Abs brek kereta anda mengalami kerosakan ?
Lampu ABS tiba – tiba menyala pada dashboard ?
Sukar mengesan tanda kerosakan pada sistem abs brek ?
Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara mengesan tanda – tanda kerosakan abs brek pada kereta dengan senang bagi memudahkan anda untuk mengenal pasti kerosakan sebelum sampai ke tahap yang lebih serius.
Fungsi Abs Brek :
- ABS bermaksud Anti Lock Brake System.
- Fungsi abs adalah untuk membolehkan kenderaan berhenti secara berperingkat ketika brek dikendalikan dengan mengelakan roda daripada terkunci serta mengurangkan risiko kereta tergelincir atau terbabas.
- Ia dikesan oleh sensor yang di pasang pada tayar yang sentiasa memantau kadar pusingan roda.
- Kebaikannya, pemandu dapat mengawal steering untuk mengelak benda menghalang di hadapan kereta ketika dalam pemanduan.
- Sistem brek abs adalah untuk memastikan anda sentiasa berada dalam kawalan serta mampu mengawal steering dan arah kenderaan tidak kita apa juga situasi sama ada jalan kering atau basah.
Kelebihan Sistem Brek ABS Ketika Mengelak Objek Menghalang Dihadapan :
Google Ads
Berikut merupakan tanda kerosakan pada sistem Abs brek :
1 Abs Control Module Tidak berfungsi
- Abs module boleh membentuk kakisan apabila digunakan dalam tempoh yang lama.
- Kerosakan abs module ini akan menyebabkan lampu abs di dashboard menyala.
- Module abs yang berkarat ini menghalang sistem mendapatkan maklumat dari sensor kelajuan tayar tidak dapat diproses di ECU kereta.
- Disyorkan anda hantar kereta anda dibengkel untuk memastikan komponen yang rosak pada sistem brek abs kereta anda.
Simptom Abs Control Module Rosak :
- Pedal brek menjadi kurang responsif dari masa ke semasa dan perlu menekan pedal brek dengan lebih keras untuk menghentikan kereta.
- Lampu amaran Enjin atau lampu Abs akan menyala pada dashboard.
- Bunyi metal cracking terutamanya semasa anda menekan brek.
- Brek terkunci meskipun semasa pemanduan biasa.
2 Cecair Minyak Brek Kurang
- Minyak brek memainkan peranan penting dalam sistem brek kereta terutama sekali dalam mengawal tekanan brek dalam sistem abs brek.
- Sistem brek hidraulik menggunakan kekuatan silinder yang menekan cecair untuk menolak brek pad bagi menghentikan kereta.
- Kuantiti minyak brek mestilah mencukupi untuk mempastikan ia berfungsi dengan sempurna.
- Kebocoran minyak brek akan mengurangkan kuantiti sebenar yang diperlukan oleh sistem brek dan boleh menjejaskan prestasi sistem brek.
- Lampu abs akan menyala sekiranya sistem mengesan masalah dalam sistem brek.
Simptom Minyak Brek Kurang :
- Pedal brek menjadi kurang responsif berbandiang biasa dan kereta mengambil masa yang lama untuk berhenti.
- Bunyi besi bergeseran seperti bunyi yang dihasilkan pad brek yang haus.
3 Abs Wheel Speed Sensor Rosak
- Abs wheel sensor berfungsi untuk mengira kadar pergerakan kelajuan tayar.
- Maklumat kadar kelajuan setiap pusingan tayar ini akan dihantar ke sistem abs brek.
- Jika sensor kelajuan mengesan salah satu tayar kereta bergerak pada kelajuan yang tidak normal,sistem Abs akan meningkatkan tekanan minyak pada tayar berkaitan.
- Sistem brek abs akan menyesuaikan serta mengalihkan kuasa ke bahagian tayar lain untuk mengimbanginya.
- Jika terdapat sensor kelajuan yang kotor atau rosak, sistem abs tidak dapat berfungsi dengan baik dan menjejaskan tahap kefungsianya.
- Lampu abs pada dashboard akan menyala untuk memberi amaran kepada pemandu kerosakan sistem abs.
