya memberi perlindungan sepenuhnya ke atas enjin anda tanpa menyebabkan sebarang kerosakan. 

Kereta anda juga akan kurang terjadinya ‘breakdown’ dan tidak ada masalah untuk menghidupkan enjin di waktu pagi (cold-start).

Contoh minyak enjin Valvoline synpower 5w – 40 full synthetic 

Semoga dengan adanya 9 jenama minyak enjin pilihan terbaik ini dapat membantu anda dalam pemilihan minyak enjin yang berkualiti untuk kereta kesayangan anda.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *