Panduan lengkap dan bergambar untuk cara untuk servis brek kereta proton waja.
Brek depan kereta anda perlu di servis?
Anda tercari – cari cara servis brek depan dengan mudah?
Dalam post kali ini, saya ingin menunjukan cara – cara servis brek depan ( caliper ) proton waja.
Google Ads
Sebelum itu:
Bilakah Masa Sesuai Untuk Servis Brek Depan ( Caliper Brake ) kereta anda?
Anda perlu servis brek kereta anda sekiranya tanda-tanda seperti berikut muncul:
- Brek depan cepat panas.
- Brek melekat.
- Cecair brek leaking (pada piston brek).
- Brek depan kurang cengkaman.
- Terdapat bunyi pada slider pin caliper.
Bila ada diantara tanda diatas muncul, jangan tunggu lama. Ia memudaratkan keselamatan.
Untuk servis brek kereta sendiri anda perlukan beberapa peralatan.
Peralatan untuk servis brek kereta
Keperluan ini mesti disediakan sebelum anda memulakan kerja servis.
Anda boleh dapatkan daripada kedai alat ganti kenderaan berdekatan atau lagi mudah order sahaja secara online dari Lazada atau Shopee.
(Saya sertakan pautan bagi setiap peralatan untuk rujukan anda dibawah)
Antara peralatan yang diperlukan untuk anda servis brek kereta proton waja adalah:
1 Set Spanar
Rujukan: Contoh Set Spanar Lengkap
Terutama dan penting. Sediakan set spanar.
Lagi lengkap lagi baik.
Tak rugi keluarkan sedikit belanja untuk dapatkan set spanar yang lengkap dan baik jika anda memang berminat dalam hal ehwal kereta ini.
2 Hydraulic Jack
Rujukan: Contoh Jack Hydraulik Kereta
Hydraulic Jack digunakan untuk mengangkat kenderaan – kereta proton waja anda.
Boleh juga gunakan jack kereta yang disediakan untuk membuka tayar.
Kalau boleh dapatkan set hydraulic jack yang lebih baik, memudahkan dan lebih selamat.
3 Jack Stand
Rujukan: Contoh Jack stand kereta
Penting untuk keselamatan anda ketika servis brek kereta.
Jack stand berfungsi untuk mengekalkan kenderaan anda dalam ketinggian tertentu tanpa jatuh dan membahayakan diri anda.
Mesti sediakan jack stand. Jangan berharap pada jack hydraulic sahaja.
4 Brake Oil Dot3/ Dot4
Rujukan: Contoh Brake Oil Dot3 / Dot 4
Diperlukan sebagai cecair penambah semasa proses bleeding nanti.
Proses bleeding adalah proses dimana anda membuang angin brek sewaktu servis nanti.
Jenis minyak brake (brake oil) adalah bergantung pada kereta anda.
Untuk pastikan sama ada anda gunakan minyak dot 3 atau dot 4, sila lihat pada tutup tanki minyak brek pada kereta anda.
5 Brake Caliper Kit Proton Waja
Rujukan: Contoh Brake Caliper Kit Proton Waja.
Perlu anda sediakan. Anda boleh rujuk link yang saya berikan diatas.
6 Rubber Grease
Rujukan: Contoh Rubber Grease
Rubber grease ini penting untuk melancarkan pemasangan piston dan slider pin caliper.
Jangan gunakan grease selain daripada rubber grease.
Ia kemungkinan akan menyebabkan jangka hayat bahagian yang anda letakkan grease menjadi kurang.
Langkah – Langkah Servis Brek Depan Proton Waja
Jika semua peralatan diatas sudah tersedia, maka bolehlah anda mula untuk melakukan @ servis brek brek kereta proton waja anda.
Ikuti langkah berikut:
1 Longgarkan Nut Tayar
2 Letakan Stopper Pada Bahagian Belakang
- Letakan stopper pada tayar belakang sebagai langkah keselamatan.
3 Jack Body Kenderaan
- Dengan menggunakan hydraulic jack / jack asal kereta, jack pada body kenderaan.
