Fuel Pump kereta anda rosak?
Sukar untuk mengenal pasti tanda – tanda kerosakan Fuel Pump?
Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengetahui tanda Fuel Pump rosak dengan mudah sebagai panduan khususnya kepada pengguna kereta.
Berikut Merupakan Tanda Fuel Pump Rosak :
1 Bunyi Kuat Pada Motor Fuel Pump
- Kebiasaanya ketika enjin hendak dihidupkan, terdapat bunyi motor Pump berpusing dan kemudian hilang.
- Apabila Fuel Pump rosak, ia akan mengeluarkan bunyi kuat daripada biasa.
- Periksa Fuel Pump kereta anda.
2 Enjin Sukar Dihidupkan
- Fuel Pump yang baik akan sentiasa beroperasi sebaik enjin dihidupkan.
- Fuel Pump yang bermasalah akan menyebabkan enjin sukar dihidupkan terutamanya pada waktu pagi.
- Enjin perlu dihidupkan berberapa kali sebelum ia berfungsi dengan normal.
- Namun begitu, periksa juga kerosakan komponen dalam sistem penyalaan kereta yang sama dengan kesan kerosakan komponan ini seperti Coil Plug, Spark Plug dan sebagainya.
3 Bunyi Enjin Tidak Normal Pada Rpm yang Tinggi
- Jika enjin beroperasi dalam RPM yang tinggi, bunyi enjin semakin lama semakin nyaring kedengaran bagi Fuel Pump kereta yang baik.
- Kerosakan Fuel Pump mengakibatkan bunyi enjin tidak normal seperti bahan api disekat dan tidak dapat dipam pada RPM tinggi (Sputterring).
4 Enjin Mati Pada Suhu Panas
- Operasi enjin terhenti ketika suhu enjin meningkat.
- Ini disebabkan oleh kehausan pada bilah Fuel Pump dan mengakibatkan bahan api tidak dapat dibekalkan ke enjin untuk pembakaran.
- Bagi enjin yang dilengkapi dengan Start – Stop, enjin gagal dihidupkan selepas dimatikan secara automatik semasa di persimpangan/lampu isyarat.
5 Enjin Kehilangan Kuasa
- Jika kenderaan depan perlu dipotong, pedal minyak perlu ditekan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.
- Fuel Pump yang rosak , tersumbat atau kotor akan menyebabkan jumlah bahan api yang dihantar untuk pembakaran tidak mencukupi mengakibatkan enjin terasa tidak berkuasa.
6 Kereta Memecut Dengan Tiba – Tiba
- Jika Fuel Pump tersumbat, ia gagal membekalkan bahan api dengan tekanan yang sesuai sehingga enjin terasa lemah.
- Apabila pedal minyak ditekan dengan kuat sedikit, kereta terus memecut dengan tiba – tiba menjadikan anda sukar mengawal kereta dengan baik.
7 Penggunaan Bahan Api Meningkat
- Fuel Pump yang rosak menyebabkan bahan api dihantar untuk kegunaan enjin tidak sempurna dan berlebihan.
- Ini akan meningkatkan penggunaan bahan api.
8 Enjin Tidak Boleh Dihidupkan Langsung
- Enjin kereta tidak dapat dihidupkan apabila berlaku kerosakan teruk kepada Fuel Pump.
- Namun begitu, periksa fius, relay, Fuel Filter, Fuel Sensor, Injector, ECU atau sambungan wiring juga mengakibatkan kegagalan Fuel Pump beroperasi.
- Periksa juga komponen dalam sistem penyalaan kereta yang hampir sama dengan masalah ini.
9 Kerosakan Pada Sambungan Wiring
- Untuk kenderaan berusia, kebiasaanya kerosakan berlaku pada wiring seperti wayar remuk, soket berkarat, kotor dan sebagainya.
- Ini kerana tangki minyak terletak diluar dan terdedah kepada kotoran.
- Periksa semua sambungan wiring yang berkaitan.
10 Jangka Hayat
- Jangka hayat Fuel Pump adalah lama jika ia dijaga dengan baik.
- Walau bagaimanapun, sampai kepada satu tahap, ia akan rosak juga.
Berikut merupakan sistem bahanapi kereta :
Tips Penjagaan Fuel Pump :
- Pastikan Fuel Filter digantikan apabila sampai masanya.
- Pastikan anda mengisi minyak sebelum simbol lampu minyak menyala/berkelip.
Jenis Fuel Pump Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Fuel Pump Proton Waja.
- Fuel Pump Proton Wira.
- Fuel Pump Proton Saga BLM.
- Fuel Pump Proton Saga FLX.
- Fuel Pump New Saga VVT.
- Fuel Pump Proton saga FL.
- Fuel Pump Proton Persona.
- Fuel Pump Proton Gen 2.
- Fuel Pump Proton Satria Neo.
- Fuel Pump Proton Exora.
- Fuel Pump Proton Perdana.
- Fuel Pump Perodua Myvi.
- Fuel Pump Perodua Alza.
- Fuel Pump Perodua Bezza.
- Fuel Pump Perodua Axia.
- Fuel Pump Perodua Kembara.
- Fuel Pump Perodua Kelisa.
- Fuel Pump Perodua Kenari.
- Fuel Pump Perodua Viva.
- Fuel Pump Toyota Avanza.
- Fuel Pump Toyota Innova.
- Fuel Pump Toyota Vios.
- Fuel Pump Honda City.
- Fuel Pump Nissan Grand Livina.
Semoga Post ini memberikan banyak manfaat kepada anda.
Kongsikan untuk kebaikan bersama.
Baca Juga : 10 Punca Masalah Kereta Semput.