Belting kereta anda rosak ?
Sukar mengesan tanda belting rosak pada kereta ?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengesan tanda kerosakan belting pada kereta dengan mudah dan sangat senang difahami.
Google Ads
Fungsi belting pada kereta :
- Untuk memusingkan water pump, compressor aircond, power steering pump, alternator dan sebagainya.
Google Ads
Berikut merupakan tanda belting rosak pada kereta :
1 Retakan Pada Jalur Belting
- Pendedahan berterusan terhadap suhu tinggi dan tekanan melengkung disekitar pulley menyebabkan keretakan.
- Keretakan bermula dari atas jalur belting dan berkembang ke garis belting.
- Tukarkan belting baru.
2 Potongan Getah Terkeluar Dari Belting
- Haba, jangka hayat adalah penyebab utama.
- Gantikan belting baru.
3 Tali Halus Pada Alur Belting
- Pemasangan belting yang salah pada pulley.
- Kekurangan tegangan.
- Sering berlaku pada enjin diesel.
- Tukarkan belting baru.
- Pastikan belting masuk ke alur pulley.
- Periksa ketegangan belting.
4 Belakang Belting Melecet
- Belting bergeselan dengan objek asing semasa berpusing.
- Ketegangan belting tidak betul.
- Periksa ketegangan belting.
- Tukarkan belting jika mengalami kerosakan teruk.
5 Jalur Belting Tertanggal atau Koyak
- Pemasangan belting yang tidak betul.
- Salah satu jalur belting terkeluar ke luar menyebabkan belting berpusing tanpa sokongan.
- Pasangkan belting pada alur pulley dengan betul.
- Periksa ketegangan belting.
- Jika belting mengalami kerosakan teruk, tukarkan untuk penggunaan jangka panjang.
6 Kehausan Jalur Belting Tidak Sekata
- Terdapat benda asing yang melekat pada pulley dan menyebabkan kehausan yang tidak sekata.
- Bersihkan pulley dari segala benda asing.
- Ketatkan belting mengikut ketegangan yang betul.
7 Terdapat lubang, Benjolan dan Cebisan Kain
- Terdapat batu kecil antara alur belting dan pulley.
- Periksa dan bersihkan bahagian belting dan pulley.
- Jika belting mengalami kerosakan teruk tukarkan belting baru.
8 Kerosakan Jalur Luar Belting
- Belting luar mungkin berlapis atau senget.
- Menyebabkan bunyi pada belting.
- Ketidak seimbangan pemasangan belting.
- Jika belting mengalami kerosakan teruk tukarkan dengan belting baru.
9 Terdapat Kesan Minyak
- Terdapat kesan minyak pada permukaan belting.
- Minyak dan gris adalah musuh utama utuk getah.
- Minyak akan melemahkan ikatan kompoun dan mengakibatkan belting lembut dan keras.
- Hilangkan kesan minyak pada permukaan belting.
10 Belting Putus
- Penggunaan lama serta jangka hayat belting.
- Tukarkan belting baru.
Berikut Merupakan Jenis Beling Kereta Untuk Rujukan Anda :
- Belting Perodua Myvi.
- Belting Perodua Alza.
- Belting Perodua Bezza.
- Belting Perodua Kenari.
- Belting Perodua Kelisa.
- Belting Perodua Viva.
- Belting Perodua Axia.
- Belting Perodua Kembara.
- Belting Perodua Kancil.
- Belting Proton Iswara.
- Belting Proton Wira.
- Belting Proton Waja.
- Belting Proton Iriz.
- Belting Proton Persona.
- Belting Proton Preve.
- Belting Proton Saga FLX.
- Belting Proton Gen2.
- Belting Proton BLM.
- Belting Proton Exora.
- Belting Proton Perdana V6.
- Belting Toyota Avanza.
- Belting Toyota Vios/Yaris.
Tukarkan belting kereta anda 2 atau 3 tahun sekali untuk mengelakan kerosakan serius kepada komponen lain yang berkaitan.
Sangat mudah bukan ?
Diharapkan semoga cara mengenal pasti tanda belting rosak ini dapat menjadi panduan kepada anda untuk memeriksa belting kereta anda supaya sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
Baca Juga : 8 Tanda gearbox Auto Rosak Pada Kereta.