Anda sedang mencari tanda clutch pump rosak pada kereta ?
Untuk post ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengenal pasti tanda kerosakan clutch pump pada kereta dengan mudah dan senang difahami.
Google Ads
Jenis clutch pump pada kereta :
Berikut merupakan tanda kerosakan clutch pump :
1 Clutch Pedal Rendah
- Pedal clutch rendah daripada sebelumnya dan mengakibatkan kesukaran penukaran gear.
- Periksa kebocoran pada clutch master pump atas atau bawah ( gearbox ).
- Disyorkan ganti 1 set clutch pump baru untuk pengunaan jangka panjang.
2 Terdapat Kesan Basah Pada Lantai
- Terdapat kesan basah pada lantai dan mengakibatkan minyak clutch habis akibat kebocoran.
- Periksa clutch master pump.
- Gantikan clutch pump baru.
3 Minyak Clutch Berkurangan
- Minyak clutch berkurangan daripada level.
- Periksa kebocoran pada clutch pump atas dan bawah jika berlaku kebocoran.
- Tukarkan dengan clutch pump baru.
4 Clutch Pedal Kosong
- Pedal clutch terasa kosong apabila ditekan.
- Ini bermakna berlaku kerosakan clutch master pump atas atau bawah.
- Kemungkinan juga sistem perlu bleeding ( buang udara yang terdapat pada saluran hose ).
- Untuk memastikan kerosakan, hantarkan kenderaan anda dibengkel untuk membuat pemeriksaan.
5 Pedal Clutch Turun Perlahan – lahan
- Pedal clutch turun dengan perlahan – lahan apabila ditekan kemudian terasa kosong.
- Gear sukar untuk dimasukan selang beberapa minit apabila pedal clutch ditahan.
- Pedal clutch perlu dipam untuk penukaran gear.
- Ini bermakna terdapat kebocoran kit pada clutch muster pump atas.
- Kerana cecair clutch tidak sampai ke clutch pump bawah untuk menolak release fork.
- Cecair akan masuk semula ke tangki kerana kerosakan clutch pump kit.
- Periksa juga flexible hose kemugkinan terdapat kebocoran atau kembung.
- Tukarkan pump baru.
Cara bleeding pada clutch pump :
- Memerlukan 2 orang untuk melancarkan kerja.
- Tekan pedal clutch sebanyak 5 kali kemudian tahan.
- Longgarkan saluran hose pada clutch pump atas.
- Jika kelihatan cecair clutch keluar tutupkan saluran hose.
- Tekan pam clutch pump pedal sebanyak 5 kali kemudian tahan.
- Buka nipple bleeding pada clutch pump bawah.
- Keluarkan cecair sehingga buih tidak kelihatan.
- Tutup bleeding nipple.
- Uji kendalian clutch kereta anda.
Tips Penjagaan Sistem Klac :
- Pastikan minyak clutch pada level yang betul.
- Tukarkan minyak clutch jika terdapat kesan hitam atau mendapan.
- Mendapan ini akan merosakan clutch seal kit.
Berikut merupakan contoh clutch pump kereta sebagai rujukan anda :
- Clutch Pump Proton wira.
- Clutch Pump Proton Satria Neo.
- Clutch Pump Proton Gen 2.
- Clutch Pump Saga Flx.
- Clutch Pump Saga Blm.
- Clutch Pump Proton Waja.
- Clutch Pump Proton Iriz.
- Clutch Pump New Saga VVT.
- Clutch Pump Proton Exora Blod.
- Clutch Pump Perodua Alza.
- Clutch Pump Perodua Myvi Best 1.5.
- Clutch Pump Proton Persona.
- Clutch Pump Proton Perdana.
- Clutch Pump Honda Civic.
- Clutch Pump Toyota Vigo.
- Clutch Pump Nissan Navara.
- Clutch Pump Isuzu Dmax.
- Clutch Pump Mitsubhisi Triton.
Mudah bukan ?
Semoga dengan adanya tanda clutch pump rosak yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memastikan sistem klac kereta sentiasa berfungsi dengan sempurna.
Baca Juga : 5 Tanda Clutch Kereta Habis.