Bearing tayar kereta anda rosak?
Ingin Mencari – cari tanda kerosakan bearing tayar?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda tanda bearing tayar rosak pada kereta dengan mudah dan senang difahami.
Google Ads
Berikut merupakan tanda kerosakan bearing tayar.
1 Bunyi Berdengung
- Bunyi berdengung semasa kereta bergerak.
- Semakin laju kereta, semakin kuat bunyi berdengung.
- Jangan biarkan jika terdapat bunyi seperti ini pada kereta anda.
- Kerana ini boleh merosakan hub serta spindle.
- Akibatnya, apabila bearing baru diganti bearing menjadi tidak fit apabila dipasang pada hub.
- Periksa bahagian tayar bearing yang berbunyi.
- Tambahkan grease ( jika perlu ).
- Tukarkan bearing jika terdapat kerosakan sebagai contoh : Permukaan cone bearing yang retak , tidak rata , bearing longgar dan pecah.
2 Bunyi Pelik Semasa Membelok Kiri atau Kanan
- Bunyi seperti ‘cikk’ ‘cikk’ ‘cikk’ semasa membelok kiri atau kanan.
- Bunyi seperti ini jarang berlaku bagi sesetengah kereta.
- Berbunyi apabila belok kiri atau kanan semasa dalam pemanduan.
- Saya pernah mengalami sendiri semasa menggunakan ford ranger 2.5 4WD.
- Jika terjadi pada kereta anda, periksa keadaan bearing serta benda asing yang yang tersepit pada disc rotor/cover.
3 Body Kenderaan Bergoyang
- Pada tahap yang serius kerosakan bearing, body kereta akan bergoyang/tidak stabil semasa dalam pemanduan.
- Lebih buruk lagi apabila bearing jammed dan boleh mengancam nyawa anda.
- Kemungkinan nut bearing tayar longgar atau sebaliknya.
- Ketatkan nut bearing atau tukar bearing baru.
- Periksa juga bahagian suspension system kereta anda.
- Body bergoyang semasa dalam pemanduan bukan sahaja berpunca pada kerosakan bearing kemungkinan juga ia berpunca daripada rim bengkok, bush, bearing center long shaft rosak, nut rim longgar dan sebagainya.
Berikut merupakan cara untuk memeriksa tayar bearing kereta anda :
- Jackkan body kereta anda.
- Letakan posisi tangan anda atas dan bawah tayar.
- Goyangkan tayar untuk periksa keadaan bearing tayar.
- Selepas itu pusingkan tayar dan dengar jika terdapat bunyi berdengung.
Jenis Bearing Tayar kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Tayar Bearing Perodua Viva.
- Tayar bearing Proton Iswara.
- Tayar Bearing Perodua Myvi.
- Tayar Bearing Perodua Kelisa.
- Tayar Bearing Perodua Kenari.
- Tayar Bearing Perodua Kembara.
- Tayar Bearing Perodua Alza.
- Tayar Bearing Perodua Kancil.
- Tayar Bearing Perodua Viva.
- Tayar Bearing Perodua Rusa.
- Tayar Bearing Proton Waja.
- Tayar Bearing Proton wira.
- Tayar Bearing Proton Persona.
- Tayar Bearing Proton Perdana.
- Tayar Bearing Proton Exora.
- Tayar Bearing Proton Preve.
- Tayar Bearing Proton Gen 2.
- Tayar Bearing Proton Saga flx.
- Tayar Bearing Proton Saga Blm.
- Tayar Bearing Toyota Avanza.
- Tayar Bearing ToyotaVios.
- Tayar Bearing Honda City.
- Tayar Bearing Naza Citra.
- Tayar Bearing Nissan Grand Livina.
Sangat mudah bukan ?
Semoga tanda bearing tayar rosak yang saya kongsikan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda dalam memahami tanda- tanda kerosakan bearing tayar kereta anda.
Baca juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.
Baca Juga : 8 Kesan Absorber Rosak Pada Kereta Anda.