4 Tanda Compressor Aircond kereta Rosak

Compressor aircond kereta anda rosak?

Sukar untuk memastikan sama ada ia berpunca daripada aircond compressor atau komponen lain?

Dalam post ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana mengesan tanda compressor aircond kereta rosak dengan mudah dan sangat senang untuk difahami.

Sebelum itu, saya ingin terangkan jenis – jenis aircond compressor :

Terdapat 3 Jenis Aircond Compressor :

  • Compressor Magnet Clutch.
  • Compressor Control Valve Pressure.
  • Compressor Hybrid.

Compressor Magnet Clutch banyak digunakan di malaysia.

Contoh kenderaan yang menggunakan Compressor Magnet Clutch :

  • Honda Stream.
  • Proton Wira.
  • proton Saga.
  • Toyota avanza/myvi.
  • Perodua Alza.

Google Ads

Berikut merupakan tanda Compressor Aircond Kereta Rosak :

1 Bunyi Bergeseran Apabila Aircond Dihidupkan

Kerosakan pulley bearing / tanda compressor aircond kereta rosak
Kerosakan pada aircond pulley bearing.
  • Terdapat bunyi pada compressor apabila suis aircond dihidupkan.
  • Bunyi seperti besi bergeseran pada aircond compressor.
  • Periksa keadaan compressor jika terdapat habuk besi dan keledak hitam.
  • Kemungkinan besar pulley bearing rosak dan menyebabkan bunyi bising.
  • Hantarkan kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.

2 Bunyi Compressor Kasar

Bunyi kasar pada aircond compressor
  • Normalnya bunyi aircond compressor adalah senyap.
  • Jika berlaku bunyi kasar pada compressor aircond kemungkinan komponen dalaman telah rosak.
  • Apabila bearing atau piston compressor longgar/rosak ia mengeluarkan bunyi yang kuat.
  • Disyorkan anda tukar compressor baru  untuk penggunaan jangka panjang.

3 Enjin Kereta Mati apabila Suis Aircond Dihidupkan.

Enjin kereta mati apabila suis aircond dihidupkan.
  • Enjin kereta mati secara tiba – tiba apabila suis aircond dibuka.
  • Ini bermakna komponen dalaman compressor jammed.
  • Selalunya terjadi pada bearing dan piston compressor.
  • Tukarkan aircond compressor baru.

4 Kerosakan Pada Magnetic Clutch

kerosakan magnet clutch/tanda compressor aircond kereta rosak
Kerosakan pada aircond magnet clutch
  • Akan berlaku sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk.
  • Ini disebabkan tiada cengkaman pada magnet clutch untuk memusingkan compressor.
  • Perlu OFF kemudian ON suis aircond baru aircond sejuk.
  • Jika ini terjadi pada kereta anda, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Operasi Sistem penyaman udara kereta :

cara operasi aircond pada kereta.

Jenis Aircond Compressor Kereta Sebagai Rujukan Anda :

Sangat mudah bukan ?

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti tanda compressor aircond rosak pada kereta anda.

Kongsikan untuk memberikan banyak manafaat kepada semua orang.

Baca Juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.

11 Comments

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Jika compressor aircond rosak bunyi akan kedengaran sebaik saja enjin dihidupkan atau aircond dipasang.
      Periksa Crankshaft pulley dan Water pump pulley kemungkinan bergeseran dengan Timing Belt Cover.
      Periksa juga keadaan belting kemungkinan kendur atau mengalami kerosakan.
      Terima kasih.

  • addy92.aa57@gmail.com.my' addy

    nak tanya kereta saya myvi old , baru baru ni pasang AC boleh dengar buyi compressor tu agak kasar. tapi keadaan AC kereta masih berfungsi dengan baik , tpi baru hari ni kereta kalau parking dalam 2 minint ke- atas AC kereta jadi panas, bunyi compressor tak jalan. bila kereta tengah jalan AC kereta jadi sejuk , normal balik . boleh tahu masalah dari mana ?

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Periksa keadaan compressor aircond kemungkinan kekurangan minyak compressor penyebab compressor panas.
      Jika anda menggunakan compressor recon/halfcut/ secondhand kemungkinan terdapat kerosakan pada bearing atau piston compressor.
      Periksa juga relay A/C kemungkinan mengalami kerosakan.
      Periksa juga keadaan motor kipas kemungkinan hampir rosak kerana lambat memusingkan kipas apabila kereta berhenti.
      Terima kasih.

  • nadiyahjasmi@gmail.com' nanad

    nak tanya..aircond axia saya berbunyi kuat bila on aircond tu..saya dah tukar compressor baru semalam. dah takda bunyi kasar tu lagi. tapi..skali2 dengar bunyi ketik selang setiap beberapa minit masa kereta berhenti atau bergerak. akan refer kedai semula cuma nak tahu kemungkinan sebab untuk pengetahuan. terima kasih.

    • Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
      Bunyi ketik pada compressor adalah bunyi magnetic clutch untuk kefungsian compressor.
      Bunyi Ini adalah normal dan tidak ada sebab kerosakan.
      Terima kasih.

  • eyhj_1822@yahoo.com' Mohamad fairuz ghazali

    Salam,kereta avanza tiba2 aircond tak keluar hawa sejuk pastu bunyi bergesel di compressor apa masalah yerr tuan🙏🏻

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
      Periksa terlebih dahulu magnetic clutch aircond pulley, kerosakan komponen ini juga menyebabkan bunyi bergeseran dan mengakibatkan aircond tidak berfungsi.
      Periksa juga keseluruhan Aircond compressor.
      Terima kasih.

  • Akifdrake98@gmail.com' depth

    produa bezza , baru tukar magnetic clutch dan tambah minyak compressor tetapi bila on aircond ada bunyi kasar lepas bbrapa saat bunyi tu hilang , rm400 melayang 🙁

    • Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
      Selalunya bunyi itu berpunca daripada bearing compressor aircond, dan kemungkinan juga kesalahan pemasangan magnatic clutch.
      Terima kasih.

  • mohdizalmohdjaya06@gmail.com' Izal

    Pagi pagi bila start, on aircond tak sejuk, bila.tengok.pada compressor aircond, pulley belting berpusing, tetapi magnetic clutch dan kipas tak berpusing. Bila kereta dah berjalan dalam 30km, matikan enjin dan start semula, barulah aircond sejuk dan magnetic clutch serta kipas aircond berpusing seperti biasa. Kenapa jadi macam tu? Apakah masalahnya tuan? Terima.kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *