Anda mencari tanda bateri kereta rosak?
Dalam post ini, saya ingin berkongsi dengan anda dalam mengenal pasti tanda – tanda kerosakan bateri kereta dengan senang dan mudah difahami.
Google Ads
Sebelum itu, kita kenali fungsi bateri dalam kereta.
Fungsi Bateri Kereta :
- Menyimpan cas elektrik yang dicas daripada alternator.
- Membekalkan cas elektrik kepada kereta.
Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan bateri pada kereta :
1 Kereta Sukar Untuk Dihidupkan
- Kereta sukar dihidupkan terutamanya pada awal pagi sebelum memulakan perjalanan.
- Terdapat bunyi ‘ Traak’ Traak’ Traak’ ketika enjin hendak dihidupkan.
- Ini merupakan petanda bateri kereta anda perlu ditukar.
2 Lampu Amaran Menyala
- Lampu amaran bateri menyala pada panel dashboard meter.
- Ini juga kemungkinan bateri/anternator kereta anda perlu ditukar.
Cara untuk memastikan bateri/alternator yang rosak :
- Cabut Terminal ( – ) bateri.
- Jika enjin kereta mati bermakna alternator rosak.
- Jika enjin kereta tidak mati bermakna bateri kereta rosak.
- Periksa juga sambungan kabel bateri kemungkinan longgar dan menyebabkan lampu amaran menyala.
- Periksa juga vol bateri dengan menggunakan multimeter.
- 12v ke bawah – bateri kereta telah rosak ( tidak dapat menyimpan cas dengan lama ).
- 13v ke atas – bateri dalam keadaan yang baik.
Bacaan Voltmeter Bateri :
3 Terdapat Bau Asid
- Terdapat bau asid yang terhasil daripada bateri.
- Ini kerana berlaku kerosakan pada komponen dalaman bateri.
- Ini mengakibatkan bau asid dilepaskan keluar dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
- Saya pernah mengalami sendiri pada kereta Myvi Best 1.3.
- Tukarkan bateri baru untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.
4 Alram Kereta Berbunyi Tidak Menentu
- Alram kereta berbunyi tidak menentu walaupun semua pintu tertutup rapat dan sistem alram dalam keadaan baik.
- Ini selalu terjadi kepada kereta model Proton/Toyota.
- Ini petanda awal bateri kereta anda mulai rosak.
5 Kotak Bateri Kembang
- Kotak bateri mengembang dari size asal.
- Ini kerana bateri terdedah kepada suhu panas yang melampau hasil dari pada cas yang overload.
- Element dalman bateri kemungkinan besar telah rosak.
- Tukar bateri baru.
6 Bateri Perlu Di jumper
- Bateri kereta perlu dijumper sebanyak 3 kali seminggu.
- Ini kerana cas tidak dapat disimpan lama di bateri.
- Jika terjadi pada bateri baru, periksa alternator, sambungan wiring atau fius dari sebarang kerosakan.
- Tukarkan bateri baru.
7 Lampu Malap
- Lampu kereta malap.
- Dapat dilihat pada lampu dashboard, head lamp dan komponen elektronik lain sebelum menghidupkan enjin.
- Periksa juga alternator kemungkinan akan mengalami kerosakan.
8 Meter Rpm Tidak menentu
- Meter rpm naik turun ketika mula enjin dihidupkan atau kereta berhenti.
- Ini boleh terjadi apabila throttle body kotor atau terminal bateri yang kotor.
- Kerana cas tidak dapat dibekalkan sepenuhnya kepada kereta dan mengakibatkan rpm tidak menentu.
9 Tempoh Penggunaan Bateri
- Tempoh hayat penggunaan bateri boleh mencapai 2 hingga 2 tahun setengah apabila ia diselenggara dengan baik.
- Ada juga bateri yang mampu bertahan sehingga 3 tahun penggunaan.
- Terdapat 2 jenis bateri iaitu Bateri sel kering dan sel basah.
Tips Penjagaan Bateri :
- Elakan paras air bateri kurang daripaa level.
- Bersihkan terminal bateri sekiranya kotor.
- Kurangkan penggunaan peralatan aksesori elektrik yang terlalu banyak.
Jenis bateri yang digunakan pada kereta :
- Bateri Kereta Proton.
- Bateri Kereta Perodua.
- Bateri Kereta Honda.
- Bateri kereta Nissan.
- Bateri kereta Isuzu.
- Bateri kereta Ford.
- Bateri kereta Toyota.
Ringkas tetapi mudah difahami bukan ?
Semoga dengan adanya tanda bateri kereta rosak yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam memastikan bateri kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik.
Baca Juga : 7 Tanda Alternator Rosak Pada Kereta.
semoga bermanfaat.. terima kasih.
https://peroduabranch.online
terima kasih atas perkongsian