Cara Mengetahui Tanda Lower Arm Rosak

Tanda lower arm rosak

Dalam post ini, saya akan terangkan apakah tanda Lower Arm kereta anda telah rosak dan perlu diganti.

Anda dapat jimatkan kos untuk  pemeriksaan kerosakan kereta kesayangan anda.

Google Ads

Sebelum itu, kita lihat dahulu serba sedikit tentang fungsi Lower Arm.

Fungsi Lower Arm

  • Lower arm adalah komponen kenderaan yang tergolong dalam kategori suspension system.
  • Ianya berada dalam kategori yang sama bersama-sama dengan tayar, shock absorber, spring dan linkages.
  • Ia  berfungsi sebagai pemegang tayar kepada kerangka kereta dan bushing untuk memastikan tayar dalam keadaan betul serta mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.
Contoh lower arm baru / tidak rosak
Lower arm ISUZU D – MAX

Tanda Lower Arm Telah Rosak

  • Semasa kenderaan bergerak bunyi ‘keeek … kook … keek … kook‘ terutamanya pada bahagian tayar hadapan.
  • Steering tidak balance ( stabil ) di jalan yang lurus, kenderaan secara sendiri lari ke kanan atau ke kiri tanpa diarahkan.
  • Apabila kenderaan melalui jalan yang tidak rata akan keluar bunyi ‘ketak … ketak .. ketak’ pada tayar hadapan.
  • Semasa menekan pedal minyak untuk memecut kenderaan tertarik sebelah.
  • Selepas buat alignment steering masih tidak seimbang terutama di jalan yang lurus.
  • Semasa kenderaan dihenjut turun naik di bonet depan, keluar bunyi dari bawah kenderaan.
  • Kehausan tayar tidak sekata dan seragam ( tayar makan sebelah ).
  • Semasa memandu steering bergegar dan bergetar.
  • Keluar bunyi pada tayar hadapan terutama semasa membrek, lebih – lebih lagi jika di brek secara mengejut.

Kesan Pemanduan Apabila lower Arm Rosak

  • Tiada kestabilan dan keselesaan dalam pemanduan.
  • Steering sukar di kawal.
  • Proses alignment sukar dilakukan.

Contoh Lower Arm Kereta :

Semoga panduan ini memberikan manafaat kepada anda untuk memastikan kestabilan, keselesaan dan keselamatan anda dalam pemanduan.

PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *