Cara Pemilihan Tayar yang Terbaik

Jenis bunga tayar

Anda ingin tahu cara pemilihan tayar yang terbaik?

Pemilihan tayar yang salah boleh meninggalkan kesan pada gaya pemanduan seperti tayar terasa keras ketika memandu, bunyi tayar yang bising serta penggunaan bahan api yang berlebihan.

Tetapi cara pemilihan tayar terbaik ini pun bergantung kepada bajet anda.

Google Ads

Oleh itu, jangan tertipu! Mahal tak semestinya bagus dan sesuai untuk anda.

Setiap jenama tayar mempunyai pelbagai jenis dan fungsinya yang berbeza.

Fahami jenis-jenis tayar terlebih dahulu supaya dapat mengoptimumkan pemanduan dan perbelanjaan anda.

Tayar baru jenis A/T

Tidak tahu  menilai tayar kereta? Mudah saja.

Penilaian anda haruslah berpaksikan 5 keutamaan iaitu kos tayar, keselesaan, ketahanan, prestasi, dan penjimatan penggunaan bahan api.

Pilihlah tayar berdasarkan keutamaan anda pada kenderaan yang dipandu.

Oleh itu, saya sajikan antara cadangan cara pemilihan tayar kereta yang terbaik sebagai pilihan anda berdasarkan kenderaan harian yang kita pandu atau sering lihat di jalan raya seperti Produa Bezza, Produa Myvi, Proton Iriz, proton Saga dan Honda city.

1 Tayar Mampu Milik

Jenis tayar mampu milik

Tahukah anda, tayar mampu milik ini merupakan antara jenis tayar yang popular dalam kalangan pemandu?

Mana tidaknyanya, tayar mampu milik ini sentiasa dalam keadaan ‘ready stock’ dimana anda tidak perlu menunggu. sudah la murah, ditambah lagi dengan kebolehan tayar yang lebih menyeluruh dan seimbang.

Walaupun kebolehannya lebih menyeluruh, namun kebolehan tersebut berada di taraf sederhana sahaja, bersesuaian dengan harga yang ditawarkan.

Sebagai contoh, ianya sederhana dari segi pemanduan rancak dan lasak, penggunaan bahan api serta jangka hayat tayar itu sendiri.

Tayar Mampu Milik
Saiz (Inci) Jenama Anggaran harga
13  

 

Falken SN832i

 

RM100 – RM125
14 RM140 – RM180
15 RM180 – RM 220
16  

Dunlop Formula D06

 

RM 220 – RM240
17 RM250 – RM380

2 Tayar Tahan Lama/Lasak

Tayar tahan lama/berkualiti

Sudah semestinya tayar ini direka khas bagi penggunaan lasak dan memberi jangka hayat yang lebih panjang pada tayar. Selain itu, tayar ini juga mampu menjimatkan penggunaan bahan api.

Hal ini membuatkan ramai berminat dengan jenis tayar ini.

Tetapi, walaupun tayar ini tahan lama, namun ianya mungkin tidak akan memberikan anda keselesaan dalam pemanduan serta pengendalian yang terbaik.

Sanggupkah anda untuk memakai tayar yang tidak beberapa selesa tapi untuk jangka masa panjang?

Tayar Tahan Lama / Lasak
Saiz (Inci) Jenama Anggaran harga
13  

Goodyear duraplus 2

RM145
14 RM150 – RM200
15 Goodyear Assurance TripleMax 2

 

RM180 – RM 220
16 RM 220 – RM240
17 Goodyear Excellence RM300 – RM500

3 Tayar Selesa

Jenis tayar selesa/lembut cara pemilihan tayar yang terbaik

Berdasarkan pada nama jenis tayar ini, semestinya tayar ini memberikan keselesaan pada pemanduan.

Ciri tayar ini lebih lembut berbanding tayar lain kerana ia direka khas untuk memberikan perjalanan yang lancar dan selesa.

Bila tayar lembut dan empuk, pemanduan anda menjadi lebih senyap dan selesa.

Yang pasti harga tayar selesa ini lebih tinggi berbanding tayar mampu milik.

Kalau mahu selesa, terpaksa la belanja lebih! Bukan itu sahaja, tayar jenis ini tidak berapa sesuai untuk pemanduan lasak dan rancak di samping mempunyai jangka hayat yang agak pendek,

Namun ianya juga bergantung kepada cara pengunaan anda.

Tayar Selesa / Lembut
Saiz (Inci) Jenama Anggaran harga
13  

Continental CC6

 

RM135 – RM180
14 RM170 – RM200
15 RM180 – RM 275
16 Michelin Primacy 4

 

RM370 – RM470
17 RM390 – RM510

4 Tayar Eco

Jenis tayar economi cara pemilihan tayar yang terbaik

Tahukah anda, tayar ini direka khas untuk memberikan penjimatan minyak pada kenderaan anda?

Sebab itu nama dia tayar eco! Tak cukup dengan itu, tayar ini juga boleh dibeli dengan harga yang lebih murah berbanding jenis tayar yang lain.

Tetapi, keadaan tayar yang keras mungkin akan memberikan bunyi bising ketika memandu.

Kekerasan tayar tersebut turut boleh dirasai pemandu.

Walaupun jimat minyak, namun tayar ini tidak sesuai untuk pemanduan lasak di samping mempunyai jangka hayat yang sederhana sahaja.

Contoh tayar eco

Tayar Eco
Saiz (Inci) Jenama Anggaran harga
13  

Bridgeston Ep150

RM135-RM155
14 RM140 – RM190
15  

Bridgestone EP300

 

RM160 – RM 280
16 RM 200 – RM300
17 RM380

5 Tayar Berprestasi

jenis tayar berprestasi tinggi cara pemilihan tayar yang terbaik

Tayar ini sering menjadi buruan pemandu yang gemarkan pemanduan yang lebih rancak serta lasak.

Mana tidaknya, tayar ini mampu memberikan kawalan pengendalian yang lebih sporty.

Tayar ini mampu memberikan cengkaman terbaik dalam apa jua cuaca.

Oleh kerana tayar ini sentiasa memberikan cengkaman terbaik, tayar ini sering menghadapi masalah seperti cepat haus.

Keadaan dinding sisi tayar yang keras kadang kala menghasilkan bunyi bising seterusnya mengurangkan keselesaan.

Tayar Berprestasi
Saiz (Inci) Jenama Anggaran harga
13  

Dunlop Sp sport J5

RM110-RM135
14 RM120-RM165
15  

Bridgestone RE004

RM220 – RM250
16 RM330 – RM370
17 Michelin Pilot Sport RM400 – RM510

 

Berdasarkan cara pemilihan tayar yang terbaik ini, penting untuk kita faham tentang jenis-jenis tayar,permukaan jalan dan cara pemanduan.

Ini bagi mengelakkan pembelian tayar yang tidak sesuai yang mampu menggugat pemanduan anda.

Pemeriksaan tayar berskala seperti tekanan angin, penjajaran tayar serta bunga tayar perlu dilakukan bagi memastikan tayar anda sentiasa dalam keadaan tip-top!

Semoga dengan cara pemilihan tayar ini, anda lebih konsisten dan teliti dalam pemilihan tayar agar agar pemanduan anda lebih selesa dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *