5 Tanda Wiper Motor Rosak Pada Kereta

Anda sedang mencari tanda wiper motor rosak pada kereta?

Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan ?

Untuk post ini, saya ingin kongsikan dengan anda cara mengesan tanda – tanda kerosakan motor wiper kereta untuk memudahkan anda untuk memeriksa serta menukar alat ganti yang sesuai pada sistem Wiper kereta anda.

Sebelum itu, kenali terlebih dahulu komponen yang terdapat pada sistem wiper kereta.

FUNGSI KOMPONEN WINDSHIELD WIPERS SYSTEM

1 Column Switch

Column Switch
  • Berfungsi untuk membuka dan menutup litar sistem pengelap serta menentukan kelajuan wiper motor.
  • Sebagai rujukan anda boleh melihat disini Wiper Column Switch Kereta.

2 Shaft Cover

Shaft Cover
  • Menutup penyambungan antara Wiper Arm and Blade Assembly dan Lingkage.

3 Wiper Arm and Blade Assembly

Wiper Arm and Blade

Wiper Arm

  • Merupakan rangkaian yang mengerakan bilah pengelap untuk mengelap air atau kotoran yang terdapat pada cermin kereta.

Wiper Blade

  • Merupakan bilah getah synthetic bagi menyapu air atau kotoran yang terdapat pada cermin.
  • Untuk rujukan anda boleh melihat disini Wiper Arm Kereta.

4 Wiper Motor

Wiper Motor
  • Wiper motor ( DC ) menghasilkan kuasa putaran bagi menggerakan Wiper Arm and Blade Assembly.

5 Front Deck Garnish

Deck Garnish
  • Berfungsi untuk menutup rangkaian Wiper Arm.

6 Linkage

Linkage
  • Satu unit penyambung yang menghubungkan antara Wiper motor dengan Wiper Arm.
  • Sebagai rujukan anda boleh melihat disini Linkage kereta.

7 Washer Hose

Washer Hose
  • Saluran paip untuk menyalurkan air kepada Washer Nozzle.

8 Washer Nozzle

Nozzle
  • Berfungsi untuk memancutkan semburan air ke atas cermin.
  • Sebagai rujukan anda boleh melihat disini Wiper Nozzle.

9 Washer Tank

Tank
  • Bekas untuk menakung air bagi tujuan membersihkan cermin.
  • Sebagai rujukan anda boleh melihat disini Wiper tank kereta.

10 Washer Motor

Washer Motor
  • Satu unit pam untuk mengepam air untuk disalurkan kepada sistem pengelap.
  • Sebagai rujukan anda boleh melihat disini Wiper Washer Motor.

Berikut Merupakan Tanda Kerosakan Motor Wiper :

1 Gerakan Wiper Perlahan

Gerakan Wiper perlahan
  • Ini disebabkan oleh bahagian sistem penggerak Wiper yang berkarat dan kotor dan memberi kesan kepada arus elektrik.
  • Bersihkan karat dengan cecair anti karat ( WD40 ) untuk melancarkan pergerakan sistem Wiper.
  • Pastikan dahulu kerosakan komponen sebelum membeli alat ganti baharu.

2 Wiper Tidak Bergerak

Wiper tidak bergerak
  • Kemungkinan berpunca dari motor Wiper.
  • Ini adalah tanda Wiper motor rosak yang ketara.
  • Periksa juga fius, suis atau sambungan wiring kemungkinan mengalami kerosakan yang serius dan perlu diganti.
  • Jika berpunca dari motor wiper, sebaiknya gantikan motor Wiper baharu.

3 Motor Wiper Rosak

Kerosakan motor Wiper
  • Berlaku kerosakan pada gegelung yang terbakar disebabkan oleh litar pintas arus elektrik dalam kereta.
  • Jika ini berlaku, motor wiper kereta anda rosak sepenuhnya.
  • Gantikan motor Wiper baharu.

4 Kerosakan Pada Sambungan Wiring

Kerosakan sambungan wiring
  • Kerosakan soket, fius, suis dan wiring boleh menyebabkan kegagalan motor Wiper berfungsi.
  • Kenal pasti terlebih dahulu kerosakan untuk mendapatkan alat ganti yang betul.

5 Jangka Hayat

Jangka hayat penggunaan
  • Jangka hayat penggunaan wiper juga akan merosakan motor Wiper.
  • Periksa dahulu kerosakan komponen berkaitan dengan sistem Wiper sebelum menukar motor Wiper baharu.

Jenis Motor Wiper Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda terutamanya dalam penjagaan sistem Wiper kereta agar pemanduan anda lebih selamat !

Baca Juga : 5 Tanda Wiper Kereta Rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *