5 Punca Brek Kereta Kosong

Anda sedang mencari punca brek kereta kosong?

Sukar untuk menentukan jenis kerosakan komponen brek ?

Untuk post ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu kepada anda mengenai punca brek kereta kosong yang sangat mudah dan senang untuk difahami.

Punca Brek Kereta Kosong :

1 Kerosakan Pada Master Pump

  • Kerosakan komponen ini mengakibatkan brek kosong atau brek turun dengan perlahan – lahan apabila pedal brek ditekan.
  • Ini bermakna seal terdapat pada piston mengalami kerosakan mengakibatkan minyak brek tidak sampai ke brek caliper dan wheel cylinder apabila pedal brek ditekan.
  • Kerosakan pada piston housing juga akan merosakan piston seal.
  • Periksa terlebih dahulu paras minyak brek, pastikan pada level yang mencukupi serta tiada kebocoran untuk memastikan kerosakan komponen ini.

2 Kerosakan Pada Abs Pump

  • Kerosakan pada ABS Pump juga mengakibatkan brek kosong apabila pedal brek ditekan.
  • Kerosakan ini terjadi kerana tidak ada penyelengaraan minyak brek yang betul.
  • Minyak brek yang kotor ini akan merosakan ABS Pump dan seterusnya menjejaskan kefungsian brek.
  • Namun begitu, ABS pump akan rosak apabila sampai kepada jangka hayat penggunaanya.

CARA UNTUK MENENTUKAN KEROSAKAN ABS PUMP ATAU MASTER CYLINDER

  • Buka sambungan pipe dari master cylinder ke ABS Pump.
  • Kemudian tutup kedua – dua pipe ini.
  • Hidupkan enjin, tekan pedal brek.
  • Jika pedal brek keras, tidak kosong serta tidak turun ke lantai ini bermakna brek master pump dalam keadaan baik manakala ABS pump mengalami kerosakan.
  • Jika pedal brek masih kosong, ini bermakna Master Pump brek kereta anda mengalami kerosakan.

3 Terdapat Kebocoran

  • Apabila terdapat kebocoran dalam sistem brek, brek akan lebih rendah dan menjadi kosong.
  • Kebocoran selalunya berlaku pada Wheel Cylinder, Brake Caliper Piston Seal, Master cylinder, sambungan pipe serta laluan sambungan  pipe.
  • Pastikan semua komponen brek tidak mengalami kebocoran untuk kendalian sistem brek yang lebih baik.

4 Terdapat Udara

  • Sistem brek yang tidak di bleeding sepenuhnya akan menyebabkan brek menjadi kosong apabila pedal brek ditekan.
  • Salah satu punca terdapat udara pada sistem brek apabila saluran pipe atau komponen brek mengalami kebocoran.
  • Apabila anda melakukan servis pada brek, pastikan udara yang terkandung dalam pipe brek telah di buang sepenuhnya.

5 Tiada Penyelengaraan

  • Minyak brek yang terlalu kotor akan merosakan semua komponen brek secara perlahan – lahan.
  • Penukaran minyak brek kereta perlu dilakukan apabila perjalanan kenderaan mencapai 10,000km atau 6 bulan untuk mengekalkan prestasi komponen brek serta jangka hayat penggunaan.

Jenis Brake Master Pump Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Jenis Wheel Cylinder Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Jenis ABS Pump Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Semoga post ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda serta menjadi  panduan sekiranya berlakunya situasi seperti ini pada kereta anda !

Baca Juga : 4 Punca Brek Kereta Keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *