Cara Servis Proton Iswara atau Wira Dengan Mudah

service wiraservice iswara

service iswara sedan

Berikut merupakan cara servis proton iswara atau wira dengan mudah.

Mugkin anda adalah salah seorang pemilik kereta jenis Proton iswara atau Wira?

Anda tercari – cari cara servis yang paling mudah untuk kereta jenis ini?

Google Ads

Dalam post ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cara untuk General  dan Minor service untuk kenderaan jenis ini.

Kebaikannya cara ini boleh diguna pakai untuk semua jenis kenderaan serta anda boleh melakukannya sendiri dirumah.

APAKAH MAKSUD GENERAL SERVICE ?

General Service adalah kenderaan harus diperiksa/penukaran secara menyeluruh seperti:

  • Engine oil.
  • Air filter.
  • Gearbox oil.
  • Axle oil ( untuk kenderaan yang mempunyai axle .
  • Greasing ( untuk setiap komponen yang mempunyai nipple grease).
  • Brake oil level.
  • Clutch pump oil.
  • Battery water.
  • wiper water level.
  • Lampu.
  • Tekanan angin tayar.
  • Air radiator.

General Service ini biasanya dilakukan apabila perjalanan kenderaan telah mencapai 12,000km dan 12 bulan ( sekali dalam setahun ).

Tujuannya adalah untuk menjaga jangka hayat dan prestasi kenderaan.

APAKAH MAKSUD MINOR SERVICE?

Minor service adalah pemeriksaan/ penukaran kepada bahagian asas sahaja seperti:

  • Engine oil.
  • Service air filter ( Tiup habuk menggunakan air compressor).
  • Cek level air radiator.
  • Cek level ATF ( automatic gearbox oil ) / gearbox oil.
  • Level air wiper.

Minor Service dilakukan apabila perjalanan kenderaan mencapai 6,000km atau 6bulan.

Sebelum melakukan kerja – kerja service ini, anda perlu menyediakan peralatan tangan dan alat ganti yang secukupnya ( general service ) seperti :

Langkah – langkah Kerja ( buka )

  • Buka penutup minyak pada enjin.
  • Sediakan takungan,buka drain plug nut pada crank case.
  • Salirkan minyak hitam kedalam takungan,biarkan selama 5 – 10 minit ( pastikan Minyak hitam keluar sepenuhnya ).
  • Buka oil filter.
  • Buka air cleaner.
  • Buka drain hole pada raditor ( bawah radiator ) salirkan keluar coolant lama.
  • Buka nut drain plug pada gearbox, salirkan ke takungan biarkan selama 5-10 minit ( bergantung kepada besar gearbox ).
  • Periksa paras air wiper.
  • Periksa paras air bateri.

Langkah – langkah Penyudahan ( General Service )

  • Tutup dan ketatkan nut drain plug ( crank case ).
  • Pasangkan Oil Filter,sapukan sedikit minyak pada o-ring filter ( ketatkan dengan menggunakan tangan )
  • Tuangkan minyak enjin baru ( masukan separuh /8/10 daripada minyak enjin ).
  • Periksa level minyak pada dip stik( penyukat paras minyak) pastikan pada paras ‘F’.
  • Isikan minyak gearbox / ATF oil ( minyak gearbox akan melimpah jika penuh untuk manual, manakala ATF oil di level ‘cold’ untuk auto ).
  • Start enjin dan biarkan selama 1-2 minit untuk membolehkan minyak masuk dalam sistem pelinciran enjin.
  • Matikan enjin dan periksa paras minyak enjin, jika belum mencukupi tambahkan sehingga paras ‘F’.
  • ( Untuk automatic gearbox paras minyak ATF pada tanda ‘hot‘ selepas enjin dimatikan.
  • Jangan isikan minyak terlalu penuh kerana ini menyebabkan enjin kereta berat.

Sebenarnya cara servis proton iswara atau wira ini adalah sama sahaja untuk semua jenis kenderaan.

Cuma yang membezakan lokasi,alat ganti dan saiz spanar sahaja.

Semoga cara ini akan memberikan manafaat kepada anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *