Dalam post ini, saya akan terangkan apakah tanda Lower Arm kereta anda telah rosak dan perlu diganti.
Anda dapat jimatkan kos untuk pemeriksaan kerosakan kereta kesayangan anda.
Google Ads
Sebelum itu, kita lihat dahulu serba sedikit tentang fungsi Lower Arm.
Fungsi Lower Arm
- Lower arm adalah komponen kenderaan yang tergolong dalam kategori suspension system.
- Ianya berada dalam kategori yang sama bersama-sama dengan tayar, shock absorber, spring dan linkages.
- Ia berfungsi sebagai pemegang tayar kepada kerangka kereta dan bushing untuk memastikan tayar dalam keadaan betul serta mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.
Tanda Lower Arm Telah Rosak
- Semasa kenderaan bergerak bunyi ‘keeek … kook … keek … kook‘ terutamanya pada bahagian tayar hadapan.
- Steering tidak balance ( stabil ) di jalan yang lurus, kenderaan secara sendiri lari ke kanan atau ke kiri tanpa diarahkan.
- Apabila kenderaan melalui jalan yang tidak rata akan keluar bunyi ‘ketak … ketak .. ketak’ pada tayar hadapan.
- Semasa menekan pedal minyak untuk memecut kenderaan tertarik sebelah.
- Selepas buat alignment steering masih tidak seimbang terutama di jalan yang lurus.
- Semasa kenderaan dihenjut turun naik di bonet depan, keluar bunyi dari bawah kenderaan.
- Kehausan tayar tidak sekata dan seragam ( tayar makan sebelah ).
- Semasa memandu steering bergegar dan bergetar.
- Keluar bunyi pada tayar hadapan terutama semasa membrek, lebih – lebih lagi jika di brek secara mengejut.
Kesan Pemanduan Apabila lower Arm Rosak
- Tiada kestabilan dan keselesaan dalam pemanduan.
- Steering sukar di kawal.
- Proses alignment sukar dilakukan.
Contoh Lower Arm Kereta :
- Lower Arm Perodua Kancil.
- Lower Arm Perodua Kelisa.
- Lower Arm Perodua Myvi.
- Lower Arm Perodua Viva.
- Lower Arm Perodua Alza.
- Lower Arm Perodua Kembara.
- Lower Arm Perodua Bezza.
- Lower Arm Perodua Axia.
- Lower Arm Proton Saga FL/FLX.
- Lower Arm Proton Saga Lmst.
- Lower Arm Proton Waja.
- Lower Arm Proton Wira.
- Lower Arm Proton Persona.
Semoga panduan ini memberikan manafaat kepada anda untuk memastikan kestabilan, keselesaan dan keselamatan anda dalam pemanduan.
PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT!
Assalamualaikum. Bagus lah info2 di sini. Semoga Allah kurniakan pahala yg berterusan kepada Tuan. Aamiin
Terima kasih tuan..