Anda perlukan cara untuk menukar absorber kereta vios ?
Anda ingin melakukanya sendiri dirumah ?
Inginkan cara yang mudah serta jimat kos ?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara- cara menukar absorber belakang Toyota Vios Model 2009 dengan mudah dan senang untuk difahami.
Google Ads
Sebelum tukar absorber vios, anda perlu sediakan peralatan lengkap seperti berikut :
Langkah – Langkah Membuka Absorber Belakang Vios :
1 Longgarkan Nut Tayar
- Longgarkan terlebih dahulu nut tayar kenderaan anda.
2 Jack Kenderaan
- Selepas longgarkan nut tayar, jack badan kenderaan anda.
- Letakan jack stand di bicu kenderaan sebagai langkah keselamatan.
3 Letakan Tayar di bawah Kenderaan
- Buka nut dan tayar.
- Selain jack stand letakan tayar di bawah kenderaan sebagai langkah keselamatan.
- Untuk mengelakan perkara yang diluar jangkaan berlaku.
4 Buka Nut Seat Belakang
- Buka nut seat belakang.
- Gunakan Box spana size 12.
- Tekan sedikit seat bawah kenderaan untuk membolehkan nut dicapai oleh spanar box anda.
5 Buka Seat Belakang
- Tolak ke atas dan keluarkan seat atas .
- Buka seat belakang dengan berhati – hati
6 Buka Nut atas Absorber
- Longgarkan dan buka nut atas absorber belakang.
- Gunakan spanar size 17 dan size 14 ( common ring ).
- Nut size 14 berfungsi sebagai lock kepada nut 17 sebagai safety untuk mengelakan berlaku kelonggar nut.
7 Buka Nut Bawah Absorber
- Longgarkan dan buka nut bawah absorber.
- Gunakan spanar size 14.
- Jika Spanar jenis common ring tidak sesuai, gunakan box spanar.
8 Keluarkan Absorber Belakang
- Keluarkan absorber lama dari kenderaan dengan berhati – hati.
- Periksa keadaan absorber kereta anda.
- Tekan shaft absorber, jika shaft absorber lambat naik atau tersekat, bermakna absorber kereta anda telah rosak.
- Untuk Absorber jenis minyak, terdapat kebocoran minyak berlaku apabila absorber rosak.
- Tukar absorber vios anda adalah langkah terbaik.
9 Buka Absorber Cover
- Buka absorber cover pada absorber lama.
- Periksa sama ada terdapat kesan koyak atau pecah.
- Jika terdapat kerosakan gantikan absorber cover baru.
- Absorber cover bertujuan untuk melindungi absorber shaft daripada kotoran yang boleh menyebabkan kerosakan absorber.
10 Pasangkan Absorber Cover
- Pasangkan absorber cover pada absorber baru.
- Untuk langkah pemasangan ulangi langkah – langkah dari no 10 sehingga no 1.
- Pastikan anda memeriksa kekuatan nut absorber serta nut tayar.
Berikut Merupakan Jenis Absorber Toyota Vios Sebagai Rujukan Anda :
- Shock Absorber Toyota Vios.
- Vios Proexpert Absorber NCP93, NCP42, NCP 150.
- Vios Gab Absorber NCP93, NCP42, NCP150.
- Vios KYB ULTRA RS Absorber NCP93.
- Vios TIEN ENDURA PRO PLUS Absorber NCP93.
- Vios MONROE Absorber NCP93.
- Adjustable Shock Absorber Toyota Vios.
Sangat mudah bukan ?
Semoga Post ini dapat menambahkan lagi ilmu serta pengalaman anda dalam kerja – kerja penukaran absorber belakang kereta Toyota Vios Kesayangan anda !
Baca Juga : 8 Kesan Absorber Rosak Pada Kereta Anda.