Berikut merupakan tanda gearbox auto rosak pada kereta yang anda perlu ketahui.
Anda pengguna kereta jenis auto?
Inginkan info tentang tanda kerosakan pada gearbox auto kereta anda?
Untuk pengetahuan anda, kos membaiki gearbox auto ini boleh mencapai ribuan ringgit.
Sebelum bertambah parah, kenali tanda awal kerosakan gearbox kereta anda dengan mudah.
Google Ads
Berikut merupakan tanda kerosakan gearbox kereta:
1 Terdapat Sentakan Yang Kuat
- Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali penukaran gear berlaku.
- Contoh dari N ke D atau dari P ke D .
- Ini tanda awal kerosakan gearbox auto.
- Flushing dan ganti minyak auto.
- Hantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan.
2 Rpm Menjadi Tinggi
- Rpm tinggi dan tidak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.
3 Enjin Kereta Berbunyi Kuat
- Enjin kereta berbunyi kuat setiap kali penukaran gear auto berlaku.
- Ini menandakan clutch plate dalam gearbox auto telah habis/nipis.
- Hantar kereta anda di bengkel untuk diperiksa/dibaiki.
4 Berbunyi Hentakan Seperti ‘Dukk’
- Gearbox auto berbunyi hentakan seperti ‘Dukk’ setiap gear auto bertukar.
- Buat flushing gearbox dan tukar minyak auto untuk melancarkan penukaran gear.
- Servis gearbox anda dengan segera sebelum bertambah teruk.
5 Gear Bertukar Kepada Keadaan N Atau D Pada Meter
- Gear bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
- Sangat merbahaya dalam pemanduan.
- Terdapat kerosakan pada valve body gearbox auto.
6 Penukaran Gear Yang Lambat
- Penukaran gear yang lambat.
- Kemungkinan filter tersumbat atau kotor menyebabkan penukaran gear lambat.
- Periksa juga Solenoid Shift Sensor kemungkinan mengalami kerosakan.
- Ini kerana penukaran minyak gear auto tidak dilakukan mengikut jadual penukaran yang betul.
- Jika hal ini berterusan gearbox kereta anda akan rosak.
7 Kereta Tidak Bergerak
- Kenderaan tidak bergerak walaupun tombol gear sudah dimasukan ke D.
- Ini menunjukan gearbox auto kereta anda rosak teruk.
- Antara kemungkinan kerosakan seperti ini adalah : pam jem, Valve body sumbat, sensor, dan valve body rosak.
8 Pemiilihan Gear yang Sukar / Tidak Lancar
- Kesukaran untuk memilih gear contoh Dari D ke P.
- Kadang kala tersekat dan langsung tidak dapat pilih gear.
- Ini kemungkinan bush/ sambungan kabel gear terlepas dari handle.
9 Kerosakan Speed Sensor
- Untuk kenderaan auto, Speed Sensor berada pada 2 kedudukan yang dipanggil Input dan Output.
- Kerosakan komponen ini menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan.
- Overdrive (O/D) lambat masuk atau tidak naik.
- Brek menjadi keras.
- Meter Speedo bergoyang/tidak naik.
- Lampu (O/D) berkelip – kelip.
- Lampu Check Enjin menyala.
10 Gearbox Delay
- Apabila gear D atau R dimasukan mengambil masa beberapa minit baru kenderaan bergerak.
- Kerosakan ini selalunya berlaku pada getah atau seal yang terdapat pada clutch gearbox.
- Kerosakan seal ini mengakibatkan kebocoran tekanan dalam gearbox dan mengakibatkan kemasukan gear delay.
Kenapakah Kerosakan Ini Berlaku ?
Antara sebab kerosakan ini berlaku adalah :
- Oil filter gearbox auto tidak pernah ditukar.
- Penukaran minyak auto yang tidak mengikut jadual yang betul.
- Tidak pernah memeriksa paras minyak gear auto.
- Tidak pernah menambah minyak auto.
- Tidak pernah menukar minyak gear auto.
Anda harus peka terhadap jadual servis minyak auto kenderaan anda.
Penukaran minyak auto dilakukan apabila perjalanan kenderaan mencapai 20,000km.
Bagi mengelakan berlakunya kerosakan yang serius pada gearbox auto.
Semoga dengan adanya tanda gearbox auto rosak yang saya kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada anda bagi mengelakan kerosakan lebih – lebih lagi kepada pengguna kenderaan auto.
- Baca juga : 4 Tanda Bearing Clutch Rosak Pada Kenderaan.
terima kasih diatas info berguna ini
Tuan, kereta keluar light engine dan gear menyentap..penukaran gear menjadi termenung hanya dengan berjalan gear 2 sahaja..minyak gearbox serta filter telah pun ditukar tetapi masih lagi belum solve problem tersebut..minta pandangan dari tuan..terima kasih..
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Punca utama gear termenung dan menyentap adalah kerosakan seal dalamam gearbox.
Kerosakan seal ini menyebabkan kebocoran tekanan dalam gearbox dan mengakibatkan gear delay.
Terima kasih.
As Salam… Sy nk tnye knpe myk gearbox sy slalu kluar,smgu skli psti kne tmbh.. Ada kbocorn kt mne yea
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Periksa kebocoran pada oil seal drive shatf dan Input shaft oil seal.
Terima kasih.
kenapa P ke R sangat keras.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Selalunya apabila P ke R atau R ke P keras,ini berpunca daripada masalah gear knob rosak.
Namun begitu periksa juga bahagian komponen yang berkaitan dengan sistem gearbox kereta anda.
Terima kasih.
kebiasaan bunyi DUKK ni, adakah dengan menukar minyak gearbox boleh selesaikan masalh bunyi itu?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Kebiasaanya bunyi dukk ini berpunca dari penukaran gear yang tidak lancar.
Buat penukaran minyak serta periksa bahagian lain seperti gearbox mounting dan komponen berkaitan.
Terima kasih.
Kereta Honda City 2016, kereta berbunyi nyaring bila berada dalam mode “D” dan dalam keadaan pegun (kaki di brek).
Adakah ni petanda masalah gearbox?
Terima Kasih Tuan
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Untuk masalah kereta anda, saya syorkan anda service minyak ATF serta tukar filter terlebih dahulu.
Jika masalah masih berlaku, hantar kereta anda di bengkel untuk dibuat pemeriksaan.
Terima kasih.
admin..tumpang tanya ya…kalau kereta auto masuk reverse tak gerak…tapi gear lain semua lancar…bila masuk Gear N tekan minyak kereta jalan Gear P sama juga…minyak dan filter dah servis dah…
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
kebiasanya apabila gear R dimasukan tetapi kenderaan tidak bergerak, ini berpunca daripada clutch dalaman gearbox haus serta o-ring
reverse piston koyak.
Hantarkan kenderaan anda di bengkel untuk pemeriksaan menyeluruh sistem gearbox auto anda.
Terima kasih.
Nak tanya, gear masuk ke D, tp lambat tangkap.. kadang² 2 3 minit kdg 5 minit baru jalan.. kalau direct ke gear 2 or 3, boleh jalan terus.. Kereta Viva Auto.. suspected gearbox yang rosak.. cuma nk tnya, Risiko besar tak kalau x tukar gearbox segera?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Selalunya, apabila gear lambat masuk/ delay dalam beberapa minit baru kenderaan bergerak, ini berpunca daripada kebocoran tekanan dalam gearbox.
Kerosakan ini berlaku pada getah/ seal yang terdapat dalam clutch pada gearbox auto.
Risiko besar apabila anda tidak melakukan pembaikan pada gearbox kereta anda, bila- bila masa sahaja kereta anda tidak dapat bergerak langsung.
Terima kasih.
admin , saya nak tanya, gear R berbunyi sikit ‘ tack’ bila masuk gear reverse. Apakah petanda itu? terima kasih
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Saya sarankan anda untuk flushing atau servis minyak gearbox terlebih dahulu.
Kemungkinan juga minyak yang terlalu kotor menyebabkan terdapat bunyi ketika gear dimasukan.
Terima kasih.
Nak tya,sbb apa kereta saya dari N ke R ia jadi sentap,lepastu jalan dlm gear 3 sahaja.tiada penukaran gear.
Jika gearbox rosak, apakah kaedah terbaik dan ekonomikal
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Cara yang terbaik lakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengetahui kerosakan dan kos pembaikan.
Terima kasih
Selamat ptg admin.
Nak bertanya sikit,kenapa masuk gear P akan turun atau tolak terus ke bawah gear R .. gambar P pun tak ada pada skrin meter.
Saya guna Alza auto
Terima kasih Admin
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Kemungkinan handle bush mengalami kehausan, jadi knob handle gear akan terasa terturun kerana mempunyai freeplay yang banyak.
hantar kereta anda di bengkel untuk dibuat pemeriksaan.
Terima kasih.
Kenapa bezza saya bila lama berjalan dia akan sentap sentap,rpm turun naik
admin, kereta Hyundai saya bila letak gear D terus gear 2 dan tak bertukar kepada gear lain. Masa tukar gear dari P ke N, N ke D ada sentap dan bunyi DUKK. Sudah service dan tukar minyak gearbox tetapi masalah masih sama. Apa pandangan admin?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Masalah terdapat sentap ini selalunya clutch dalaman nipis, dan kebocoran tekanan dalaman gearbox.
Hantar kenderaan anda dibengkel untuk pemeriksaan.
Terima kasih.
apa akan terjadi kalau 100,000km lebih x tukar motor oil? adakah itu mnyebabkan gearbox rosak?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Jika motor oil tidak ditukar mengikut jadual yang betul,enjin tidak dapat bertahan dengan lebih lama.
Ia tidak berkaitan dengan sistem gearbox, kerana gearbox ada minyaknya sendiri.
Melainkan minyak gearbox tidak pernah ditukar, mengakibatkan gearbox akan rosak dengan lebih cepat.
Terima kasih
Nak tanya, kenapa kereta sy bile masuk gear D bole bergerak antara gear 1 dan 2 sahaja bile nk masuk gear 3 rpm je yang naik tinggi. ambik masa yang lama jugak nk masuk gear 3. setiap kali nak masuk gear ketiga enjin akan mengaum rpm naik tinggi baru gear 3 bole masuk. bole saya tahu ape yang perlu dibaiki?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
kekadang punca gear auto delay,terdapat kerosakan berlaku pada dalaman gearbox seperti kebocoran tekanan.
Cuba lakukan flushing terlebih dahulu.
Terima kasih.
Kereta Honda Accord sv4..masuk gear D ..terus jalan gear 4 tak mula auto dari gear 1,2,3.. apa masalahnya
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
Saya sarankan anda flushing terlebih dahulu minyak gear auto.
Terima kasih.
kenapa kadang-kadang tukar dari gear P ke R, macam susah sedikit??dan kadang-kadang ada bau hangit jika rpm tgh laju…adakah tu tanda gearbox sudah rosak n tidak blh pakai?kalau tukar, kebiassanya costing dlm berapa untuk waja 1.6 auto..ataupun hanya perlu pkai gear treatment oil dahulu