5 Tanda Coil Plug Kereta Rosak

Anda sedang mencari tanda Coil Plug Kereta rosak ?

Sukar untuk mengesan kerosakan ?

Untuk pengetahuan anda, tanda kerosakan coil plug ini adalah hampir sama dengan kerosakan Spark Plug kereta.

Kerana, ianya termasuk dalam sistem Ignition kereta.

Untuk Post ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengenal pasti kerosakan Coil Plug pada kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.

Google Ads

Berikut Merupakan Tanda  Kerosakan Coil Plug :

1 Enjin Kereta Bergegar

Enjin kereta bergegar
  • Enjin kereta bergegar semasa dihidupkan bukan hanya berpunca dari kerosakan Spark Plug, ia juga sebagai tanda awal kerosakan pada Coil Plug kereta anda.
  • Enjin kereta bergegar seperti 3 silinder yang berfungsi apabila pedal minyak ditekan ( Jerking ).
  • Periksa juga tahap kefungsian Spark Plug kereta anda.
  • Jika semua Spark Plug kereta anda telah ditukar baharu, kemungkinan Coil Plug atau Plug Cable kereta anda mengalami masalah.
  • Untuk kerosakan mounting enjin, gegaran enjin tidak sama seperti kerosakan Coil Plug kereta.

2 Enjin Kehilangan Kuasa

Enjin kehilangan kuasa
  • Enjin kehilangan kuasa apabila memecut dan terasa berat.
  • Ini adalah tanda coil plug kereta rosak yang sangat ketara.
  • Ini terjadi apabila jumlah elektrik yang dibekalkan oleh Coil Plug tidak mencukupi untuk Spark Plug bagi pembakaran dalam enjin.
  • Pastikan anda telah menukar semua Spark Plug kereta anda untuk memastikan kerosakan ini.
  • Periksa juga Cable Plug kemungkinan terdapat kebocoran arus elektrik yang mengakibatkan jumlah elektrik tidak cukup untuk Spark Plug berfungsi dengan sempurna.

3 Enjin Sukar Dihidupkan

Enjin kereta sukar dihidupkan
  • Sampai pada satu tahap, enjin kereta sukar dihidupkan.
  • Ini disebabkan oleh Kerosakan 2 atau 3 Coil Plug dan tiada pembakaran dalam enjin.
  • Periksa juga Cable Plug, fius dan Spark Plug kemungkinan mengalami kerosakan.
  • Apabila Ignition Coil Plug rosak, Spark pada Plug akan terganggu seterusnya akan mengakibatkan pembakaran dalam enjin tidak sempurna.

4 Enjin Kereta Semput

Coil plug retak/ tanda coil plug kereta rosak
Kerosakan pada ignition coil plug
  • Kerosakan Ignition Coil plug juga akan mengakibatkan enjin semput kerana Misfire Cylinder dalam enjin.
  • Periksa juga Plug dan Cable Plug kereta anda kemungkinan mengalami kerosakan.

5 Kerosakan Sambungan Wiring

Kerosakan wiring/ tanda coil plug rosak
Kerosakan sambungan soket / wiring
  • Fungsi Coil Plug adalah untuk mengagihkan api pada Spark Plug untuk pembakaran lengkap enjin.
  • Kerosakan sambungan wiring atau soket penyambung boleh mengakibatkan Coil Plug tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • Sebelum menukar Coil Plug, pastikan sambungan soket dan wiring Ignition system dalam keadaan baik.

Punca Kerosakan Ignition Coil Plug :

1 Kebocoran Minyak

Terdapat minyak/ tanda coil plug kereta rosak
Terdapat minyak pada coil plug
  • Kebocoran Cover Head Gasket mengakibatkan minyak masuk ke ruangan Spark plug dan Coil Plug.
  • Ini mengakibatkan kerosakan pada Coil Plug kerena terdedah pada minyak.
  • Gantikan Coil Plug baharu.

2 Jangka Hayat

Kerosakan Coil/ tanda coil plug kereta rosak
Jangka hayat penggunaan
  • Apabila sampai kepada tahap maksimum penggunaan, coil plug akan rosak.
  • Selalunya jangka hayat penggunaan Coil Plug adalah lama jika diselenggara dengan betul.
  • Pastikan ia tidak terdedah kepada air atau minyak untuk penggunaan lebih lama.

Jenis Ignition Coil Plug Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Anda boleh juga melihat jenis coil plug kereta disini : Jenis Ignition Coil Plug.

Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk memastikan Ignition Coil Plug kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik !

Baca Juga : 4 Tanda Timing Chain Rosak Pada Kereta.

16 Comments

  • momochitachi@gmail.com' Khairil

    Assalamuailaikum….nak tanya masalah kereta viva berkenaan dengan takde spark Dari ignition plug 2 Dan 3 ignition plug nombor 1 Ada spark cuma 2 Dan 3 takde spark Minta pendapat mana pomen yg pernah mengalami masalah seperti ini

    • Terima kasih En.khairil atas soalan anda.
      Untuk masalah kereta anda, sebaiknya tukar coil plug baharu.
      Periksa juga sambungan soket atau wiring kemungkinan putus atau longgar.
      Periksa juga keadaan plug kereta anda.
      Terima kasih.

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Untuk masalah kereta anda, Pastikan dahulu spark plug dalam keadaan baik.
      kemudian periksa cable plug kemungkinan rosak, expire atau putus ( bahagian dalam ).
      Periksa serta bersihkan distributor cap ( metal contact ) dan distributor rotor kemungkinan terdapat karat yang mengakibatkan arus elektrik tidak sampai kepada plug.
      Terima kasih.

  • Leonng7780@Gmail.com' Leo

    Salam sejahtera.saya ada sebiji kereta Alza 2012.masalah dia macam ni.
    1.enjin boleh start lepas beberapa minit dia akan mati sendiri lepas tu bila nak hidup kan balik dah tak boleh hidup kena tunggu dalam 5minit ke 20minit baru boleh start dan hidup.
    part semua dah ganti 70/%
    1.crank sensor
    2.came sensor
    3.wiring enjin 1 set
    4.fuil pump
    5.spark plug
    6.enjin general overhaul
    7.oil sensor
    8.oz² sensor@exzos
    Boleh Mr c.keynon lee terang kan apa sebenarnya masalah kereta saya ni.tq

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
      Periksa komponen berikut :
      1. Throttle body sensor.
      2. Fuel Pump relay.
      3. Injector.
      Walau bagaimanapun saya syorkan anda buat scan diagnosis kereta anda untuk mendapatkan punca masalah yang betul.
      Terima kasih

  • christcarol6@gmail.com' Augustine

    Kereta saya saga blm 2010 masa memandu tu ada sangkut2 sikit tapi tak lama dalam 1 2 saat mcm tu adalah 1 minggu lebih dh mcm tu dan bila kereta behenti tetiba mati tapi start hidup balik dn juga Saya sudah tukar
    Spark plug
    Fuel filter.
    Mr. C.ceynon lee boleh bagitau apa punya dn sebb kereta mcm tu..tq

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
      Untuk masalah kereta anda periksa komponen berikut :
      1. Fuel Pump.
      2. Relay Fuel pump.
      3. Sambungan wiring Fuel Pump.

      Terima kasih.

  • mohdkhairuddin1221@gmail.com' Md Khairuddin Bin Ismail

    Avanza 1.3cc 2008.. mohon pencerahan.. coil plug di no 4 tiada api.. saya sudah tukar semua coil & plug.. tapi tetap sama… Bila saya ganti coil no 4 k coil no 3.. coil d no 4 tadi hidup..bila tukar balik k no 4.. x hidup… Wayering saya sudah buat pmeriksaan ok semua.. bila scan diagnosis tiada apa2 fault yang keluar.. mohon pencerahan.. terima kasih

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinon garaj.com.
      Periksa keadaan soket sambungan coil, periksa balik sambungan wiring kemungkinan terdapat wayar yang remuk.
      Tambahkan grounding cable untuk menguatkan arus elektrik.
      Terima kasih.

  • zaimzolkarnain@gmail.com' zaim

    Saya ada persoalan. Sy hantar kereta pergi bengkel dan pomen tunjuk yang coil no. 4 sy dah cair@short. Kenapa boleh jadi macamtu ya?

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      kebiasaannya coil yang cair/short disebabkan jangka hayat penggunaan,jumlah arus elektrik yang disalurkan tinggi,terdapat litar pintas dalam coil,serta terdapat masalah pada sambungan wiring atau soket.
      Terima kasih.

  • mrhamidiman@gmail.com' Hamid

    Salam bang sya nak tanya kereta sya myvi 1.3 dah tukar coil plug bru tapi tak ada api punca dia dri mna ye? Soket sambug coil plug pun ok tlong lah sya bang jwb soalan sya bang apa punca tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *