Enjin mounting kereta anda rosak?
Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan?
Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengetahui tanda mounting enjin rosak dengan mudah serta senang untuk difahami.
Sebelum itu, kenali fungsi enjin mounting pada enjin kereta.
FUNGSI ENJIN MOUNTING
- Komponen yang memegang enjin kereta.
- Menyerap serta mengurangkan getaran yang dihasilkan oleh enjin.
Tanda Kerosakan Enjin Mounting :
1 Enjin Bergegar
- Enjin kereta bergegar semasa hidup ( idle ).
- Gegaran ini dapat dirasakan pada steering dan dashboard.
- Ini adalah tanda enjin mounting rosak yang sangat ketara.
- Periksa dan kenal pasti bahagian mounting yang rosak.
- Gantikan enjin mounting baharu.
2 Penjajaran Enjin yang Tidak Seimbang
- Mounting enjin yang rosak menyebabkan enjin beralih pada kedudukan asal.
- Ini mengakibatkan kerosakan komponen lain seperti ekzos, drive shaft serta penjajaran tayar yang tidak seimbang.
- Untuk pemasangan enjin mounting baharu, pastikan ia dipasang pada kedudukan yang betul untuk mengelakan komponen ini cepat rosak.
3 Pemanduan Tidak Selesa
- Menyebabkan sentakan ketika menukar gear kerana transmisi juga dipasang unit enjin.
- Ini mengakibatkan ketidak selesaan semasa dalam pemanduan.
- Sentakan ini ketara dirasakan dalam pemanduan yang laju.
- Periksa enjin mounting/gearbox mounting kemungkinan terdapat kerosakan yang teruk.
4 Gear Bergegar
- Jika enjin mounting tidak berfungsi dengan baik, ia akan menjejaskan gearbox.
- Gegaran ini dapa dirasakan apabila anda meletakan tangan pada tombol gear.
- Lakukan pemeriksaan kereta anda dibengkel untuk kenal pasti bahagian mounting yang rosak.
5 Bunyi Hentaman
- Kerosakan enjin mounting menyebabkan enjin bergegar lalu bergerak menghentam komponen lain diruangan enjin.
- Biasanya lebih ketara dirasakan apabila penukaran gear dari D ke R dan sebaliknya.
6 Jangka Hayat
- Jangka hayat penggunaan juga penyebab kerosakan enjin mounting.
- Ini kerana mounting enjin menampung bebanan enjin yang terlalu lama.
- Kerosakan ini akan berlaku apabila perjalanan kenderaan mencapai 10,000km, 5 tahun atau lebih.
- Namun begitu, ia bergantung kepada gaya pemanduan serta keadaan jalan raya yang dilalui.
Berikut Merupakan Jenis Mounting Enjin kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Enjin Mounting Proton Waja.
- Enjin Mounting Proton Wira.
- Enjin Mounting Proton Iswara.
- Enjin Mounting Proton Saga FLX/FL.
- Enjin Mounting Proton Saga BLM.
- Enjin Mounting Proton Persona.
- Enjin Mounting Proton Exora.
- Enjin Mounting Proton Perdana.
- Enjin Mounting Proton Preve.
- Enjin Mounting Proton Gen 2.
- Enjin Mounting Perodua Myvi.
- Enjin Mounting Perodua Alza.
- Enjin Mounting Perodua Bezza.
- Enjin Mounting Perodua Axia.
- Enjin Mounting Perodua Viva.
- Enjin Mounting Perodua kancil.
- Enjin Mounting Perodua Rusa.
- Enjin Mounting Perodua Kelisa.
- Enjin Mounting Perodua Kembara.
- Enjin Mounting Perodua Kenari.
- Enjin Mounting Toyota Avanza.
- Enjin Mounting Toyota Vios.
- Enjin Mounting Honda City.
- Enjin Mounting Honda Jazz.
- Enjin Mounting Naza Citra.
- Enjin Mounting Nissan Grand Livina.
- Enjin Mounting Toyota Innova.
- Enjin Mounting Isuzu Dmax
- Enjin Mounting Ford Ranger T6.
Semoga post ini dapat memberikan banyak manafaat, terutamanya dalam mengenal pasti kerosakan enjin mounting kereta anda agar pemanduan anda lebih meyakinkan!
Baca Juga : 4 Tanda Absorber Mounting Rosak Pada Kereta.
Tq… penerangan yg sangat jelas.