Lampu kereta anda malap atau tidak terang ?
Sukar untuk mengenal pasti punca kerosakan ?
Google Ads
Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai punca lampu kereta malap dengan mudah dan senang untuk difahami.
Antara Punca Kereta Malap Adalah :
1 Kerosakan Alternator
- Lampu akan menjadi tidak terang atau malap jika berlaku kerosakan pada alternator.
- Ini kerana alternator tidak dapat membekal serta mengecas bateri dan menjejaskan kefungsian sistem elektrik kereta.
- Untuk pastikan masalah ini, tanggalkan bateri terminal – ( ketika enjin hidup ), jika enjin mati bermakna alternator telah rosak.
- Jika enjin tidak mati ini bermakna bateri, kabel atau sambung wiring rosak serta reput yang menjadi penghalang untuk sistem elektrik dan elektronik berfungsi dengan sempurna.
2 Kerosakan Ground Cable
- Kebiasaanya ground cable daripada bateri akan reput apabila telah digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Kerosakan kabel ini akan menyebabkan arus elektrik tidak dapan disalurkan sepenuhnya dan mengakibatkan lampu menjadi malap serta sistem elektrik kereta tidak stabil.
- Tukarkan kabel atau tambahkan ground cable untuk menguatkan serta menstabilkan arus elektik pada kereta.
3 Kerosakan Pada Fius
- Akibat penggunaan yang lama, kotak sambungan fius akan menghasilkan karat serta kekotoran.
- Karat ini mengakibatkan arus elekrik yang disalurkan tidak mencapai tahap yang maksimum serta lampu akan menjadi malap.
- Periksa semua fius lampu dan relay kemungkinan mengalami kerosakan.
4 Bateri Terminal Longgar/Berkerak
- Kelonggaran pada bateri terminal akan menyebabkan cas bateri yang dibekalkan oleh alternator tidak mencukupi.
- Ini mengakibatkan enjin tidak boleh dihidupkan ( seperti kerosakan bateri ) dan lampu kereta menjadi malap.
- Periksa serta ketatkan sambungan terminal bateri.
5 Kerosakan Soket Sambungan Lampu
- Terdapat kerak atau karat pada sambungan pin soket lampu.
- Kekotoran pasa sambungan soket ini akan menghalang arus elektrik ke lampu dan mengakibatkan menjadi malap.
- Periksa juga keadaan bulb.
- Bersihkan serta tukarkan soket baru.
6 Kerosakan Pada Sambungan Wiring
- Kerosakan pada sambungan wiring seperti reput, terbakar serta wayar hampir putus mengakibatkan lampu menjadi malap.
- Periksa juga keadaan bulb kemungkinan telah rosak.
- Periksa keseluruhan wayar lampu dan gantikan wayar yang rosak.
Jenis Alternator Kereta Sbagai Rujukan Anda :
- Alternator Perodua Kancil.
- Alternator Perodua Kelisa.
- Alternator Perodua Viva.
- Alternator Perodua Myvi 1.3/1.5.
- Alternator Perodua Kembara.
- Alternator Perodua Kenari.
- Alternator Perodua Alza.
- Alternator Perodua Axia.
- Alternator Perodua Bezza.
- Alternator Perodua Rusa.
- Alternator Proton Persona.
- Alternator Proton Exora 1.6 Bold.
- Alternator Proton Preve.
- Alternator Proton BLM 1.3/1.6.
- Alternator Proton Wira.
- Alternator Proton Saga FLX/FL.
- Alternator proton Iswara.
- Alternator Proton Waja.
- Alternator Proton Gen2.
- Alternator Toyota Avanza.
- Alternator Toyota Vios.
- Alternator Toyota Innova.
- Alternator Toyota Wish.
- Alternator Toyota vigo.
- Alternator Nissan Grand Livina.
- Alternator Honda City.
- Alternator isuzu Dmax.
Grounding Cable Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- 100% Pure Cooper AWG 7 Gauge Performance Grounding Cable.
- All Car Multiple Grounding Cable 300Amp.
- Hks Grounding Cable Kit.
- Full Grounding Cable/Grounding Lipan.
- Battery Cable 60A/100A.
Head Lamp Wire Kit Kereta Sebagai Rujukan Anda :
Semoga Post ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti punca lampu kereta malap sebagai pemudah cara untuk anda membaikinya sendiri !
Baca Juga : 7 Tanda Alternator Rosak Pada Kereta.