11 Kesan Sensor Enjin Rosak Pada Kereta

Anda sedang mencari kesan sensor enjin rosak pada kereta?

Sukar untuk mengetahui kesan atau tanda kerosakan sensor yang terdapat pada enjin?

Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda kesan kerosakan sensor enjin kereta yang perlu anda ketahui sebagai pengguna kereta, agar prestasi enjin kereta anda sentiasa dalam kendalian yang terbaik !

Google Ads

Terdapat 2 ketegori Sensor dalam kenderaan :

  • Sensor luar kawalan enjin.
  • Sensor kawalan enjin.

Sensor Luar Kawalan Enjin :

  • Abs Sensor.
  • Parking Sensor.

Sensor Kawalan Enjin :

  • TPS ( Throttle Position Sensor ).
  • Knock Sensor.
  • O2 Sensor ( Exhaust Sensor ).
  • CKP ( Crankshaft Position Sensor ).
  • CPS ( Camshaft Position Sensor ).
  • CTS ( Coolant Temperature Sensor ).
  • MAP/MAF/MASS AIRFLOW ( Manifold Absolute Pressure Sensor ).
  • APPS ( Accelerator Pedal Sensor ).
  • Speed Sensor.
  • IAT ( Intake Air Temperature Sensor ).

Fungsi dan Kesan Kerosakan Sensor :

1 Throttle Body Position ( TPS )

Kerosakan Throttle Body Position

Fungsi Dan Lokasi Sensor :

  • Terdapat pada Throttle Body.
  • Berfungsi untuk mengawal dan menghantar nisbah campuran udara dan bahanapi yang betul untuk pembakaran sempurna dalam enjin.
  • Nisbah campuran udara dan bahan api 2:1.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Enjin mengalami gegaran ketika panas, enjin hampir mati dan berbunyi kasar.
  • Lampu amaran Check Enjin akan menyala pada panel dashboard.
  • TPS boleh dibersihkan serta diselaraskan untuk idling enjin yang lebih baik.

2 Knock Sensor

Kerosakan Knock Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terdapat dibelakang enjin dibawah Intake Manifold.
  • Berfungsi untuk menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin mula dihidupkan.
  • Isyarat Voltage sensor ini akan memudahkan enjin dihidupkan serta mengurangkan enjin mengalami letupan kecil ketika Ignition awal.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Kehilangan kuasa ketika memecut.
  • Penggunaan bahan api yang banyak.
  • Kenderaan sukar dihidupkan walaupun ada elektrik dan bahan api untuk pembakaran.
  • Lampu Check Enjin menyala.

3 Exhaust Sensor ( O2 Sensor )

Kerosakan Exhaust Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terletak pada Extractor Exhaust.
  • Berfungsi sebagai isyarat dari O2 sensor untuk meleraikan nisbah 2:1 ( Udara dan bahanapi ) untuk pembakaran dalam enjin.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Jika campuran bahanapi dan udara tidak terbakar habis akan menyebabkan kurang prestasi enjin untuk memecut.
  • Pengunaan bahan api lebih banyak dari biasa.
  • Lampu Check Enjin menyala.

4 Craknshaft Position Sensor ( CKP )

Kerosakan Crankshaft Position Sensor

Fungsi Dan Lokasi Sensor :

  • Terletak berdekatan dengan stater atau di depan enjin sebelah Crankshaft Pulley.
  • Berfungsi untuk memberikan isyarat kepada RPM enjin, pecutan ( Engine Speed ) serta menetapkan Ignition Timing untuk mengekalkan kedudukanya setiap kali bahanapi dan udara dibakar.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Kuasa pecutan rendah dan tidak bermaya apabila pedal minyak ditekan.( contohnya : RPM kekal 500 – 600 ).
  • Enjin terasa berat.
  • Enjin mati secara tiba – tiba.
  • Pertambahan pengunaan bahan api.
  • Lampu Check Enjin akan menyala.

5 Camshaft Position Sensor ( CPS )

Kerosakan Camshaft Position Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terletak berlawanan kedudukan Timing Belt berdekatan dengan Distrubutor.
  • Berfungsi untuk mengawal Ignition Timing ( waktu sesuai untuk memercik api ) supaya sekata.
  • Penggunaan Timing Light dapat memastikan Ignition Timing tepat dan dalam keadaan baik.

Kesan Kerosanan Sensor :

  • Enjin akan mengalami Jerking atau tersenggut.
  • Enjin cepat panas.
  • Penggunaan bahan api yang bertambah.
  • Lampu Check Enjin menyala.

6 Coolant Temperature Sensor ( TPS )

Kerosakan Coolant Temperature Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Penting dalam Sistem Penyejukan enjin kereta.
  • Berfungsi sebagai untuk menghantar isyarat suhu enjin pada meter suhu.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Meter tidak menunjukan bacaan suhu enjin.
  • Menyebabkan asap hitam jika air berkurangan dalam radiator.

7 Manifold Absolute Pressure ( MAF/MAP )

Kerosakan MAP/MAF Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terletak pada hose sebelum ke air filter.
  • Berfungsi sebagai penapis tambahan serta pembekal angin yang banyak dan berkualiti untuk masuk ke ruang pembakaran enjin melalui Throttle Body.

Kesan Kerosakan Senasor :

  • Enjin akan bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ( idle ).
  • Lampu Check Enjin menyala.

8 Accelerator Pedal Position Sensor ( APPS )

Kerosakan APPS Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terdapat pada pedal minyak.
  • Berfungsi untuk mengawal pedal minyak tanpa menggunakan kabel.
  • Isyarat Sensor dihantar kepada ECU untuk mengawal kuasa ketika kabel minyak ditekan.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Meter RPM masih sedikit dan meter speed tidak mencapai had maksima walaupun pedal minyak ditekan.
  • Cara terbaik, gantikan keseluruhan alat Sensor ini.

9 Speed Sensor

Kerosakan Speed Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Berfungsi untuk kendalian gear auto yang lebih baik serta kelajuan kenderaan.
  • Terletak pada badan gearbox.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Enjin mengaum sebelum gear dimasukan.
  • Overdrive ( O/D ) lambat naik atau lambat masuk.
  • Brek kereta keras.
  • Meter speedo bergoyang atau tidak bertambah.
  • Lampu O/D berkelip – kelip.
  • Lampu Check Enjin menyala.

10 Intake Air Temperature Sensor ( IAT )

Kerosakan IAT Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terdapat bersebalahan dengan MAF/MAP Sensor.
  • Sebahagian daripada MAF/MAP Sensor.
  • Berfungsi untuk mengawal suhu udara yang masuk kedalam enjin.
  • ECU mengambil isyarat ini untuk menstabilkan campuran nisbah bahan api dan udara sebelum proses pembakaran enjin.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Gegaran enjin yang berterusan.
  • Idling enjin yang kasar ketika enjin sejuk.
  • Enjin sukar untuk dihidupkan.
  • Lampu Check Enjin menyala.

11 Variable Valve Timing – Intelligence  Solenaid Valve ( VVT – i )

Kerosakan VVT- i Sensor

Fungsi dan Lokasi Sensor :

  • Terletak pada head enjin kereta berdekatan Timing Chain/Belt.
  • Berfungsi mengira pemasaan injap optimum, ECU melaraskan kepada kelajuan enjin, isipadu udara masuk, kedudukan pendikit dan suhu air.
  • Mengawal kerja injap secara elektronik.
  • Mengoptimumkan Tork enjin pada setiap kelajuan dan keadaan pemanduan.
  • Pengunaan bahan api yang lebih cekap dan jimat.
  • Mengurangkan tahap pelepasan dan penggunaan bahan api.
  • Kuasa yang dijana lebih besar walaupun CC enjin kecil.

Kesan Kerosakan Sensor :

  • Penggunaan bahan api yang berlebihan.
  • Kuasa enjin kurang.
  • Daya pecutan berkurangan.
  • Enjin menjadi berat.
  • Lampu Check Enjin menyala.

Jika lampu Check Enjin menyala pada meter dashboard kereta anda, sebaiknya buat Scan Diagnosis kenderaan anda untuk mengenal pasti kerosakan sensor enjin kereta.

Jenis Sensor Enjin Untuk Rujukan Anda :

Throttle Body Position Sensor :

Knock Sensor :

Exhaust Sensor :

Crankshaft Position Sensor :

Camshaft Position Sensor :

Coolant Tempereture Sensor :

MAF Sensor :

APPS Sensor :

Speed Sensor :

IAT Sensor :

VVT – I Sensor :

Lokasi dan kedudukan Sensor ini adalah berbeza mengikut jenis model kereta.

Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda semua !

Baca Juga : 8 Tanda Throttle Body Rosak Pada Kereta.

