Spark plug kereta anda rosak ?
Sukar untuk mengenal pasti tanda sprak plug kereta rosak ?
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara yang mudah untuk mengenal pasti tanda kerosakan plug kereta anda sebagai langkah awal untuk berjaga – jaga.
Untuk pengetahuan anda, spark plug kereta perlu ditukar apabila perjalanan kereta telah mencapai 20,000km supaya prestasi enjin kereta sentiasa dalam keadaan yang baik.
Spark plug mampu bertahan sehingga 45,000km penggunaan.
Google Ads
Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan spark plug kereta :
1 Kenderaan Terasa Berat Ketika Memecut
- Kenderaan lambat memecut apabila pedal minyak ditekan dengan pantas.
- Kemungkinan sprak plug diselaputi minyak atau enapan karbon yang menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna.
- Tukarkan spark plug baru.
2 Kesukaran Menghidupkan Enjin Pada Waktu Pagi
- Spark plug yang bermasalah menyebabkan enjin kenderaan sukar dihidupkan terutama pada waktu pagi.
- Kadang – kadang kereta perlu start beberapa kali untuk menghidupkan enjin.
- Periksa spark plug/coil plug kereta anda.
3 Penggunaan Bahan Api Berlebihan
- Proses pembakaran yang tidak sempurna menyebabkan pengunaan bahan api yang banyak.
- Enjin memerlukan 20-30% bahan api jika spark plug tidak berfungsi dengan baik.
- Periksa atau tukarkan spark plug kereta anda.
4 Pembakaran Enjin Tidak Sekata ( Misfires )
- Enapan karbon yang menyelaputi keseluruhan elektrod menyebabkan percikan api terhasil tidak sempurna.
- Kuasa enjin yang terhasil sangat lemah dan prestasinya tidak mencapai tahap optimum.
- Tukarkan spark plug kereta anda.
5 Bunyi Enjin Lebih Bising Dari Biasa
- Disebabkan pembakaran enjin yang tidak selaras, bunyi enjin lebih bising dari biasa.
- Bunyi bising ini lebih ketara didengar apabila kenderaan dihidupkan pada waktu pagi.
- Petanda awal kerosakan spark plug kereta.
6 Terasa Gegaran Selepas Enjin dihidupkan
- Enjin akan begegar sedikit selepas dihidupkan.
- Ini disebabkan oleh salah satu spark plug tidak menghasilkan percikan api dan mengakibatkan pembakaran tidak sempurna.
- Tanda spark plug kereta rosak yang ketara.
- Periksa atau tukarkan spark plug kereta anda.
7 Kuasa Enjin Tidak Stabil
- Kadang- kala prestasi enjin dalam keadaan baik dan kadang- kala terasa semput.
- Itu adalah petanda awal spark plug perlu diganti.
- Kotoran pada elektrod mengakibatkan pembakaran enjin tidak efisyen.
8 Enjin Tidak Boleh Dihidupkan
- Apabila sampai kepada suatu tahap yang lebih parah, enjin kereta langsung tidak dapat dihidupkan.
- Ini disebabkan oleh dua atau tiga spark plug tidak berfungsi.
- Ini adalah tanda spark plug rosak pada kereta yang serius.
- Jika plug dalam keadaan baik, periksa juga komponen lain seperti coil plug, fuel pump,fius, fuel injector serta komponen berkaitan.
- Jika anda tidak pasti dengan masalah ini, hantar kenderaan anda dibengkel untuk pemeriksaan.
Gambar ini merupakan jenis kerosakan Spark plug kereta :
9 Car Spark Plug Tester
RM 74.89
Untuk memudahkan anda memeriksa spark plug kereta, anda boleh menggunakan Car Spark Plug Tester ini.
- Ianya selamat digunakan.
- Khas untuk 12v spark plug kereta.
- Range sehingga 6000rpm.
- Mudah untuk digunakan.
Berikut Merupakan Jenis Spark Plug Untuk Rujukan Anda :
- Spark Plug Perodua Myvi.
- Spark Plug Perodua Bezza.
- Spark Plug Perodua Kembara.
- Spark Plug Perodua Rusa.
- Spark Plug Perodua Kelisa.
- Spark Plug Perodua Kenari.
- Spark Plug Perodua Axia.
- Spark Plug Produa Alza.
- Spark Plug Perodua Viva.
- Spark Plug Perodua Aruz.
- Spark Plug Perodua Kembara.
- Spark Plug Perodua Kancil.
- Spark Plug Proton Iswara.
- Spark Plug Proton Wira.
- Spark Plug Proton Waja.
- Spark Plug Proton Persona.
- Spark Plug Proton Gen2.
- Spark Plug Proton Exora.
- Spark Plug Proton Saga FLX.
- Spark Plug Proton Saga BLM.
- Spark Plug Proton Preve.
- Spark Plug Proton Supirma S.
- Spark Plug Proton Iriz.
- Spark Plug Proton X50.
- Spark Plug Proton X70.
- Spark Plug Toyota wish.
- Spark Plug Toyota Avanza.
- Spark Plug Toyota Vellfire.
- Spark Plug Toyota Vios.
- Spark Plug Toyota Camry.
- Spark Plug Honda City.
- Spark Plug Honda Jazz.
- Spark Plug Naza Citra.
- Spark Plug Naza Suria.
- Spark Plug Kia Spectra.
Semoga panduan ini memberikan banyak manfaat kepada anda semua!
Baca Juga : 17 Senarai Dash Cam Kereta Terbaik [2021]