Brek pad kereta anda telah haus ?
Sukar untuk mengenal pasti tanda brek pad haus pada kereta sendiri ?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana cara untuk mengenal pasti tanda brek pad haus pada kereta dengan senang dan mudah difahami.
Google Ads
Tanda – tanda brek pad kereta telah haus :
1 Lampu Amaran Brek Menyala
- Lampu amaran ini menyala apabila brek tangan tidak dilepaskan dan cecair brek kurang.
- Minyak berkurangan disebabkan oleh brek pad yang semakin nipis.
- Periksa brek pad kereta anda / tukarkan baru.
- Periksa juga kebocoran pada sistem brek, kerana ini akan mengurangkan cecair brek dalam takungan dan seterusnya punca kehilangan brek semasa dalam pemanduan.
2 Cecair Brek Berkurangan
- Minyak brek kurang pada paras takatnya.
- Ini tanda brek pad semakin nipis dan perlu ditukar.
- Periksa juga kebocoran pada sistem brek.
3 Terdapat Bunyi Ketika Brek Ditekan
- Terdapat bunyi besi bergeseran ketika brek ditekan.
- Ini disebabkan oleh wear indicator atau pelapik brek bergesel dengan rotor disc.
- Wear indicator memberi amaran kepada pemandu untuk membuat pemeriksaan brek pad serta penukaran brek pad.
- Tidak semua jenis pad brek mempunyai wear indicator.
- Tukarkan pad brek baru.
4 Gegaran Pada Steering dan Pedal Brek
- Gegaran pada steering apabila brek ditekan.
- Ini kerana permukan brek pad yang tidak rata, rotor disc rosak dan brek pad terlalu nipis.
- Tukarkan rotor disc baru.
5 Jarak kenderaan Berhenti Bertambah
- Jarak kereta berhenti semakin panjang apabila brek ditekan.
- Ini kerana brek haus dan mengakibatkan jarak untuk kenderaan berhenti panjang.
- Tukarkan brek pad baru.
6 Pemeriksaan Secara visual dan berkala
- Pemeriksaan secara visual atau berkala oleh mekanik dan pengguna kereta.
- Brek pad boleh dilihat pada celah – celah rim untuk pastikan ia dalam keadaan baik.
- Ketebalan pad brek mestilah minimum tiga milimeter untuk penggunaan brek yang selamat.
- Tukarkan baharu jika ketebalan brek pad berkurangan.
Berikut Merupakan Jenis Brek Pad Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Brek Pad Perodua Myyi.
- Brek Pad Perodua Alza.
- Brek Pad Perodua Axia.
- Brek Pad Perodua bezza.
- Brek Pad Perodua Viva.
- Brek Pad Perodua kembara.
- Brek Pad Perodua Rusa.
- Brek Pad Perodua kancil.
- Brek Pad Perodua kenari.
- Brek Pad Perodua Kelisa.
- Brek Pad Proton Waja.
- Brek Pad Proton wira.
- Brek Pad Proton Iswara.
- Brek Pad Proton Saga FL/FLX.
- Brek Pad Proton Saga BLM.
- Brek Pad Proton Preve.
- Brek Pad Proton Gen 2.
- Brek Pad Proton Persona.
- Brek Pad Proton Exora.
- Brek Pad Proton Perdana.
- Brek Pad Toyota Avanza.
- Brek Pad Toyota Wish.
- Brek Pad Toyota Vios.
- Brek Pad Toyota Vigo.
- Brek Pad Honda HRV.
- Brek Pad Isuzu Trooper.
- Brek Pad Isuzu Dmax.
- Brek Pad Ford Ranger T6/T7.
Semoga post ini dapat memberi manfaat serta menjadi panduan kepada anda dalam mengenal pasti tanda – tanda brek pad haus agar sistem brek kereta anda sentiasa dalam kendalian yang terbaik.
Baca Juga : 6 Tanda Rotor Disc Rosak Pada Kereta.