Simptom Wheel Speed Sensor Rosak :
- Lampu abs akan menyala.
- Kereta mengambil masa lama untuk berhenti, meskipun lampu abs tidak menyala.
- Kereta hilang kawalan atau cengkaman terutamanya ketika membrek dengan kuat.
4 Abs Pump Atau Solenoid Valve Tidak Berfungsi
- Sistem abs mengawal tekanan minyak melalui hydaulic pump.
- Sistem abs akan mengaktifkan hydraulic pump untuk untuk meningkatkan tekanan minyak brek bagi mengimbangi kelajuan tayar dan membolehkan tayar mengekalkan cengkaman pada permukaan jalan.
- Jika abs hydraulic pump atau solenoid valve rosak, ia menyebabkan lampu amaran abs menyala.
- Komponen ini rosak disebabkan oleh kotoran dan kehausan komponen akibat penggunaan yang lama.
- Pastikan paras minyak brek ditahap yang betul untuk kendalian brek yang lebih baik.
- Periksa juga keadaan minyak brek, jika terdapat mendapan kotoran, tukarkan cecair brek untuk kefungsian sistem brek abs yang lancar.
Simptom Kerosakan Abs Pump atau Solenoid Valve :
- Perstasi brek semakin menurun dari masa ke semasa.
- Prestasi brek tidak menentu adakala baik dan adakala seperti kehilangan kuasa membrek.
- Minyak brek bocor di master pump.
5 Fius Terbakar
- Fius dipasang bertujuan untuk mengelakan kerosakan pada sistem.
- Sistem brek abs mempunyai fiusnya sendiri.
- Fius akan terbakar sekiranya terdapat kerosakan pada wayar controller dan sensor pada sistem abs.
- Sekiranya fius terbakar/putus lampu abs dan lampu amaran enjin akan menyala di dasboard sebagai amaran kepada pemandu.
- Jika lampu abs atau Lampu enjin menyala periksa fius terlebih dahulu sebelum komponen sistem abs yang lain.
Simptom Fius Terbakar :
- Lampu amaran abs menyala secara tiba – tiba.
Jenis Abs pump sebagai rujukan anda :
- Abs Pump Perodua Myvi.
- Abs Pump Perodua Axia.
- Abs Pump Perodua Alza.
- Abs Pump Perodua Bezza.
- Abs Pump Proton Exora.
- Abs Pump Proton Preve.
- Abs Pump Proton Persona.
- Abs Pump Proton Saga FL/FLX.
- Abs Pump Proton Saga BLM.
- Abs Pump Proton Gen 2.
- Abs Pump Proton Waja.
- Abs Pump Toyota Avanza.
- Abs Pump Toyota Estima.
- Abs Pump Toyota Revo.
- Abs Pump Ford Ranger T6.
Jenis Abs Wheel Sensor sebagai rujukan anda :
- Abs Wheel Sensor Perodua Myvi.
- Abs Wheel Sensor Perodua Axia.
- Abs Wheel Sensor Perodua Alza.
- Abs Wheel Sensor Perodua Bezza.
- Abs Wheel Sensor Proton Waja.
- Abs Wheel Sensor Proton Preve.
- Abs Wheel Sensor Proton Persona.
- Abs Wheel Sensor Proton Gen 2.
- Abs Wheel Sensor Proton Exora.
- Abs Wheel Sensor Proton Saga FL/FLX.
- Abs Wheel Sensor Proton Saga BLM.
- Abs Wheel Sensor Toyota Avanza.
- Abs Wheel Sensor Toyota Estima.
- Abs Wheel Sensor Toyota Vios.
- Abs Wheel Sensor Toyota Revo.
- Abs Wheel Sensor Honda Civic FD.
- Abs Wheel Sensor Ford Ranger T6.
Semoga post ini memberikan panduan serta manfaat kepada anda untuk memastikan sistem brek abs kereta anda dalam keadaan baik sepanjang pengunaan anda.
Baca Juga : 6 Tanda Rotor Disc Rosak Pada Kereta.