Anda pemilik kereta toyota avanza 1.3/1.5?
Risau servis di bengkel dalam situasi covid 19?
Anda ingin melakukan servis toyota avanza sendiri dirumah?
Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan cara – cara melakukan servis minyak enjin kereta avanza anda dengan mudah dan senang.
Anda juga boleh membuat pembelian online jika tidak berkesempatan untuk membeli alat ganti di kedai spare parts.
Google Ads
Sebelum itu, anda harus menyediakan peralatan dan alat ganti seperti berikut :
- Minyak Enjin 4 liter.
- Oil filter Avanza.
- Oil filter remover.
- Stiker Servis.
- Peralatan tangan yang secukupnya.
Berikut merupakan langkah – langkah servis minyak enjin :
1 Buka Penutup Minyak Enjin
- Buka penutup minyak enjin.
- Untuk melancarkan minyak enjin keluar.
2 Buka Nut Drain Plug
- Sediakan takungan minyak.
- Untuk pengetahuan anda drain plug ini telah resaiz nut kerana kerosakan tread asal.
- Size nut asal adalah 14, gunakan spannar size 14.
- Dengan menggunakan Spanar size 17, buka nut drain plug.
- Salirkan minyak ke dalam takungan.
- Biarkan selama 10 – 15 minit.
- Pastikan minyak enjin enjin keluar sepenuhnya.
3 Buka Oil Filter
- Buka oil filter dengan menggunakan oil filter wrench.
- Pastikan takungan di bawah oil filter.
- Untuk mengelakan minyak mengotorkan lantai.
4 Bersihkan Permukaan Housing
- Bersihkan permukaan filter housing.
5 Sapukan Minyak Pada Filter
- Sapukan sedikit minyak pada permukaan o – ring filter.
- Supaya o-ring tidak rosak semasa dipasang pada housing.
6 Pasangkan Oil Filter
- Pasangkan oil filter pada housing.
- Ketatkan dengan menggunakan tangan.
8 Ketatkan Nut Drain Plug
- Ketatkan nut drain plug.
- Berhati – hati apabila mengikat nut drain plug.
- Kerana Tread pada oil sump amat mudah rosak.
- Jangan ikat terlalu kuat.
9 Isi minyak Enjin Baru
- Isikan minyak kedalam enjin.
- Kapasiti minyak enjin untuk avanza lebih kurang 3.80 liter.
- Jangan isikan minyak melebihi paras kerana ini mengakibatkan enjin menjadi berat.
10 Hidupkan Enjin
- Hidupkan enjin selama 3 – 4 minit.
- Untuk membolehkan minyak enjin masuk ke dalam sistem pelinciran.
- Selepas itu matikan enjin .
11 Periksa Paras Minyak
- Periksa paras minyak pada dipstick.
- Paras yang betul adalah garisan atas.
- Jika minyak kurang, tambahkan sehingga paras yang tepat.
12 Rekodkan Servis
- Rekodkan servis pada stiker servis.
- Ini bertujuan untuk anda tahu servis seterusnya.
Amat mudah bukan?
Sebenarnya cara servis ini adalah sama untuk semua jenis kenderaan cuma yang membezakan parts, lokasi dan size spanar yang digunakan.
Semoga dengan adanya servis toyota avanza ini dapat membantu anda dalam melakukan kerja – kerja servis keretaย avanza anda dengan mudah dan jimat kos!
Selamat mencuba.
Baca juga : 6 Tanda steering Rack Rosak Pada Kereta.
Trbaik ๐๐๐