5 Punca Brek Kereta Panas
Brek kereta anda cepat panas ?
Sukar untuk mengenal pasti punca masalah ini ?
Untuk pengetahuan anda, brek kereta akan menjadi panas jika ia dikendalikan terlalu kerap.
Tetapi, kepanasan brek adalah tidak melampaui batas sehingga menyebabkan berasap, terbakar dan sebagainya.
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda punca brek kereta panas yang perlu anda ketahui untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku semasa dalam pemanduan.
Punca Brek Kereta Panas :
1 Wheel Cylinder / Brake Caliper Jammed
Wheel cylinder dan brake caliper yang jammed mengakibatkan brek kereta cepat panas.
Ini kerana piston wheel cylinder dan brake caliper tidak kembali kepada asal apabila brek tidak ditekan.
Ini mengakibatkan brek pad atau brek lining bersentuhan/bergeseran deng...