4 Letakan Jack di Bicu kenderaan
- Dengan menggunakan jack stand, letakan jack stand di bicu kenderaan ( tempat yang keras ).
5 Buka tayar
- Buka tayar dan letakan tayar di bawah kenderaan sebagai langkah keselamatan.
6 Buka Brake Caliper Set
- Dengan menggunakan spanar, buka brek caliper.
7 Tutup Laluan Cecair Brake
- Tutup laluan cecair bagi mengelakan ia melimpah.
8 Bersihkan Brake Caliper
- Bersihkan brake caliper untuk memudahkan kerja – kerja penukaran kit.
9 Buka Piston Brake Caliper
- Buka piston dengan berhati – hati.
10 Buka Brake caliper Kit ( O-ring dan Piston Boot )
- Buka komponen o – ring dan piston boot.
11 Bersihkan Piston Hole
- Bersihkan lubang piston untuk membuang kotoran dengan menggunakan air bersih.
- Keringkan dengan kain bersih atau air compressor.
11 Bersihkan piston
- Bersihkan piston brek menggunakan kertas pasir halus.
- Elakan daripada piston tercalar.
- Piston yang tercalar dengan teruk akan mengakibatkan kebocoran cecair brek.
12 Buka slider Pin Caliper
- Buka slider pin/ brake caliper pin.
- Salah satu punca brek melekat/ jammed apabila tidak diservis atau ditukar.
Langkah – langkah Memasang Brake CaliperÂ
Selanjutnya proses untuk pemasangan semula brake caliper pada kenderaan anda:
1 Masukan O – Ring
- Masukan o – ring seal dengan teliti.
2 Masukan Brake Caliper Kit baru
Untuk panduan boleh rujuk video ringkas ini:
- Masukkan o – ring dan piston boot baru.
- Letakan sedikit rubber grease pada lubang, agar piston senang masuk.
- Masukan piston ke caliper body dengan berhati – hati.
- Pastikan piston masuk dengan rata.
- Lihat video di atas.
3 Pasangkan Brake Caliper Pada Disc Rotor
- Pasangkan brake pada disc rotor kenudian ketatkan bolt.
- Pastikan disc rotor bebas daripada cecair brek.
- Untuk cengkaman yang lebih baik.
4 Pasangkan Slider Pin
- Pasangkan slider pin/caliper pin yang baru.
- Sapukan sedikit rubber grease pada pin untuk melancarkan pergerakan slider pin.
5 Buang Angin ( Bleeding )
- Proses ini memerlukan 2 orang.
- Lakukan pam dengan menggunakan kaki pada Brake master pump.
- Kemudian tahan ( pam sebanyak 5 kali kemudian tahan ).
- Buka bleeding nipple pada caliper.
- Pastikan cecair brek keluar.
- Untuk memastikan cecair dalam sistem tidak mempunyai udara, pastikan cecair brek yang keluar tidak mempunyai gelembung udara.
6 Tambahkan Brake Oil
- Tambahkan cecair brek jika berkurangan.
- Pastikan paras cecair brek pada Paras ‘MAX’ pada takungan cecair.
7 Pasang Dan Ketatkan Tayar
- Pasang dan ketatkan tayar.
- Bersihkan saki baki cecair brek yang terkena pada kenderaan dengan menggunakan air.
- Kerana cacair brek ini boleh menghakis cat kereta.
8 Jack kenderaan Dan Buka Jack Stand Serta stopper
- Pastikan jack stand telah dibuka dari kenderaan.
- Stopper telah dibuka dari tayar belakang.
- Turunkan kenderaan.
- Pastikan anda ‘Double Check‘ kekuatan nut tayar.
- Kemaskan peralatan tangan anda.
- Uji kendalian brek kereta anda.
Dengan ini proses untuk cara servis brek kereta anda sudah selesai.
Semoga post ini bermanfaat pada anda, lebih – lebih lagi kepada pengguna setia kereta Proton Waja.
Selamat Mencuba!
- Baca juga : 35 Senarai Aksesori Kereta Waja Terkini.