Cara Pasang Lampu Sport Light Kereta

pasang lampu sport light kereta jenis bulat

Bagaimanakah cara pasang lampu sport light kereta?

Bolehkah kita memasang lampu sport light kereta sendiri?

Sport light/Led Bar adalah aksesori tambahan kepada sesebuah kenderaan  untuk membantu anda dalam pemanduan pada waktu malam,berkabus dan sebagainya.

Google Ads

Lampu tambahan ini ada pelbagai jenis warna seperti Putih, biru, kuning dan sebagainya.

Selalunya,warna lampu sportlight yang sering digunakan ialah putih dan kuning.

Warna putih adalah supaya  halangan di hadapan dapat dilihat dengan lebih jelas manakala warna kuning adalah untuk pemanduan dalam cuaca berkabus.

Dalam post ini saya kongsikan cara – cara memasang Sport light dengan mudah, selamat dan jimat kos.

Anda boleh memasang dirumah dengan hanya menggunakan panduan ini.

Sebelum itu, saya ingin terangkan jenis – jenis sport light.

1 Sport Light Hella

set hella
Sportlight Hella
  • Lampu ini tampil dengan keluaran cahaya putih dan kuning
  • Penyelengaraan sangat mudah kerana bulb/mentol boleh ditukar
  • Harga bergantung kepada kualiti dan terangnya lampu
  • Contoh Sportlight Hella

2 Sport Light Led Bar

Led bar
  • Lampu led bar ini juga tercipta dengan cahaya putih, kuning, biru dan banyak lagi.
  • Pemasangan mudah.
  • Kelemahannya jika rosak perlu diganti 1 set kerana ianya jenis lampu led.
  • Harga bergantung kepada panjang dan watt lampu.
  • Contoh Led Bar.

Pemilihan Sport Light ini bergantung kepada bajet anda, anda boleh membeli salah satu lampu di atas atau pasang kedua-dua sekaligus!

Cara Pasang Lampu Sport Light Kereta – Alat penting

Berikut merupakan alat & equipment yang anda perlukan untuk untuk Cara Pasang Lampu Sport Light Kereta sendiri.

1 Relay set (Relay dan Fius)

set relay

Fungsi relay adalah untuk mengawal litar voltan tinggi daripada litar voltan rendah.

Contoh litar di atas adalah untuk menghidupkan atau mematikan litar arus ulang alik AC (Alternating Current) daripada litar yang bervoltan rendah melalui microcontroller.

Aplikasi lain adalah untuk mengawal laluan arus daripada sumber voltan arus terus, contohnya untuk mengawal arah pusingan DC Motor.

Dalam erti kata lain untuk menguatkan arus elektrik.

2 Switch

switch on/off

Untuk On/off lampu.

3 Kabel Wiring

set wayar

Sebagai wayar penyambung.

4 Male/Female Connector Pin

Connector pin untuk pasang lampu sport light kereta

  • Berfungsi untuk penyambungan wayar ke komponen wiring seperti relay,fius dan sebagainya

5 Wiring Tools

tools pemasangan lampu

DIAGRAM WIRING LAMPU SPORT LIGHT

Diagram cara pasang lampu sport light kereta

Langkah – langkah Penyambungan Wiring Sport Light/Led Bar

  • Pasangkan Sport Light di kenderaan.
  • Sambungkan wayar di Led Bar / Sport light ( merah/biru ) pada kaki relay ‘87′.
  • Pasangkan switch, dari switch sambungkan wayar ke kaki relay ’86’.
  • Sambungkan wayar dari switch ke fius dan seterusnya ke bateri + ( Jangan sambungkan wayar terus ke bateri, siapkan wiring sepenuhnya terlebih dahulu).
  • Sambungkan wayar ke kaki relay ’85‘ ke traminal.
  • Sambungkan wayar ke kaki relay ’30‘ ke traminal +.
  • Setelah siap sambungkan sepenuhnya ke traminal+( untuk wayar berkaitan ).
  • Kemaskan wiring anda dengan pembalut wayar dan kable tie.

Diharapkan post cara pasang lampu sport light kereta ini bermanfaat pada anda.

SELAMAT MENCUBA!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *