Rotor disc kereta anda mengalami kerosakan ?
Sukar untuk mengenal pasti tanda – tanda awal kerosakan ?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tanda rotor disc rosak pada kereta yang sangat mudah dan senang difahami.
Google Ads
Antara tanda kerosakan pada rotor disc ialah :
1 Gegaran Pada Steering
- Gegaran dirasakan pada steering apabila brek ditekan semasa dalam pemanduan.
- Ini menandakan rotor disc tidak rata dan bengkok.
- Jika kerosakan terlalu teruk, gegaran dapat dirasakan pada dasborard kereta.
- Kecekapan untuk membrek juga akan kurang.
- Skimming atau tukarkan rotor disc jika terdapat kerosakan teruk.
2 Gegaran Pada Pedal Brek
- Gegaran pada pedal brek apabila brek ditekan semasa dalam pemanduan.
- Gegaran ini biasanya berlaku sekaligus dengan steering.
- Ini menandakan rotor disc tidak rata dan bengkok.
- Tukarkan rotor disc baru untuk penggunaan jangka panjang.
3 Kesan Calar Pada Rotor Disc
- Kesan calar adalah biasa pada rotor disc.
- Untuk cengkaman brek yang baik, permukaan disc haruslah licin.
- Jika kesan calar terlalu banyak, ini akan menyebabkan brek tidak mencengkam dengan sempurna.
- Kehausan brek pad juga tidak sekata.
- Kesan calar ini terjadi apabila terdapat benda asing yang tersepit pada celah rotor disc, endapan habuk brek, brek pad habis, serta penggunaan pad brek yang terlalu keras.
- Skimming atau tukarkan sekali rotor disc dan brek pad untuk kendalian brek yang lebih baik.
4 Keretakan Pada Rotor Disc
- Terdapat keretakan pada permukaan rotor disc.
- Ini berlaku apabila sistem brek kerap kali melalui proses kitaran haba ( dari panas kepada sejuk ) serta jangka hayat rotor disc.
- Ini merupakan tanda rotor disc rosak yang teruk.
- Tukarkan rotor disc baru.
5 Kehausan Tepi
- Kehausan pada rotor disc.
- Kelihatan bibir pada tepi rotor disc.
- Penggunaan brek pad yang keras juga boleh menyebabkan berlaku terjadinya kehausan ini.
- Jika kehausan tidak begitu teruk, skimming permukaan tepi disc rotor.
- Jika kehausan disc terlalu dalam, disyorkan tukarkan rotor disc baru.
6 Rotor Disc Sumbing
- Keadaan ini sangat jarang berlaku.
- Ini terjadi apabila rotor disc terkena pada objek keras seperti batu, besi dan sebagainya.
- Mengakibatkan gegaran pada steering dan pedal ketika menekan brek serta kehausan brek pad tidak sekata.
- Tukarkan rotor disc baru.
Berikut merupakan jenis rotor disc untuk kereta sebagai rujukan anda :
- Rotor Disc Proton Wira.
- Rotor Disc Proton Waja
- Rotor Disc Proton Perdana.
- Rotor Disc Proton Saga Flx.
- Rotor Disc Proton Saga Blm.
- Rotor Disc Proton Iswara
- Rotor Disc Proton Gen 2.
- Rotor Disc Proton Persona.
- Rotor Disc Proton Exora.
- Rotor Disc Perodua Myvi.
- Rotor Disc Perodua Bezza.
- Rotor Disc Perodua kembara.
- Rotor Disc Perodua Rusa.
- Rotor Disc Perodua Axia.
- Rotor Disc Perodua Kancil
- Rotor Disc Perodua Kenari.
- Rotor Disc Perodua Alza.
- Rotor Disc Perodua Viva.
- Rotor Disc Toyota Avanza.
- Rotor Disc Toyota Vigo.
- Rotor Disc Toyota Sr.
- Rotor Disc Toyota Landcruiser RJ70.
- Rotor Disc Isuzu Trooper.
- Rotor Disc Ford Ranger.
- Rotor Disc Toyota Hiace Hiroof.
Semoga post ini dapat menjadi panduan kepada anda dalam mengenal pasti kerosakan pada rotor disc kereta anda !
Baca Juga : 5 Tanda Clutch Kereta Habis.