Berikut merupakan 8 kesan Absorber rosak pada kereta anda.
Sukar untuk mengesan kerosakan?
Dalam post ini saya ingin kongsikanĀ bagaimana untuk mengenal pasti kerosakan.
Tapi sebelum itu, saya ingin terangkan fungsi dan jenis – jenis absorber pada kereta.
Fungsi Shock Absorber
Google Ads
- Menyerap hentakan apabila kenderaan melalui permukaan jalan yang tida rata.
- Memastikan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan.
- Mengoptimumkan prestasi brek.
- Mengawal pergerakan kenderaan daripada melantun.
- Meningkatkan tindak balas pengendalian steering.
- Memastikan perjalanan lancar, selamat dan selesa.
Jenis Shock Absorber
Antara jenis absorber yang digunakan pada masa kini adalah :
1 Shock Absorber Jenis Minyak
- Kawalan dan pengendalian yang lebih baik untuk perjalanan yang lebih selesa.
- Sesuai untuk permukaan jalan yang rata.
- Mengandungi cecair hidraulik.
- Contoh Absorber jenis minyak.
2 Shock Absorber Jenis Gas
- Mengandungi Gas Nitrogen bertekanan rendah.
- Menstabilkan/mengekalkan kadar hentakan valve.
- Gas Nitrogen berfungsi untuk meningkatkan suhu cecair Hidraulik.
- Sesuai untuk jalan yang tidak rata ( contoh jalan yang teruk, berlubang dan sebagainya ).
- Memiliki prestasi yang lebih baik dan sesuai untuk persekitaran yang mencabar.
- Sesuai digunakan pada kenderaan muatan berat, tahan lasak dan berupaya memberikan kawalan steering yang lebih baik pada kelajuan tinggi.
- Contoh Absorber jenis gas.
8 kesan Absorber Rosak Pada Kereta Anda
Berikut merupakan kesan absorber kereta yang anda perlu tahu.
1 Getaran berlebihan Pada Steering Ketika Memandu
- Permukaan jalan raya yang tidak rata menyebabkan steering bergetar.
- Jika gegaran berlebihan, walaupun di jalan yang rata ini merupakan tanda kesan kerosakan absorber yang serius .
- Gegaran teruk dirasakan semasa memandu di lebuh raya pada kelajuan yang tinggi.
- Mengakibatkan ketidakselesaan dalam pemanduan.
- Memberi kesan kepada aspek keselamatan dan kemampuan anda untuk mengawal kenderaan jika berlaku kemalangan.
2 Body Roll Belebihan Semasa Melalui selekoh
- Kereta akan menjadi tidak stabil terutama melalui selekoh tajam.
- Badan kereta terasa terapung dan terbuai secara berlebihan.
- Ini mengakibatkan kereta terbalik jika absorber dibiarkan rosak.
3 Kereta Melantun Dalam Jangka Masa Yang Lama
- Kereta bergoyang dan melantun dengan berlebihan.
- Mempengaruhi keselesaan dan pengendalian.
4 Kehausan Tayar Tidak Sekata
- Kehausan bunga tayar tidak rata ( bertompok ).
- Menandakan kesan akibat kerosakan absorber kereta anda.
5 Absorber Kereta Mengalami Kebocoran
- Kelihatan ada kesan minyak / kesan basah pada Shock Absorber ( jenis minyak ).
- Tukarkan absorber kereta anda.
6 Nose Dive
- Kereta menjunam ( nose dive ) semasa membrek mengejut.
- Bahagian belakang kereta terjongket semasa memecut.
- Tanda absorber kereta anda telah rosak.
7 Terdapat Bunyi ” Tuk Tuk ” Apabila Brek Mengejut
- Bunyi ‘ tuk ‘ tuk’ bukan sahaja daripada lower arm atau center link yang rosak, tetapi bunyi seperti ini juga terdapat pada kesan kerosakan absorber.
- Periksa absorber kereta anda kemungkinan terdapat kebocoran atau kerosakan serius.
8 Kereta Berganjak Ketika Menempuh Angin Lintang
- Kenderaan berganjak apabila menempuh kawasan angin lintang.
- Ini merupakan tanda kerosakan pada absorber kereta anda.
- Hantar kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan absorber.
Anda juga boleh memesan senarai jenis absorber kereta yang saya sediakan ini :
- Shock Absorber Proton.
- Shock Absorber Perodua.
- Shock Absorber Toyota.
- Shock Absorber Honda.
- Shock Absorber Nissan.
- Shock Absorber Isuzu.
Semoga dengan 8 kesan absorber rosak pada kereta ini dapat membantu anda mengenal pasti kerosakan kereta anda terutama sekali dalam suspension system agar kenderaan anda sentiasa dalam kendalian terbaik.
Baca Juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.