Starter kereta kancil anda rosak ?
Anda ingin servis sendiri tetapi kurang mahir ?
Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda khasnya kepada pemilik kereta Perodua Kancil tentang cara – cara untuk servis starter kereta kancil dengan mudah dan senang untuk difahami.
Sebelum itu, anda perlu mengetahui tanda – tanda kerosakan starter :
- Start kosong.
- Bunyi ‘ Tak’ Tak’ pada starter kadang kala pusing dan tidak berpusing.
- Starter berpusing tetapi tidak memusingkan flywheel.
- Enjin berat ketika hendak dihidupkan.
Berikut Merupakan Langkah – Langkah Untuk Servis Starter :
1 Buka Terminal Bateri
- Sebelum membuka starter, terminal bateri perlu dibuka terlebih dahulu untuk mengelakan litar pintas yang boleh merosakan komponen lain.
- Disyorkan anda keluarkan bateri dari kereta untuk lebih ruangan dan keselesaan semasa membuka starter.
2 Buka Sambungan Wiring Starter
- Buka sambungan wiring yang terpasang pada starter.
- Wayar ini termasuk Motor Feed Terminal dan Starter Control Circuit.
- Gunakan spanar size 12.
3 Buka Nut Sambungan Starter
- Dengan menggunakan box size 14, buka nut sambungan starter ke gearbox.
- Untuk nut panjang starter, buka dengan lebih teliti kerana ianya adalah bolt dan nut.
- Pastikan nut tidak jatuh ataupun hilang.
- Ruangan untuk pemasangan semula nut ini adalah sempit, ia perlu pasang dengan lebih berhati – hati.
4 Keluarkan Starter Dari Enjin
- Tanggalkan starter daripada sambunga gearbox.
- Keluarkan starter dengan cermat.
5 Buka Nut Starter Housing
- Dengan menggunakan spanar size 8 buka nut sambungan housing sepenuhnya.
- Jika nut keras, semburkan sedikit WD40 untuk mengelakan nut daripada patah.
6 Buka Armature Assembly
- Untuk membuka armature, anda perlu buka nut pada Solenoid dengan menggunakan spanar size 10.
- Bersihkan sepenuhnya komponen ini untuk melancarkan kefungsian starter.
7 Periksa Keadaan Carbon Brush
- Periksa keadaan carbon Brush.
- Jika dilihat pada gambar ini, ini adalah kancil model tahun 2003 yang belum pernah diservis.
- Kelihatan Carbon Brush atas dan bawah perlu diganti manakala kiri kanan masih tebal.
- Untuk penggunaan jangka panjang, gantikan Carbon Brush baharu.
8 Periksa Keadaan Field Coil
- Bersihkan permukaan Field Coil dari sebarang kekotoran.
- Biasanya kotoran ini terhasil daripada habuk Carbon Brush, gris dan geseran daripada bearing.
9 Bersihkan Semua Komponen
- Bersihkan semua komponen dalaman starter.
- Anda boleh menggunakan cecair degreaser atau petrol untuk mendapatkan hasil yang baik.
- Apabila semua komponen telah dibersihkan, pastikan ia kering sepenuhnya sebelum dipasang bagi mengelakan berlaku litar pintas dalam starter yang menyebabkan kerosakan.
10 Periksa Commutator
- Periksa keadaan Communtator.
- Gambar ini menunjukan keadaan Commutator terdapat kesan terbakar akibat penggunaan jangka masa yang lama.
- Bersihkan permukaan Commutator.
11 Bersihkan Commutator
- Bersihkan permukaan Commutator dengan menggunakan kertas pasir yang halus untuk mendapatkan hasil yang baik.
- Pastikan alur pada Commutator dibersihkan.
12 Sapukan Gris Pada Shaft
- Sapukan sedikit gris pada permukaan Shaft Gear untuk melancarkan pergerakan Shift lever.
13 Sapukan Gris Pada Rear Housing Bearing
- Sapukan sedikit gris pada Rear Housing Bearing.
- Ini untuk melancarkan pergerakan pusingan starter.
14 Sapukan Gris Pada Front Housing Bearing
- Sapukan juga sedikit gris pada Front Housing Bearing bagi tujuan kelancaran pergerakan starter apabila ia berpusing.
- Periksa juga keadaan niddle bearing, jika terlalu longgar gantikan bearing baharu.
15 Pasang Semula Komponen Starter
- Pasangkan semua komponen starter seperti mana anda membuka dari awal.
16 Lakukan Ujian Kefungsian Starter
- Sambungkan kabel dari terminal bateri + ( Positif ) ke bahagian Motor Feed Terminal.
- Sambungkan Kabel – ( Negatif ) dari bateri ke bahagian body starter.
17 Cara Sambungan Pengujian Starter
- Sambungan wayar daripada Motor Feed Terminal kepada Sarter Control Circuit.
- Ini membolehkan pinion gear tertolak ke depan dan memusingkan starter.
- Jika Starter berfungsi dengan kelajuan yang sempurna, ianya boleh dipasang pada kenderaan.
- Kebaikan untuk melakukan ujian ini sebelum dipasang ke kereta adalah untuk mengelakan anda membuat kerja yang berulang sekiranya starter tidak berfungsi.
Jenis Starter Kereta Kancil Sebagai Rujukan Anda :
- Starter Perodua Kancil Auto 660/850 ( 1994 – 2009 ).
- Starter Perodua Kancil Manual 660/850 ( 1994 – 2009 ).
Jenis Carbon Brush Kereta Kancil Sebagai Rujukan Anda :
Semoga post ini dapat membantu anda, terutamanya dalam melakukan kerja rombak rawat starter Perodua Kancil kesayangan anda !
Baca Juga : 4 Tanda Starter Kereta Rosak.