Anda sedang mencari tanda water pump kereta rosak ?
Dalam post ini, saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengenal pasti kerosakan water pump kereta anda dengan senang dan mudah.
Water pump kereta perlu diganti apabila perjalanan kereta telah mencapai 140,000km hingga 190,000km.
Bagaimanapun, banyak faktor berbeza yang memaksa alat ganti tersebut diganti lebih awal.
Google Ads
Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan water pump pada kereta :
1 Karat dan Kakisan
- Karat dan kakisan terjadi akibat penggunaan air ( coolant ) yang tercemar atau berkualiti rendah.
- Karat ini mengakibatkan impeller jammed serta tidak dapat mengepam air dalam sistem penyejukan dan menyebabkan enjin menjadi panas.
- Kerosakan pada water pump ini menyebabkan air berbuih.
2 Mendapan Terbina
- Mendapan ini terjadi akibat daripada cecair penyejukan tercemar dan berkualiti rendah.
- Kesannya, berlaku pembentukan enapan serta kerak.
- Ini akan menggangu kelancaran operasi water pump.
3 Peronggan (cavitation)
- Rongga wap, atau buih dalam sistem penyejukan enjin boleh menyebabkan tekanan pada water pump serta merosakan komponen sistem penyejukan yang lain.
- Kosongkan cecair sistem penyejukan dan gantikan coolant baru serta gantikan water pump baharu.
4 Terdapat Kebocoran
- Terdapat kebocoran atau keretakan pada water pump housing.
- Kerosakan ini terjadi akibat daripada jangka hayat penggunaan water pump.
- Kebocoran ini akan mengakibatkan cecair sistem penyejukan akan kurang.
- Periksa atau tukarkan water pump baharu untuk mengelakan kerosakan lebih teruk berlaku.
5 Lubang Leleh Bocor
- Kebocoran lubang leleh adalah normal selepas water pump baru dipasang.
- Jika ia kebocoran berterusan ini bermakna cecair penyejukan tercemar atau alat ganti yang rosak.
- Tukarkan water pump baharu.
6 Terdapat Bunyi
- Terdapat bunyi pada water pump apabila enjin dihdupkan.
- Untuk mempastikan bunyi terhasil daripada water pump, buka belting pada water pump dan pusingkan dengan tangan.
- Jika pusingan pulley water pump tidak lancar ini bermakna berlaku kerosakan pada bearing water pump.
- Kegagalan anda menukar water pump akan mengakibatkan kerosakan teruk pada enjin kereta anda.
- Jika anda tidak pasti tentang bunyi water pump, hantar kereta anda ke bengkel untuk membuat pemeriksaan.
- Tukarkan water pum baharu.
7 Shaft Patah atau Rosak
- Kerosakan pada shaft ini berpunca daripada belting kereta yang melebihi had tegangan.
- Ini akan merosakan shaft dan bearing water pump.
- Tukarkan water pump baru.
8 Water Pump Jammed
- Sampai kepada satu tahap, water pump akan jammed.
- Ini disebabkan oleh jangka hayat serta pengunaan coolant yang tercemar dan tidak diselanggara dengan baik.
- Water pump akan menyebabkan enjin menjadi berat, belting bunyi bising serta enjin susah dihidupkan seperti bateri kereta rosak.
- Pastikan kerosakan water pump dan gantikan baharu.
Jenis Water Pump Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Water Pump Perodua Myvi.
- Water Pump Perodua Kembara.
- Water Pump Perodua Viva.
- Water Pump Perodua Bezza.
- Water Pump Perodua Axia.
- Water Pump Produa Alza.
- Water Pump Kelisa.
- Water Pump Kenari.
- Water Pump Perodua Kancil.
- Water Pump Perodua Rusa.
- Water Pump Proton Waja.
- Water Pump Proton Preve ( Set ).
- Water Pump Proton Exora ( Set )
- Water Pump Proton Inspira.
- Water Pump Proton Gen 2.
- Water Pump Proton Perdana.
- Water Pump Proton Persona ( set )
- Water Pump Proton Supirma S.
- Water Pump Proton Saga Fl/FLX ( Set ).
- Water Pump Honda Jazz.
- Water Pump Toyota Vios.
- Water Pump Toyota Vigo.
- Water Pump Isuzu Dmax.
- Water Pump Isuzu Trooper.
- Water Pump Ford Ranger.
- Water Pump Kia Spectra.
- Water Pump Naza Citra.
- Water Pump Toyota Rush.
- Water Pump Toyota Hiace.
- Water Pump Toyota Avanza.
Kegagalan water pump berfungsi mengakibatkan kerosakan besar kepada enjin kereta anda!
Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda.
Baca Juga : 5 Tanda Brake Caliper Rosak Pada Kereta.