Mengapa enjin kereta cepat panas ?
Anda ingin tahu punca enjin kereta cepat panas ( Overheat )?
Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda mengenai punca – punca enjin kereta cepat panas sebagai panduan serta menambahkan lagi pengetahuan anda apabila mengalami situasi seperti ini pada kereta anda.
Berikut merupakan punca enjin cepat panas :
1 Motor Kipas Radiator Tidak berfungsi
- Fungsi motor kipas adalah untuk memusingkan kipas untuk menyejukan radiator.
- Motor kipas tidak berfungsi/rosak – Enjin menjadi cepat panas.
- Periksa relay atau fius mungkin putus atau rosak.
- Gantikan motor kipas baru.
2 Thermostat Rosak
- Fungsi thermostat adalah untuk mengawal suhu kepanasan enjin.
- Thermostat melekat/jammed mengakibatkan air terperangkap dalam blok enjin dan tidak dapat disejukan di radiator.
- Untuk kepastian, uji thermostat dengan memasukan ke dalam di air panas yang mempunyai suhu 80 darjah – 90 darjah celcius.
- Jika thermostart tidak buka apabila mencapai suhu bukaan, ia perlu ditukar.
Operasi Thermostat dalam Sistem Penyejukan Enjin :
- Apabila suhu air dalam enjin mencapai 80c – 90c, pressure spring akan tertolak untuk membenarkan air keluar ke radiator untuk disejukan.
3 Radiator Cap Rosak
- Fungsi radiator cap adalah untuk mengawal tekanan air dalam sistem penyejukan kereta anda.
- Jika main seal atau low pressure spring rosak, air akan keluar dari radiator dan menyebabkan air dalam radiator sentiasa akan berkurangan.
- Untuk mengenal pasti kerosakan, anda boleh melihat pada radiator cap main seal.
Operasi Radiator Cap pada Sistem Penyejukan Enjin :
- Radiator cap berfungsi untuk mengawal tekanan air dalam sistem penyejukan kereta.
- Apabila suhu air meningkat, pressure spring akan ditolak oleh tekanan air dan membenarkan air keluar melalui pressure seal masuk ke resevoir tank ( Tangki simpanan air ).
- Jika pressure seal rosak, ini akan menyebabkan air akan keluar dari radiator dan mengakibatkan air berkurangan.
4 Radiator Tersumbat
- Fungsi radiator adalah laluan untuk penyejukan air yang panas hasil dari pembakaran dalam enjin.
- Jika radiator tersumbat, maka proses penyejukan menjadi lambat dan mengakibatkan suhu air meningkat.
- Servis radiator kereta anda.
Operasi Radiator Dalam Sistem Penyejukan Enjin :
- Air yang panas hasil daripada pembakaran dalam enjin akan keluar melalui upper hose dan masuk ke upper tank untuk disejukan pada saluran tube radiator.
- Proses penyejukan ini akan dibantu oleh kipas dan udara dari luar semasa kereta bergerak.
5 Kebocoran Hose
- Fungsi hose ada laluan air dalam sistem penyejukan enjin.
- Jika hose koyak akan mengakibatkan air dalam sistem akan berkurangan dan mengakibatkan enjin menjadi lampau.
- Tukar hose untuk mengelakan masalah besar berlaku pada enjin kereta anda.
6 Water Pump Rosak
- Fungsi water pump adalah untuk mengepam air dalam sistem penyejukan bagi melancarkan pengaliran air.
- Water pump jammed – Suhu air dalam enjin meningkat.
- Impeller/blade water pump patah/rosak – Melambatkan pengaliran air dalam enjin serta tempereture enjin meningkat.
- Kebocoran air water pump – Air akan berkurangan.
Operasi Water Pump Dalam Sistem Penyejukan Enjin :
- Air dalam radiator akan dipam ke dalam sistem penyejukan enjin seperti water jacket, head, turbo, dan seterusnya melalui thermostat untuk masuk ke dalam radiator untuk disejukan.
- Proses ini akan berulang – ulang sehingga enjin dimatikan.
7 Kebocoran Pada Raditor
- Tangki radiator retak/pecah akibat penggunaan jangka masa yang lama.
- Tiub saluran air raditor bocor.
- Ini mengakibatkan air akan sentiasa berkurangan dalam sistem.
- Tukarkan radiator baru.
8 Motor Kipas Lambat Pusing
- Motor kipas pusing dengan perlahan – Temperature akan cepat naik apabila kereta berhenti dan kembali stabil ketika kereta bergerak.
- Periksa relay kipas serta temperature switch.
- Jika komponen ini rosak suhu air akan turun dan naik tidak menentu.
9 Kebocoran Pada Core Plug
- Fungsi core plug adalah untuk mengelakan kerosakan berlaku pada blok enjin jika enjin overheat.
- Kebocoran pada core plug ini mengakibatkan air akan berkurangan serta suhu meningkat dengan mendadak.
- Tukarkan core plug baru.
10 Kebocoran Dalam Enjin
- Kebocoran laluan air pada head gasket.
- Ini juga mengakibatkan air dalam sistem penyejukan akan berkurangan.
- Head yang bengkok akibat overheat juga mengakibatkan air cepat berkurangan dalam sistem.
- Tukarkan head gasket serta skim untuk meratakan permukaan head.
11 Kebocoran Pada Clamp Sambungan Hose
- Kebiasaanya pada hujung sambungan hose terdapat clip/clamp untuk mengetatkan sambungan hose dan pipe.
- Jika terdapat kelonggaran pada sambungan ini akan menyebabkan air akan berkurangan.
12 Kebocoran Saluran Paip
- Ianya sama dengan fungsi hose untuk laluan air dalam sistem penyejukan.
- Kebocoran ini hasil dari hakisan karat yang terdapat pada saluran paip air.
- Tukarkan paip baru untuk penggunaan jangka panjang.
Berikut merupakan komponen dalam sistem penyejukan kereta sebagai rujukan anda :
Motor Kipas Radiator :
- Motor Kipas Radiator Proton.
- Motor Kipas Radiator Perodua.
- Motor Kipas Radiator Toyota.
- Motor Kipas Radiator Isuzu.
- Motor Kipas Radiator Honda.
- Motor Kipas Radiator Nissan.
Radiator Kereta :
- Radiator Kereta Proton.
- Radiator Kereta Perodua.
- Radiator Kereta Honda.
- Radiator Kereta Toyota.
- Radiator Kereta Isuzu.
- Radiator Kereta Nissan.
Radiator Cap Kereta :
- Radiator Cap Proton.
- Radiator Cap Perodua.
- Radiator Cap Honda.
- Radiator Cap Toyota.
- Radiator Cap Isuzu.
- Radiator Cap Nissan.
Hose Air Set Kereta :
- Hose Air Kereta Proton.
- Hose Air Kereta Perodua.
- Hose Air Kereta Honda.
- Hose Air Kereta Toyota.
- Hose Air Kereta Isuzu.
- Hose Air Kereta Nissan.
Semoga post yang saya kongsikan ini memberikan manafaat kepada anda serta dapat melakukan penjagaan kepada enjin kereta anda agar sentiasa dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.
Baca juga : 12 Tanda Aircond Kereta Rosak.