Anda sedang mencari punca kereta berdengung semasa dalam pemanduan ?
Sukar untuk mengenal pasti punca masalah ini ?
Untuk post ini, saya ingin berkongsi kepada anda punca kereta berdengung semasa dalam pemanduan dengan mudah dan senang untuk difahami.
Berikut Antara Punca Kereta Berdengung :
1 Bunga Tayar yang Kasar
- Antara penyebab kereta berdengung adalah keadaan bunga tayar yang kasar.
- Bunyi ini jelas dirasakan apabila melalui jalan yang berturap.
- Gunakan tayar yang bersesuaian dengan keadaan jalan raya.
2 Kerosakan Pada Bunga Tayar
- Kerosakan bunga tayar adalah salah satu punca tayar berdengung.
- Penggunaan tayar yang expire serta terdapat kesan rekahan juga punca masalah ini.
- Elakan menggunakan tayar yang expire serta rosak.
- Saya pernah mengalami ketika menggunakan kereta Viva 850c, tayar berdengung atau bunyi bersiul ketika dalam pemanduan yang laju kerana terdapat keretakan dan rekahan pada bunga tayar.
- Kenal pasti jenis kerosakan sebelum menukar tayar baharu.
3 Kerosakan Pada Bearing
- Bunyi berdengung juga berpunca daripada kerosakan pada tayar bearing.
- Ini kerana kehausan dari bearing tayar akibat penggunaan yang lama.
- Periksa keadaan bearing tayar kereta anda sama ada kekeringan gris atau longgar.
- Jika mengalami kerosakan gantikan bearing baharu untuk keselamatan semasa dalam pemanduan.
4 Kerosakan Pada Bearing Gearbox
- Bunyi berdengung dalam pemanduan yang laju.
- Ia sama bunyi dengan kerosakan bearing tayar.
- Bunyi ini juga berpunca dari kerosakan bearing gear dalam gearbox.
- Ini adalah kesan penggunaan lama dan jangka hayat bearing.
- Periksa juga paras minyak gearbox, jika paras minyak gearbox kurang daripada level, ini juga mengakibatkan bunyi kasar serta berdengung semasa dalam pemanduan.
- Buat pemeriksaan dengan teliti untuk mendapatkan alat ganti yang betul.
5 Kerosakan Pada Bearing Axle
- Bunyi berdengung juga terjadi apabila bearing pada axle rosak.
- Sedikit kesukaran untuk menentukan kerosakan pada bahagian ini kerana ia berdekatan dengan tayar bearing.
- Untuk kepastian, hantar kenderaan di bengkel untuk pemeriksaan.
Jenis Bearing Tayar kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Tayar Bearing Perodua Viva.
- Tayar Bearing Perodua Myvi.
- Tayar Bearing Perodua Kelisa.
- Tayar Bearing Perodua Kenari.
- Tayar Bearing Perodua Kembara.
- Tayar Bearing Perodua Alza.
- Tayar Bearing Perodua Kancil.
- Tayar Bearing Perodua Viva.
- Tayar Bearing Perodua Bezza
- Tayar Bearing Perodua Axia.
- Tayar Bearing Perodua Rusa.
- Tayar Bearing Proton Waja.
- Tayar Bearing Proton Iswara.
- Tayar Bearing Proton wira.
- Tayar Bearing Proton Persona.
- Tayar Bearing Proton Perdana.
- Tayar Bearing Proton Exora.
- Tayar Bearing Proton Preve.
- Tayar Bearing Proton Gen 2.
- Tayar Bearing Proton Saga flx.
- Tayar Bearing Proton Saga Blm.
- Tayar Bearing Toyota Avanza.
- Tayar Bering Toyota Innova.
- Tayar Bearing ToyotaVios.
- Tayar Bearing Honda City.
- Tayar Bearing Naza Citra.
- Tayar Bearing Nissan Grand Livina.
Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda untuk memeriksa atau mengenal pasti kerosakan sekiranya perkara seperti ini berlaku pada kereta anda !
Baca Juga : 3 Tanda Bearing Tayar Rosak Pada Kereta.