Starter kereta anda rosak ?
Tercari – cari tanda starter kereta rosak dengan mudah ?
Dalam post kali ini, saya ingin kongsikan cara untuk mengenal pasti tanda starter dengan mudah dan senang.
Google Ads
Berikut merupakan tanda – tanda kerosakan starter kereta :
1 Start Kosong
- Lampu dan sistem elektrik lain dalam kereta berfungsi dengan baik, tapi ketika hendak start enjin, starter tidak berfungsi ( kosong ).
- Periksa sambungan wayar starter.
- Periksa menggunakan test lamp sama ada sumber elektrik sampai atau tidak.
- Jika tidak ada sumber elektrik, periksa fius dan wayar sambungan ke starter. ( kadang -kadang tengah wayar akan terbakar kerana penggunaan yang lama).
- Periksa carbon brush starter.
- Jika terlalu nipis tukarkan carbon brush baru.
2 Starter Berpusing / tidak berpusing
- Apabila hendak start enjin, starter kadang – kadang berpusing dan kadang – kadang tidak.
- Bunyi ‘ Takk ‘ ‘ Takk‘ ketika hendak start enjin. ( kadang – kadang berpunca dari kuasa bateri yang kurang ).
- Pastikan bateri kereta anda mempunyai cas yang mencukupi.
- Ini tanda carbon brush starter nipis, kerana arus elektrik tidak sampai kepada commutator untuk memusingkan enjin.
- Periksa juga sambungan terminal – dan + pada bateri.
- Servis starter kereta anda.
- Tukar carbon brush baru.
- Bersihkan commutator.
- Untuk emergency, anda boleh ketuk di bahagian starter bagi memusingkan starter.
Anda Boleh Juga Membuat Rujukan Disini : Carbon Brush Kereta.
3 Starter Pusing Tetapi Tidak Memusingkan Flywheel
- Apabila hendak start enjin, starter motor pusing tetapi flywheel tidak berpusing untuk menghidupkan enjin.
- Ini kerana solenoid rosak dan tidak menolak pinion gear untuk memusingkan flywheel.
- Periksa selenoid starter,jika jammed bersihkan.
- Tukar apabila masih dalam masalah sama.
- Boleh juga ketuk di bahagian selenoid supaya starter berfungsi untuk kes emergency.
Anda Boleh Membuat Rujukan Disini : Starter Solenoid.
4 Enjin Berat Ketika Hendak Dihidupkan
- Bateri kereta anda baru, tetapi ketika hendak start enjin, ianya terasa berat dan seperti bateri rosak.
- Ini bermakna starter anda perlu diservis.
- Periksa bearing, carbon brush dan sapukan sedikit gris pada actuating arm starter.
- Jika masalah berulang, tambahkan ground cable daripada terminal – terus kepada body starter untuk menguatkan arus elektrik.
- Anda boleh juga menambah starter relay untuk lebih kuasa kepada starter.
Jenis Starter Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Starter Perodua Myvi.
- Starter Perodua Viva.
- Starter Perodua Kancil.
- Starter Perodua Axia.
- Starter Perodua kelisa.
- Starter Perodua Kenari.
- Starter Perodua Alza.
- Starter Perodua Bezza.
- Starter Perodua Rusa.
- Starter Perodua Kembara.
- Starter Proton Waja High speed motor.
- Starter Proton Wira.
- Starter Proton Iswara.
- Starter Proton Waja.
- Starter Proton Blm.
- Starter Proton Gen 2 High Speed Motor.
- Starter Proton Persona.
- Starter Proton Saga FL/FLX.
- Starter Proton Exora.
- Starter Proton Perdana.
- Starter Toyota Vios.
- Starter Toyota Vigo.
- Starter Toyota Avanza.
- Starter Naza.
- Starter Nissan Navara.
- Starter Nissan Grand Livina.
- Starter Honda City.
Semoga dengan adanya tanda starter kereta rosak ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti dengan lebih jelas lagi masalah starter kereta anda supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Baca Juga : 4 Tanda Dirve Shaft Rosak Pada Kereta.
Kalau waktu pagi susah mau start kereta, battery ok baru tukar, fuel pump motor sudah tukar, apa lagi masalah kemungkinan?
Viva 1.0
terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
Periksa keadaan throttle body,spark plug yang berkaitan dengan sistem ignition kereta kemungkinan bermasalah.
Terima kasih
assalamualaikum…saya mengalami starter kuar asap pada carbon…punca apa jadi mcm tu boss…adakah starter problem???..mohon pencerahan
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
ya, asap berpunca daripada starter kereta anda,commutator terbakar atau sorting wayar di dalam starter.
Terima kasih.
Salam .kereta vios 2011 ,km dah 245k… bila start 1st time bila2 dalam seharitu ada bunyi kasar mcm berpasir masa start..enjin hidup diikuti dgn bunyi kasar ..benda ni x jadi hari2 . kadang2 3 hari sekali, 2 minggu, 10 hari x tentu..cuma kalau jadi pagi lepas tu kalau start bila2 pada hari yg sama x jadi dah..apa masalah ya tuan…sy syak mcm starter..risau jugak kalau benda lain…..tq
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Ada kemungkinan juga starter bermasalah kerana ia masih berpusing bersama2 dengan enjin sebeb itulah bunyi kasar kedengaran.
kemungkinan solenoid starter tidak kembali ke asal selepas enjin di hidupkan.
Adalah lebih baik servis starter terlebih dahulu.
Terima kasih.
Salam, nak tanya kalau start kete x hidup…tapi yg lain2 hidup..mcm lampu signal….bateri ke yang rosak? Sblm ni pakai jumper pun x hidup…tapi bila tolak kete tu hidup enjin…dan boleh start mcm biasa…harini jadi lagi…jumper pun xleh..tapi xtry tolak kete lagi 😅
Salam tuan, terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Selalunya start tak hidup, kalau tolak hidup berpunca daripada masalah starter.
Sebaiknya periksa terlebih dahulu kerosakan lain seperti bateri, terdapat kelonggaran pada cable.
Terima kasih.