Motor kipas radiator kereta anda rosak ?
Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan ?
Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda cara untuk mengesan tanda motor kipas radiator rosak pada kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.
Google Ads
Berikut Merupakan Tanda kerosakan Motor Kipas Radiator :
1 Pusingan Kipas Perlahan
- Pusingan kipas perlahan ini berpunca dari kerosakan Carbon Brush pada motor.
- Ini mengakibatkan Temperature enjin naik semasa kenderaan berhenti serta aircond tidak sejuk.
- Periksa Motor kipas radiator jika rosak gantikan motor baharu.
Cara Memeriksa Kerosakan Motor Kipas :
- Wayar biru sambungankan kepada terminal bateri + .
- Wayar hitam sambungkan pada terminal bateri – .
- Jika motor kipas tidak berpusing, bermakna motor kipas mengalami kerosakan.
- Jika motor kipas berpusing, kemungkinan wiring, fius, Temperature Sensor atau relay mengalami kerosakan.
2 Motor Kipas Tidak Berpusing
- Ini berpunca daripada daripada kerosakan motor kipas sama ada bearing jammed atau Carbon Brush nipis.
- Ini adalah tanda motor kipas radiator rosak yang sangat ketara.
- Periksa juga relay kipas, fius, Temperature Switch, dan sambungan wiring kemungkinan mengalami kerosakan.
- Motor kipas yang tidak berpusing ini menyebabkan enjin mengalami panas lampau.
- Pastikan dahulu kerosakan untuk memudahkan anda menukar alat ganti dengan betul.
3 Kerosakan Pada Sambungan Wiring
- Kerosakan sambungan wiring seperti wayar putus, terbakar dan sambungan pin longgar mengakibatkan kipas tidak berpusing kerana tiada supply arus elektrik.
- Periksa dahulu sambungan wiring seterusnya relay, fius, dan Temperature Switch untuk kefungsian motor kipas.
4Â Jangka Hayat
- Jangka hayat penggunaan motor kipas radiator mengakibatkan kerosakan motor.
- Pastikan kerosakan terlebih dahulu sebelum menggantikan motor kipas baharu.
5 Kerosakan Pada Relay
- Kerosakan pada relay kipas juga menyebabkan kipas radiator tidak berpusing.
- Periksa juga wiring, fius, dan motor kipas kemungkinan mengalami kerosakan.
- Untuk kenderaan tertentu seperti Saga FLX kadang kala kipas akan terus berpusing walaupun enjin dimatikan.
- Tukarkan relay kipas baharu.
6 Kerosakan Pada Fius
- Fius yang putus juga menyebabkan kipas tidak berpusing.
- Periksa juga komponen berkaitan seperti Relay, sambungan wiring, Temperature Sensor atau motor kipas kemungkinan mengalami kerosakan.
- Tukarkan fius kipas baharu.
7 Kerosakan Pada Temperature Sensor
- Kerosakan pada Temperature Sensor ini juga menyebabkan kipas tidak berpusing.
- Ini mengakibatkan suhu enjin naik secara mendadak dan Overheat.
- Ini kerana tidak ada tindak balas daripada sensor untuk mengaktifkan motor kipas.
- Tukarkan Sensor Temperature Baharu.
8 Kipas Lambat Berpusing
- Kipas lambat berpusing ini selalunya berpunca daripada kerosakan Sensor Temperature.
- Ini kerana tindak balas yang lambat dari Temperature Sensor untuk memusingkan kipas radiator.
- Jika ini berlaku kepada kenderaan anda, tukarkan Temperature Sensor baharu.
Jenis Motor Kipas Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Motor Kipas Proton Waja.
- Motor Kipas Proton Wira.
- Motor Kipas Proton Saga FLX/FL.
- Motor Kipas Proton BLM.
- Motor Kipas Proton Iswara.
- Motor Kipas Proton Gen 2.
- Motor Kipas Proton Persona.
- Motor Kipas Proton Preve.
- Motor Kipas Proton Exora.
- Motor Kipas Proton Perdana.
- Motor Kipas Perodua Myvi.
- Motor Kipas Perodua Alza.
- Motor Kipas Perodua Bezza.
- Motor Kipas Perodua Axia
- Motor Kipas Perodua Viva
- Motor Kipas Perodua Kenari.
- Motor Kipas Perodua Kelisa.
- Motor Kipas Perodua Kancil.
- Motor Kipas Perodua Kembara.
- Motor Kipas Perodua Rusa.
- Motor Kipas Honda City.
- Motor Kipas Naza Citra.
- Motor Kipas Toyota Avanza.
- Motor Kipas Toyota Vios.
- Motor Kipas Nissan Grand Livina.
Jenis Temperature Sensor Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Temperature Sensor Proton Waja.
- Temperature Sensor Proton Wira.
- Temperature Sensor Proton Saga BLM.
- Temperature Sensor Proton Saga FLX/FL.
- Temperature Sensor Proton Iswara.
- Temperature Sensor Proton Gen 2.
- Temperature Sensor Proton Persona.
- Temperature Sensor Proton Preve.
- Temperature Sensor Proton Exora.
- Temperature Sensor Proton Perdana.
- Temperature Sensor Perodua Myvi.
- Temperature Sensor Perodua Alza.
- Temperature Sensor Perodua Axia.
- Temperature Sensor Perodua Bezza.
- Temperature Sensor Perodua kancil.
- Temperature Sensor Perodua Viva.
- Temperature Sensor Perodua Kenari.
- Temperature Sensor Perodua Kelisa.
- Temperature Sensor Perodua Kembara.
- Temperature Sensor Perodua Rusa.
- Tempereture Sensor Honda City.
- Temperature Sensor Naza Citra.
- Temperature Sensor Toyota Avanza.
- Temperature Sensor Toyota Vios.
- Temperature Sensor Toyota Vigo.
- Temperature Sensor Ford Ranger.
- Tempereture Sensor Nissan Grand Livina.
Sangat mudah bukan?
Semoga post ini membantu anda untuk mengenal pasti tanda kerosakan motor kipas radiator kereta agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang baik sepanjang pengunaan anda !
Baca Juga : 8 Tanda Throttle Body Rosak Pada Kereta.