Tahukah anda untuk apakah fungsi sistem penyejukan enjin ?
Sistem penyejukan enjin adalah sistem sokongan bagi menyelenggara suhu enjin agar mencukupi pada sebarang kendalian dan pacuan.
Fungsi Sistem Penyejukan Enjin Kereta :
- Menyelenggara enjin pada suhu kendalian terbaik.
- Memindahkan haba yang tidak diperlukan.
- Memastikan suhu pada bahagian bergerak enjin tidak meningkat pada suhu yang menjejaskan kerberkesanan minyak pelincir.
Dua Jenis Sistem Penyejukan Enjin :
1 Jenis Cecair
- Sistem penyejukan yang menggunakan cecair.
2 Jenis Udara
- Sistem penyejukan yang menggunakan udara seperti : Volkswagen T1 , mesin rumput dan sebagainya.
Fungsi Komponen Sistem Penyejukan Enjin :
1 Radiator
- Fungsi radiator adalah untuk menyejukan air hasil daripada pembakaran dalaman enjin.
- Tempat untuk melakukan pertukaran haba.
- Saluran tube berfungsi sebagai laluan air untuk penyejukan dari tangki atas ke tangki bawah radiator.
- Manakala fin ( sirip ) sebagai laluan udara untuk mempercepatkan penyejukan dari depan kenderaan serta bantuan kipas radiator.
Kesan Kerosakan Radiator :
- Radiator yang sumbat akan menyebabkan suhu tempereture enjin akan naik.
- Ini berlaku semasa dalam pemanduan yang laju serta mendaki bukit ( menggunakan gear rendah ).
- Kebocoran pada saluran tube, upper dan lower tank pecah juga penyebab suhu enjin meningkat kerana kekurangan air.
Anda boleh membuat rujukan disini : Radiator Kereta.
2 Radiator Cap
- Menghalang tekanan suhu tinggi daripada terkeluar.
- Apabila tekanan dalam sistem penyejukan meningkat, penutup radiator akan membuka laluan air masuk ke dalam tangki simpanan.
- Mempunyai dua Valve iaitu Vaccum Relief Valve dan Pressure Valve.
- Pressure valve berfungsi untuk mengekalkan tekanan dalam radiator dan sistem penyejukan.
- Vaccum Relief Valve berfungsi untuk membenarkan udara dan cecair penyejukan masuk apabila enjin sejuk melalui tangki takungan.
Kesan Kerosakan Radiator Cap :
- Air dalam radiator akan berkurangan.
- Suhu enjin akan meningkat.
Anda boleh Membuat Rujukan Disini : Radiator Cap Kereta.
3 Water Pump
- Fungsi water pump adalah untuk mengepam air dalam sistem penyejukan enjin.
- Menghasilkan tekanan kepada cecair penyejukan agar dapat bergerak melalui kesemua laluan dalam enjin serta masuk semula ke dalam radiator untuk proses penyejukan.
Berikut Merupakan Aliran Air Dalam Sistem Penyejukan Enjin :
- Radiator – Water pump – Water Jacket – Turbo – Throttle Body – Thermostat – Radiator.
- Ia bergantung kepada jenis kereta yang memerlukan penyejukan untuk setiap komponen.
- Proses ini akan berlaku berulang – ulang sehingga enjin dimatikan.
Kesan Kerosakan Water Pump :
- Air dalam sistem tidak dapat di pam serta disejukan dengan sempurna.
- Suhu enjin akan meningkat.
Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Water Pump Kereta.
4 Thermostat
- Berfungsi untuk mengawal aliran cecair penyejuk dalam enjin.
- Membantu mengawal keseimbangan suhu enjin agar sentiasa dalam keadaan stabil dan baik dalam pelbagai situasi.
- Thermostat akan membuka laluan air yang panas ke radiator apabila air mencapai suhu 80 – 90 darjah ceclius untuk disejukan.
Operasi Thermostat :
Kesan Kerosakan Thermostat :
- Suhu enjin akan meningkat akibat daripada aliran air yang tersekat ( Thermostat stuck open ).
- Ini dapat dilihat pada jarum meter temperature dan lampu amaran suhu akan menyala ( untuk kenderaan tertentu ).
- Penggunaan bahan api lebih tinggi akibat kerana enjin tidak dapat mencapai suhu optimum untuk proses pembakaran dalaman enjin yang sempurna.
5 Hose
- Berfungsi untuk menghubungkan cecair penyejuk ke bahagian sistem penyejukan.
Kesan Kerosakan Hose :
- Hose yang pecah atau koyak mengakibatkan paras cecair dalam radiator akan sentiasa berkurangan.
- Ini akan mengakibatkan suhu enjin akan cepat meningkat.
Anda boleh Membuat Rujukan Disini : Radiator Hose Set Kereta.
6 Radiator Fan
- Untuk memindahkan haba yang tidak diperlukan oleh enjin sekaligus memastikan suhu cecair penyejukan dalam enjin sentiasa dalam kendalian yang terbaik.
- Memastikan suhu cecair penyejuk dalam suhu yang sesuai semasa enjin beroperasi.
Kesan Kerosakan Radiator Fan :
- Suhu enjin akan menjadi panas terutamanya sewaktu kereta berhenti.
- Aircond kereta menjadi panas ketika berhenti .
Terdapat Dua Jenis Kipas Radiator :
Kipas Jenis Mekanikal ( Insani )
- Kipas yang dipacu oleh belting selalunya untuk kenderaan seperti 4×4, tracktor dan sebagainya.
Kipas Jenis Elektrik
- Untuk kenderaan ringan seperti Honda Ciity, wira, waja dan sebagainya.
7 Reservior Tank
- Sebgai takungan lebihan untuk simpanan cecair pendingin
- Apabila isipadu cecair mengembang oleh suhu, menyebabkan lebihan cecair disaluraknan ke tangki takungan.
- Apabila suhu menurun, cecair dalam takungan akan balik semula ke radiator.
- Ini mencegah kehilangan cecair dalam radiator.
Kesan Kerosakan Reservior Tank :
- Tangki takungan yang bocor akan menyebabkan cecair berkurangan dalam radiator.
- Ini menyebabkan suhu enjin menjadi tinggi.
Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Coolant Reservior Tank.
8 Saluran Water Jacket
- Ruangan terbuka diantara bahagian luar dinding silinder dan bahagian dalam blok dan cylinder head.
- Ruangan ini dipenuhi oleh cecair penyejukan.
Kesan Kerosakan Water Jacket :
- Kebiasaanya Core Plug yang terdapat pada Block enjin akan pecah apabila telah mencapai hayatnya.
- Kerosakan ini juga berlaku kerana ketiadaan campuran anti karat pada cecair penyejukan /jangka hayat penggunaan.
- Kerosakan pada core plug ini juga akibat daripada enjin overheat.
9 Meter Temperature
- Berfungsi memberikan bacaan suhu enjin kereta semasa dalam kendalian.
- Untuk suhu enjin yang normal adalah jarum penunjuk meter berada di tengah – tengah H dan C.
Terdapat Tiga Jenis Penunjuk Suhu :
- Penunjuk jenis meter Analog.
- Penunjuk Lampu.
- Penunjuk jenis digital.
9 Temperature Sensor
- Berfungsi untuk menghantar isyarat suhu kepada meter suhu dan untuk memusingkan kipas radiator.
Kesan Kerosakan Sensor :
- Kegagalan isyarat sensor yang tidak dihantar ke meter suhu menyebabkan suhu enjin meningkat.
- Mengakibatkan motor kipas radiator tidak berfungsi/lambat berpusing.
Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Temperature Sensor Kereta.
Jenis Motor Kipas Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Motor Kipas Proton Waja.
- Motor Kipas Proton Wira.
- Motor Kipas Proton Saga FLX/FL.
- Motor Kipas Proton BLM.
- Motor Kipas Proton Iswara.
- Motor Kipas Proton Gen 2.
- Motor Kipas Proton Persona.
- Motor Kipas Proton Preve.
- Motor Kipas Proton Exora.
- Motor Kipas Proton Perdana.
- Motor Kipas Perodua Myvi.
- Motor Kipas Perodua Alza.
- Motor Kipas Perodua Bezza.
- Motor Kipas Perodua Axia
- Motor Kipas Perodua Viva
- Motor Kipas Perodua Kenari.
- Motor Kipas Perodua Kelisa.
- Motor Kipas Perodua Kancil.
- Motor Kipas Perodua Kembara.
- Motor Kipas Perodua Rusa.
- Motor Kipas Honda City.
- Motor Kipas Naza Citra.
- Motor Kipas Toyota Avanza.
- Motor Kipas Toyota Vios.
- Motor Kipas Nissan Grand Livina.
Jenis Temperature Sensor Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Temperature Sensor Proton Waja.
- Temperature Sensor Proton Wira.
- Temperature Sensor Proton Saga BLM.
- Temperature Sensor Proton Saga FLX/FL.
- Temperature Sensor Proton Iswara.
- Temperature Sensor Proton Gen 2.
- Temperature Sensor Proton Persona.
- Temperature Sensor Proton Preve.
- Temperature Sensor Proton Exora.
- Temperature Sensor Proton Perdana.
- Temperature Sensor Perodua Myvi.
- Temperature Sensor Perodua Alza.
- Temperature Sensor Perodua Axia.
- Temperature Sensor Perodua Bezza.
- Temperature Sensor Perodua kancil.
- Temperature Sensor Perodua Viva.
- Temperature Sensor Perodua Kenari.
- Temperature Sensor Perodua Kelisa.
- Temperature Sensor Perodua Kembara.
- Temperature Sensor Perodua Rusa.
- Tempereture Sensor Honda City.
- Temperature Sensor Naza Citra.
- Temperature Sensor Toyota Avanza.
- Temperature Sensor Toyota Vios.
- Temperature Sensor Toyota Vigo.
- Temperature Sensor Ford Ranger.
- Tempereture Sensor Nissan Grand Livina.
Jenis Thermostat kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Thermostat Proton Wira.
- Thermostat Proton Waja.
- Thermostat Proton Saga BLM.
- Thermostat Proton Saga FLX/FL.
- Thermostat Proton Iswara.
- Thermostat Proton Gen 2.
- Thermostat Proton Persona.
- Thermostat Proton Preve.
- Thermostat Proton Exora.
- Thermostat Proton Perdana.
- Thermostat Perodua Myvi
- Thermostat Perodua Alza.
- Thermostat Perodua Axia.
- Thermostat Perodua Bezza.
- Thermostat Perodua kancil.
- Thermostat Perodua Kenari.
- Thermostat Perodua Kelisa.
- Thermostat Perodua Viva.
- Thermostat Perodua kembara.
- Thermostat Perodua Rusa.
- Thermostat Honda City.
- Thermostat Naza Citra.
- Thermostat Toyota Avanza.
- Thermostat Toyota Vios.
- Thermostat Toyota Vigo.
- Thermostat Ford Ranger
- Thermostat Nissan Grand Livina.
Semoga post ini dapat membantu anda dalam mengenal setiap fungsi komponen sistem penyejukan enjin kereta anda serta kesan kerosakan agar prestasi serta jangka hayat enjin kereta sentiasa terjaga !
Baca Juga : 4 Tanda Radiator Cap Rosak Pada Kereta.