Lampu brek ketiga tidak menyala ?
Sukar untuk mengenal pasti punca kerosakan ini ?
Dalam post ini, saya ingin berkongsi kepada anda punca – punca brek ketiga tidak menyala untuk mengelakan kemalangan, terutamanya kereta yang berada dibelakang kenderaan anda apabila anda menekan brek.
Berikut Merupakan Punca Lampu Brek Ketiga Tidak Menyala :
1 Kerosakan Pada Bulb
- Kerosakan bulb juga mengakibatkan lampu brek ketiga tidak menyala.
- Periksa bulh sama ada filamen dalaman putus atau tidak.
- Periksa juga sambungan soket kemungkinan berkarat dan terdapat kotoran akibat penggunaan yang lama.
- Tukarkan Bulb baharu.
2 Kerosakan Brake Switch
- Brake switch berfungsi untuk menyambung dan memutuskan arus elektrik pada lampu ketiga brake.
- Kerosakan brake switch ini mengakibatkan lampu ketiga tidak menyala.
- Selain itu, kerosakan brake switch ini mengakibatkan lampu brek ketiga tidak padam.
- Lokasi Brake switch ini terdapat pada brek pedal.
- Pastikan dahulu jenis kerosakan untuk mendapatkan alat ganti yang betul.
3 Kerosakan Pada Sambungan Soket
- Periksa sambungan soket kemungkinan mengalami kelonggaran dan menyebabkan elektrik tidak dapat disalurkan.
- Periksa keadaan pin penyambung bulb.
4 Kerosakan Sambungan Wiring
- Periksa sambungan wiring kemungkinan putus atau reput.
- Jika kerosakan teruk, gantikan wayar baru untuk membolehkan brake ketiga berfungsi dengan baik.
5 Jangka Hayat
- Penggunaan yang lama juga menyebabkan kerosakan pada komponen lampu brek ketiga kereta.
- Anda boleh membuat pemeriksan menyeluruh pada bahagian lampu brek ketiga.
Cara Brake Switch Berfungsi :
- Apabila pedal brek ditekan, arus elektrik akan disambungkan dan lampu ketiga akan menyala ( anak panah bertanda merah ).
- Apabila pedal brek dilepaskan, arus elektrik akan diputuskan dan lampu ketiga akan padam ( anak panah berwarna hijau ).
Berikut Merupakan Jenis Brake Switch Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Brake Switch Proton Waja.
- Brake Switch Proton Wira.
- Brake Switch Proton Iswara.
- Brake Switch Proton Saga FL/FLX.
- Brake Switch Proton Persona.
- Brake Switch Proton Preve.
- Brake Switch Proton Gen 2.
- Brake Switch Proton Exora.
- Brake Switch Proton Perdana.
- Brake Switch Proton Saga BLM.
- Brake Switch Perodua Myvi.
- Brake Switch Perodua Alza.
- Brake Switch Perodua Kembara.
- Brake Switch Perodua Rusa.
- Brake Switch Perodua Bezza.
- Brake Switch Perodua Axia.
- Brake Switch Perodua Bezza.
- Brake Switch Perodua Kancil.
- Brake Switch Perodua Kelisa.
- Brake Switch Perodua Kenari.
- Brake Switch Toyota Avanza
- Brake Switch Toyota Vigo.
- Brake Switch Toyota Hiace.
- Brake Switch Honda City.
- Brake Switch Toyota Vios.
- Brake Switch Nissan Grand Livina.
- Brake Switch Isuzu Dmax.
- Brake Switch Nissan Navara.
- Brake Switch Ford Ranger.
Sangat mudah bukan ?
Pastikan lampu brek kereta anda sentiasa berfungsi dengan baik bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku semasa dalam pemanduan !
Baca Juga : 5 Punca Brek kereta panas.