Perbezaan Bateri Sel Basah dan Sel kering

gambar bateri ( perbezaan bateri sel kering dan sel basah )

Anda ingin mengetahui perbezaan bateri sel kering dan sel basah?

Berapa lama tempoh ketahananya?

Dalam post saya kali ini, saya ingin menerangkan perbezaan bateri sel basah dan sel kering yang peru anda ketahui.

Google Ads

Tapi sebelum itu, saya terangkan dahulu fungsi bateri dalam sesebuah kenderaan.

Fungsi Utama Bateri Kereta

  • Secara asasnya bateri kereta bertujuan untuk memulakan kenderaan.
  • Bateri Automotif adalah dalam ketegori Rechargeable Battery.
  • Walaupun ianya adalah sejenis komponen pakai & buang, namun ianya boleh dicas berkali – kali selagi mana dalam lingkungan jangka hayatnya yang tersendiri.
  • Ianya diperlukan sebagai permulaan sistem.
  • Salah satunya sebagai permulaan ignition ( pencucuh ) dan yang terpenting sekali untuk memulakan starter motor pada enjin.
  • semua komponen – komponen ekektrik dan elektronik kenderaan menerima sejumlah bekalan tenaga elektrik dari bateri.

Bateri Kereta Sel Basah

bateri baru ( perbezaan bateri sel kering dan sel basah ) bateri sel basah ( perbezaan bateri sel kering dan sel basah )

  • Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri.
  • Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda.
  • Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi.
  • Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian.
  • Disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering.
  • Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali.
  • Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut.
  • Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.

 

Bateri Kereta Sel Kering

bateri bosch ( Perbezaan bateri sel kering dan sel basah )
Bateri sel kering
  • Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri.
  • Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut.
  • Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis.
  • Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih.
  • Ia bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta.
  • Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.

Contoh Bateri sel kering

Dengan adanya perbezaan jenis bateri ini, saya harap anda dapat menilai kualiti bateri sebelum membelinya.

Apapun ketahanan bateri bergantung kepada penjagaan anda.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *