Tutorial Cara Servis Kereta Myvi dengan Mudah

Adakah anda mencari cara servis kereta myvi dengan mudah ?

Jimat kos dan cara yang sangat mudah difahami.

Kebaikannya anda boleh melakukan sendiri di rumah!

Google Ads

Sebelum itu, anda harus menyediakan peralatan dan alat ganti seperti berikut:

Peralatan dan Alat Ganti yang Diperlukan

Peralatan dan alat ganti yang diperlukan

Langkah kerja Servis  Minyak Enjin

Berikut adalah langkah – langkah servis mengikut urutan.

Jika anda sudah bersedia, jom kita mulakan…

1 Jack Kenderaan

Jack kenderaan
  • Jack kenderaan.
  • Untuk memudahkan anda masuk di bawah.
  • Pastikan ada alat keselamatan ( jack stand ).
  • Pastikan kenderaan ada di tempat yang rata.
  • untuk mendapatkan sukatan minyak enjin yang betul.

2 Longgarkan Penutup Minyak

Longgarkan penutup minyak
  • Longgarkan penutup minyak.
  • Bagi memudahkan minyak cepat keluar dari crank case.

3 Buka Nut Drain Plug Pada Crankcase

Buka nut drain plug crankcase
  • Sediakan takungan minyak.
  • Masuk bawah kenderaan.
  • Buka nut crankcase dengan menggunakan T-handle dan Box spanar size 14.

4 Salirkan Minyak Ke dalam Takungan

Salirkan minyak ke dalam takungan
  • Salirkan minyak ke dalam takungan.
  • Biarkan selama 5 – 6 minit.
  • Pastikan minyak lama keluar sepenuhnya.

5 Buka Oil Filter

Buka oil filter
  • Setelah minyak habis keluar.
  • Longgarkan filter dengan menggunakan oil Filter Wrench Tool.
  • Setelah longgar, buka filter dengan menggunakan tangan.
  • Dekatkan takungan dengan oil filter.
  • Bagi mengelakan minyak melimpah ke lantai.

6 Bersihkan Permukaan Filter Housing

Bersihkan permukaan housing filter
  • Bersihkan permukaan housing dengan menggunakan kain bersih.

7 Tutup dan Ketatkan Nut Drain Plug Pada Crankcase

Tutup dan ketatkan nut drain plug
  • Tarik takungan minyak keluar bagi memudahkan kerja.
  • Ketatkan nut crankcase dengan menggunakan T – handle dan box spanar size 14.

8 Sapukan Minyak Pada O – Ring filter

Sapukan minyak pada o-ring filter
  • Sapukan sedikit minyak pada permukaan o – ring.
  • Agar ia tidak terpulas semasa memasang filter.
  • Melancarkan pemasangan oil filter.

8 Pasangkan Oil Filter Pada housing

Pasangkan oil filter pada housing
  • Pasang oil filter baru pada housing.
  • Ikat menggunakan tangan.
  • Jangan gunakan ikat filter dengan filter wrench kerana boleh menyebabkan kerosakan pada filter.

9 Turunkan Jack Kenderaan

Turunkan jack
  • Keluarkan semua peralatan dari bawah kenderaan.
  • Turunkan jack dengan perlahan – lahan.
  • Pastikan jack turun sepenuhnya bagi mendapatkan sukatan minyak yang betul.

10 Buka Air Cleaner

Buka air cleaner
  • Buka penutup air cleaner.
  • Periksa keadaan air cleaner.
  • Jika terdapat hitam yang melampau pada element air cleaner gantikan dengan yang baru.

11 Bersihkan Air Cleaner

Bersihkan air cleaner
  • Jika air cleaner masih kelihatan bersih.
  • Bersihkan dengan menggunakan air compressor.

12 Bersihkan Dalaman Air Cleaner Housing

Bersihkan dalaman air cleaner housing
  • Bersihkan dalaman air cleaner hosing.
  • Pastikan ia bebas dari kotoran seperti habuk dan sebagainya.

13 Pasang Air Cleaner dan Housing

Pasang air cleaner dan housing
  • Pasang air cleaner pada kedudukan yang betul.
  • Pasangkan air cleaner housing dan klipkan.

14 Isikan Minyak Enjin

Isikan minyak enjin baru
  • Buka penutup minyak enjin
  • Isikan minyak enjin baru dengan menggunakan corong agar minyak tidak melimpah.
  • Isikan sehingga 3.50 liter.
  • Tutup penutup minyak enjin

14 Periksa Paras Minyak Enjin

Periksa paras minyak enjin
  • Periksa paras minyak enjin.
  • Pastikan minyak pada level yang betul.

15 Hidupkan Enjin

Hidupkan enjin
  • Hidupkan enjin kereta.
  • Biarkan enjin hidup selama 2 – 3 minit supaya minyak dapat masuk ke dalam sistem pelinciran enjin.

16 Periksa Ketepatan Sukatan Minyak Enjin

Periksa ketepatan sukatan minyak enjin
  • Matikan switch enjin.
  • Selepas enjin dihidupkan tadi minyak akan berkurangan sedikit kerana ia masuk kedalam filter dan komponen enjin lain.
  • Periksa level minyak.
  • Jika berkurangan tambahkan sehingga ke paras yang betul.
  • Jangan isikan minyak lebih dari sukatan.
  • Kerana ini mengakibatkan kendalian enjin menjadi berat.
  • Sukatan yang betul adalah tanda yang kedua dari bawah dipstick.

17 Periksa Paras Air Bateri

Periksa paras air bateri
  • Periksa paras air bateri.
  • Tambahkan jika berkurangan.

18 Periksa Paras Air Wiper

Periksa paras air wiper
  • Periksa paras air wiper.
  • Tambahkan air jika berkurangan.

19 Periksa Paras Air Radiator

Periksa paras air radiator
  • Periksa paras air radiator.
  • Tambahkan jika berkurangan.

20 Rekodkan Servis Anda Pada Stiker

Rekodkan servis pada stiker
  • Rekodkan servis pada stiker.
  • Contoh 154 615km + 5000Km = 159 612Km.
  • 159 612km adalah servis seterusnya.
  • Ia bergantung kepada jenis minyak yang anda gunakan.
  • Ada jenis 5000km, 6000km dan 10,000km.
  • Lekatkan pada cermin depan untuk memudahkan anda ingat pada jadual servis seterusnya.

Sangat mudah bukan?

Semoga dengan cara servis kereta myvi yang saya kongsikan ini menjadi manafaat serta menjadi panduan kepada anda di luar sana lebih – lebih lagi kepada pengguna perodua myvi.

Selamat mencuba !

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *