Kenali tanda drive shaft rosak pada kereta anda.
Anda ingin mengetahui tanda kerosakan drive shaft ?
Dalam post ini, saya ingin kongsikan cara untuk mengenal pasti kerosakan drive shaft dengan mudah dan senang difahami.
Google Ads
Berikut merupakan tanda kerosakan pada drive shaft :
1 Terdapat Bunyi Pada Drive Shaft
- Semasa membelok, U-Turn atau ke kiri dan ke kanan terdapat bunyi ‘ketakk‘ ‘ketakk‘ ‘ketakk‘ atau ‘tukk‘ ‘tukk‘ ‘tukk‘ pada drive shaft.
- Ini terjadi semasa membelok sahaja.
- Semasa jalan lurus bunyi tersebut hilang.
- Ini menunjukan CV Joint ( outer ) rosak dan tanda drive shaft rosak yang ketara.
2 Kereta Bergegar
- Kereta bergegar semasa menekan pedal minyak untuk pickup dan berhenti.
- Gegaran terasa terutama dibahagian hadapan.
- Ini menunjukan pada CV Joint ( inner ) rosak.
3 Terdapat Grease Pada Tayar atau Lower Arm
- Terdapat kesan grease pada tayar dan permukaan lower arm.
- Ini menunjukan drive shaft boot telah koyak.
- Boot yang koyak ini mengakibatkan grease kurang / kering pada CV joint dan boleh merosakan CV joint.
- Tukarkan drive shaft boot dengan segera agar tidak merosakan CV joint dengan lebih teruk.
4 Steering Kereta Bergegar
- Steering bergegar semasa pemanduan.
- Gegaran steering bukan hanya berpunca daripada balancing, rim bengkok dan alignment.
- Ia juga terkesan apabila drive shaft bengkok atau CV Joint rosak.
Contoh Drive shaft kereta dan harga terkini :
- Drive Shaft Proton Iswara
- Drive Shaft Proton Wira
- Drive Shaft Proton Waja
- Drive Shaft Proton Preve
- Drive Shaft Proton Gen 2
- Drive Shaft Proton Saga FLX
- Drive Shatf Proton Saga BLM.
- Drive New Proton Saga
- Drive Shaft Proton Persona
- Drive Shaft Proton Preve.
- Drive Shaft Perodua Kancil
- Drive Shaft Perodua viva
- Drive Shaft Perodua Myvi
- Drive Shaft Perodua Axia
- Drive Shaft Perodua kelisa
- Drive Shaft Perodua Bezza
- Drive Shaft Honda City Sx8
- Drive Shaft Honda Accord TAO 2.0
- Drive Shaft Nissan Grand Livina Latio 1.6
- Drive Shaft Nissan Almera
- Drive Shaft Toyota Camry SXV10
- Drive Shaft Toyota Vios
Semoga tanda drive shaft rosak pada kereta yang saya kongsikan ini dapat menjadikan panduan dan kebaikan bersama dalam mengenal pasti kerosakan drive shaft kereta anda!
- Baca juga : Cara Mengetahui Tanda Lower Arm Rosak.
saya ada saga blm aouto ,stater tak ada tindak balas langsung dan tak ada bunyi pada masa on kunci.kesemua fius ok menyala tak ada tanda~tanda terbakar.Apa masalahnya ya tolong bagi pendapat?…T Q.
Terima kasih En.Buiman atas soalan anda..
untuk masalah kereta tuan, adalah lebih baik periksa starter kereta anda kemungkinan perlu diservis ( carbon brush habis atau solenoid rosak ).
Periksa juga jumlah cas bateri kereta anda pastikan cas mencukup untuk memudahkan enjin dihidupkan.
Periksa juga bahagian sambungan wiring starter kemungkinan tercabut atau terbakar.
Terima kasih.
Hinda CRV saya berbunyi bila belok kiri dan kanan. Bunyi ‘klok’ sekali shj bila pusing stereng untuk membelok kiri atau kanan. Adakah drive shaft rosak?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Untuk masalah kereta anda, kemungkinan juga Tanda – tanda awal kerosakan CV Joint drive shaft,
tetapi anda perlu memeriksa komponen yang lain seperti absorber bush, stabilizer bush, lower arm bush kemungkinan mengalami kerosakan.
Periksa drive shaft boot sekiranya terdapat kesan koyak.
Untuk lebih baik, lakukan pemeriksaan kereta anda di workshop.
Terima kasih.
Draff shaft berbunyi toyata Le nak repair Draff shaft
ya, tukarkan drive shaft atau CV Joint baharu.
Terima kasih.
Tuan, kereta saya ada bau hangus dekat bawah enjin dekat sekali bahagian exzos ok ada sedikit asap bila enjin panas adakah drive shaft saya bocor pada bahagian getah??
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Ada banyak kemungkinan kebocoran minyak yang boleh berlaku pada kereta anda,
Sebaiknya untuk pastikan masalah ini, hantarkan kereta anda dibengkel untuk pemeriksaan.
Terima kasih.
Hi, kereta saya ada masalah semasa membelok kiri terutamanya bunyi geseran yang nyaring & agak kuat. tapi tiada bunyi ‘ketakk‘ ‘ketakk‘ ‘ketakk‘ atau ‘tukk‘ ‘tukk‘ ‘tukk‘. Boleh bantu kenal pasti punca masalah?
Terima kasih En.Haikal atas soalan anda.
Kemungkinan tayar kereta anda terkena pada fender cover.
Periksa juga keadaan rim kemungkinan juga terkena pada body kereta serta periksa juga keadaan bearing tayar.
Untuk kepastian, hantar kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.
Terima kasih.
Kala kereta mula bergerak rasa mcm tayar x mencengkam jalan, possibility dari drive shaft ke?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Untuk masalah kereta anda,banyak kemungkinan kerosakan antaranya seperti lower arm bush,clutch slip serta drive shaft.
Untuk pemeriksaan terperinci, buat pemeriksaan kereta anda di bengkel kereta.
Terima kasih.
hello tuan saya dah tukar drive shaft sebelah kiri untuk saga flx saya
masalah sering berlaku boot drive shaft belah tayar clip sering terbuka dan telah mengunakan clip yang guna skrupun sering kali terbuka
apakah penyebab nya
terima kasih
Terima kasih En.Yusof atas soalan anda.
Untuk masalah drive shaft boot clamp/clip yang sering terlepas,pastikan cv joint housing bebas daripada gris.
Cv joint housing yang terdedah pada gris ini akan menjadi licin dan mengakibatkan boot clamp akan mudah terbuka.
Gunakan juga drive shaft boot yang berkualiti agar ia fit dan tidak mudah terlepas.
terima kasih.
Hi. Masalah kereta saya hanya bebunyi semasa menekan minyak sahaja. Tidak bebunyi semasa membelok. Adakah itu masalah drive shaft ?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Kereta berbunyi semasa menekan minyak tidak semestinya berpunca dari drive shaft sahaja.
Periksa juga bahagian bush yang lain seperti lower arm, enjin mounting serta komponen yang berkaitan dengan suspension system.
Kemungkinan bahagian yang berbunyi ini berpunca dari bush longgar apabila minyak ditekan untuk kuasa memecut.
Untuk kepastian, hantar kereta anda di bengkel untuk dibuat pemeriksaan.
Terima kasih.
Hai nk tanya boleh x kita potong wayar horn kereta..
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
ya, boleh asalkan tidak membawa masalah kepada sistem wiring kereta anda.
Terima kasih.
Tuan,
Ingin bertanya kereta saya ada masaalah bunyi “ketak ketak yang kuat” pada bahagian tayar apabila membelok ke kiri & kanan apakah ada kerosakan pada drive shaft?….sedang saya sdh check rubber boot cover inner & outer kiri& kanan dalam keadaan tidak berlaku sebarang koyak serta tidak ada tanda2 grease yg keluar …jadi apakah puncanya tuan?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
Untuk makluman tuan, bunyi ini adalah kesan daripada kerosakan cv joint yang terdapat dalam drive shaft.
Boot nampak baik, tapi dalaman dah rosak.
Terima kasih.
Hi. Saya ada masalah pada performance kereta. Bila tekan pedal minyak, terasa kosong dan lambat. Saya guna cvt auto. Tapi memang gearbox ni jenis mengaum bila speeding. Last saya tukar driveshaft kiri & kanan bulan 3 2022. Sejak minggu lalu, saya mengalami masalah speeding dan pickup. Seolah2 ada yg menahan kereta untuk bergerak lebih laju. Bila capai 100kmh, bunyi seperti ” kasar yang berpusing”. Boot getah dalam keadaan baik tidak koyak. Pusing stereng tidak ada bunyi seperti yang encik katakan itu. Adakah simptom kerosakan driveshaft juga memberi kesan kepada kelajuan dan performance kereta saya juga? Terima kasih!
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Untuk pengetahuan tuan, kerosakan drive tidak akan mempengaruhi kelajuan dan performance kereta anda, cuma kedengaran bunyi yang tidak menyenangkan ketika pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan jika ia tercabut atau terlepas daripada cv joint.
Periksa bahagian lain yang mengakibatkan terjadinya bunyi tersebut seperti nut drive shaft ( kemungkinan Longgar ), Tayar bearing jammed atau mulai rosak.
periksa juga kemungkinan di bahagian yang berpusing terdapat bendaasing melekat atau bersentuhan.
Terima kasih.