35 Comments

  • kamalbahrain1055@gmail.com' Kamal Bahrain

    Tk. Kasih. Info yg sangat2 bagus. Avanza auto saya tahun 2009, 1.5 dlm 1 minggu ini terasa ada sedikit perubatan dlm penukaran gear. Tidak ada masalah semasa normal starting. Pencapaian hingga gear tertinggi lancar dan bagus tapi bila decelerate semasa turun bukit, gear akan auto shift ke gear lebih rendah dan bila laju, gear akan kembali ke maksima. Dlm hal ini kadang gear kekal ditahap gear 3 dan tak shift ke gear 4, hingga le speed kembali ke tahap paling slow. Saya rasa VVTI ada problem. Macam mana nk check? Kalau saya cari workshop yg jenis apakan yg ada peralatan utk check? Apa yg patut saya tanya kat workshop tu? Nak buat analisa ni mahal tak?

    • Terima kasih En.Kamal atas soalan anda..
      Menurut pada soalan anda gear kekal 3 dan tidak shift ke gear 4 ini berkaitan dengan gearbox kereta tuan.
      Saya sarankan tuan hantar kenderaan ke bengkel untuk flushing gearbox berkaitan penukaran gear yang tidak lancar.
      Kemungkinan terdapat kekotoran yang terdapat pada solenoid shift valve pada valve body gear auto dan filter yang mengakibatkan kemasukan gear yang tidak lancar.
      Adalah lebih baik tukar minyak auto dan filter sekaligus.
      Jika lampu check enjin tidak menyala, bermakna sistem sensor enjin masih berfungsi dengan baik.
      Untuk kerosakan VVti sensor, lampu Check enjin ini menyala pada meter dashboard.
      VVti sensor ini hanya untuk prestasi enjin sahaja.
      Jika tuan nak pastikan semua sensor enjin dalam keadaan baik, cari bengkel yang mempunyai Diagnostic Scan Tools.
      Kosnya tidak mahal sangat, anggaran dalam 60 – 80 ringgit sahaja.
      Terima kasih.

    • Angahterkukur8836@gmail.com' Angahiwan 8836

      Assalamualaikum tuan mengenai masalah ini jgn amik pekara mudah…saya pernah mengalami masalah ini…untu enjin myvi dan avanza serta gearbox operasinya adalah sama…Mengenai hal ini masalah diagnos akan timbul check engine pada meter…check OBD vvt malfunction bererti berlaku kepincangan pada timing gear enjin…jika ini berlaku bacaan rpm akan jadi xbetul maka penukaran gear akan terganggu…jgn terus tukar gearbox sbb bukan itu masalahnya…punca jadi masalah ini adalah dari timing chain yg dah lebih usia jadi panjang…penjagaan minyak hitam yg xikut jadual atau minyak enjin x pernah tukar…jadi cuba tukar timing chain pasti masalah tuan akan selesai…mengenai gear box saya rasa xda masalah….sbb kod at xmenyala..pastikan atf level ok…tiada bau terbakar atau pun leaking….semoga berjaya….

  • aisyfaisal@gmail.com' Aisy

    Hi. Perdana v6 2001 sy akan mati enjin mendadak setiap kali masuk gear. Tak kira gear R atau D. Masih tak jumpa apa punca. Harap dapat bantu.

    • aisyfaisal@gmail.com' Aisy

      But if saya paksa dengan tekan minyak dan brake masa masuk gear, baru gear akan masuk enjin tak mati. Cuma enjin timing sangat2 rendah peringkat awal. Dah bergerak lama baru semua jadi normal.

      • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
        Mengenai masalah Perdana V6 anda,ada kemungkinan kerosakan berpunca daripada sensor kawalan enjin.
        Untuk pengetahuan anda, sangat sukar untuk menentukan kerosakan sensor jika lampu check engine tidak menyala.
        Tetapi, saya syorkan kepada anda untuk memeriksa Throttle Body Position ( TPS ) dan Manifold Absolute Pressure ( MAP )
        kedua – dua sensor ini terdapat pada throttle body dan saluran intake hose.
        Jika sensor ini rosak, RPM enjin akan menjadi tidak stabil.
        Hantar kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.
        Terima kasih.

  • syedmuhammadnajmi@gmail.com' Syed Najmi

    Salam ,rpm kereta saya akan tersangkut/stuck pada rpm 3 apabila saya membawa dengan laju lebih kurang 120km/j . Throttle body dah dibersihkan tapi masih mengalami masalah yg sama . Apakah solusi yg patut saya buat ?

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
      Untuk masalah kereta En.syed RPM enjin stuck pada 3, kemungkinan terdapat kerosakan pada Crankshaft Position Sensor.
      Jika sensor CKP ini rosak enjin akan menjadi berat dan RPM enjin tidak mencapai kuasa maksimum.
      Untuk kepastian, hantar kereta anda dibengkel untuk dibuat scan diagnosis bagi menentukan jenis kerosakan sensor.
      Terima kasih.

  • Hondaputra@gmail.com' Elmi

    Kreta saya lancer glx 2005. Bila tekan minyak dia mcm ada bunyi letup2 kecil kat exos. Lepas kelas trus rasa mcm minyak x naik. Bila masuk gear 2, 3, tekan minyak tpi terasa mcm kena sedut(byngkan turun bukit meter 100 tpi gear msh masuk). Minyak save. Dlu $20 guna 11hari. Skrg 15hari. Apa kmungkinan

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
      untuk masalah terdapat letupan kecil pada exzos kemungkinan ignition coil dan spark plug mengalami masalah, kerana pembakaran yang tidak sempurna mengakibatkan letupan.
      Periksa komponen ini kemungkinan api yang terhasil pada plug tidak cukup kuat.
      Manakala ignition coil tidak dapat memberikan arus elektrik yang secukupnya untuk kefungsian spark plug.
      Untuk masalah enjin terasa berat kemungkinan juga filter petrol tersumbat, injector tersumbat yang mengakibatkan prestasi untuk memecut kurang.
      Periksa juga exhaust sensor dan crankshaft position sensor jika sensor ini hampir rosak, prestasi enjin akan berkurangan terutamanya apabila memecut.
      Untuk lebih baik, scan diagnosis kenderaan anda untuk menentukan jenis kerosakan yang tepat serta mendapatkan alat gati yang betul.
      Terima kasih.

  • riezal_181@hotmail.com' Riezal Salleh

    Masalah kereta honda city vtec 07 bila masuk lopak air tayar belah pemandu berbunyi dan kerata nk tersenguk sengguk…da cari punca scan xjumpa masalah dan sudah tukar O2 sensor….sy syak abs sensor masuk air…tp xpasti nk tukar takut benda tidak rosak….

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta En.Riezal kemungkinan Crankshaft Position Sensor dimasuki sedikit air,
      Jadi enjin akan menjadi tidak stabil dan tersenguk – senguk.
      CKP sensor ini terpasang pada pulley crankshaft dan berdekatan dengan tayar depan pemandu.
      Periksa CKP sensor ini, kemungkinan seal terdapat pada soket rosak mengakibatkan air masuk.
      Untuk pengetahuan anda, Jika ABS Sensor rosak, ia tidak memberi kesan pada prestasi enjin, hanya lampu ABS akan menyala dan akan menjejaskan kefungsian sistem brek ABS.
      Terima kasih.

      • nasfimh74@gmail.com' Nasfi

        Saya ada masalah kereta kia rio 1.5 tahun 2003….engine tak boleh slow atau pasang air cond….dah tukar throttle body pun sama je…dah scan tapi takde problem

        • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
          Periksa bahagian IAT sensor kemungkinan mengalami kerosakan kerana tidak dapat menstabilkan udara yang masuk dalam enjin.
          Periksa juga Aircond vaccum kemungkinan mengalami kerosakan.
          Terima kasih.

  • mmasriezalaisy@gmail.com' Mie

    Saya ada masalah kereta honda city idsi tahun 2003.. keseluruhan lampu kereta saya berkedip dan kereta menjadi semput di rpm 1 – 2 seperti kekurangan api

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta honda city anda, saya syorkan hantar ke bengkel untuk scan diagnosis.
      Ini dapat menentukan jenis kerosakan sistem atau komponen yang berkaitan pada enjin kereta anda.
      Terima kasih.

  • rosdiodeiy@gmail.com' Odeiy

    Hello.. apa punca msalah lampu ABS mnyala, dah scan n dh ganti mana yg patut tapi lmpu ABS msih jg menyala? Mekanik pun dah pening x tau nak settlekan mslh tu .

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Amat sukar untuk pastikan kerosakan pada sistem ABS, kerana ini bergantung kepada mesin scan.
      Adalah lebih baik anda periksa semua komponen yang berkaitan dengan sistem ABS.
      Minyak brek kotor, wayar, sensor kotor, Abs wheel ring sensor kotor, Abs pump rosak, Soket sambungan, antara penyebab lampu abs menyala.
      Terima kasih.

    • Angahterkukur8836@gmail.com' Angahiwan 8836

      Kalau sensor Abs semua check xda masalah diluar system wiring kemungkinan berlaku didalam kenderaan…cuba check junction blok soket dari abs actuator ke sensor…slalu berpunca masuk air sbb kereta pasang tinted air yg mengalir masuk kedlm soket….berlaku rintangan aliran dan operasi tergendala….

  • amnimazor@gmail.com' Siti

    Hi. Saya nk tnya kelisa saya akan bergegar apabila time behenti cth dkt traffic light atau jem dan dgn gear d4 atau N time behenti. Boleh share masalah yg saya hadapi. Saya dah bawa ke bengkel dan tukar sensor oksigen.

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Throttle body kotor dan enjin mounting juga mengakibatkan enjin begegar semasa behenti.
      Periksa komponen ini.
      Terima kasih.

  • zuldrver@gmail.com' ZULAZIAN BIN ZAKARIA

    Tuan, saya punya kereta Proton Persona ¹st model, masalah pada sistem gear ketika kenderaan dalam keadaan mula berlahan kerana kenderaan di depan jamme, bila nak mula bergerak laju semula, gear ada sedikit jerking ketika pertukaran gear rendah. Saya dah tukar I input& Output sensor, masalah dah kurang, tetapi masih ada lg jerk kecil ketika di jln jamme. Ada advise Tuan tuan berkenaan masalah kereta saya ini?

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta anda, saya syorkan anda buat flushing pada geabox, kadang – kadang jeriking ini berpunca daripada kotoran dalam gearbox yang menghalang penukaran gear berlaku.
      Kerosakan seal dalaman juga menyebabkan kebocoran tekanan dalam gearbox, ini akan melambatkan penukaran dan kemasukan gear.
      Terima kasih.

      • zuldrver@gmail.com' ZULAZIAN BIN ZAKARIA

        Saya mmg selalu buat reflashing pd gearbox AT kereta saya Tuan, dan skg dalam rawatan menggunakan gearbox treatment JV Lube merawat dalaman. Mgkin maksud Tuan masalah dalaman gearbox perlu di buat penyelenggaraan pakar gearbox rasanya ye?

  • anuar3547@gmail.com' KHAIRIL ANUAR

    hi tuan.. saya ada 1 masalah pada kereta jenis nissan sentra n16, pada waktu pagi tiap kali start kereta , lampu OD akan berkelip sebanyak 15kali..lepas dalam 5minit engine running masuk gear D jalan ok…1st gear hingga 4th gear smooth…masalah timbul bila sampai di traffic light berhenti dan masuk N..bila tukar ke D balik dan jalan tekan pedal… gear semacam lekat dan tidak shifted. engine mengaum rpm naik ke 3000-4000rpm tapi meter km hanya naik 20kmh..selalunya bila jadi problem ni saya akan matikan engine dan start semula..lepastu baru shift elok semula 1st-4th gear …harap tuan dapat bagi solution sebab scan computer tak dpt faulty code.adakah ini masalah output speed sensor.

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
      Biasanya masalah seperti kereta anda ini berpunca daripada kerosakan awal output speed sensor.
      kekadang scan computer tidak dapat dikesan kerana sensor mungkin masih berfungsi.
      Gantikan komponen ini.
      Terima kasih.

  • raiderTEN@gmail.com' Adi

    Hi bos,saya ada perdana v6 tapi dah lama tak hidup,baru start nak hidupkan balik..masalahnya, on kunci,crank ada,tapi tak mau hidup..minyak lama dah pump keluar..terima kasih

  • randyyannix@gmail.com' randy

    selamat sejahtera Tuan. kereta saya Bezza auto X 1.3 2020. masalah saya adalah kereta saya sentap bila memandu. Masuk gear smooth, dari P ke D, P ke R. Masalah berlaku ketika memandu dlm gear D. bila mahu memulakan perjalanan, penukaran dalam gear D ada sentap berlaku ketika gear btukar ke gear 2, kadang2 sampe ke gear 3. tiada warning engine light atau AT. ada masanya smooth takde sentap. servis minyak gear, atf filter dh dlakukan oleh pihak SC, tapi maslah tetap sama dan pihak SC kata gearbox rosak. tp bila tanya mekanik luar diorang kata blh jdi sensor kotor atau rosak. bkn masalah gearbox perlu ditukar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *