Anda sedang mencari tanda Throttle Body rosak pada kereta?
Sukar untuk mengesan kerosakan?
Untuk pengetahuan anda, fungsi Throttle Body adalah untuk mengawal jumlah kemasukan udara yang masuk ke dalam ruang pembakaran secara manual dan automatik melalui Throttle valve dan Intake Manifold.
Untuk post ini, saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengesan tanda – tanda kerosakan Throttle Body kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.
Google Ads
Berikut Merupakan Tanda Kerosakan Throttle Body Kereta :
1 Meter Rpm Tidak Stabil
- Rpm enjin akan turun naik dan tidak stabil.
- Kadang kala jika kereta berhenti enjin kereta akan mati.
- Periksa Throttle Valve dan Throttle Body sensor mungkin terdapat kekotoran.
- Periksa juga Air Flow Sensor kemungkinan terdapat kerosakan atau kotor.
- Anda boleh bersihkan dengan menggunakan Throttle Body Cleaner.
2 Kerosakan Pada Throttle Position Sensor
- Fungsi Throttle Position Sensor adalah untuk mengesan sudut bukaan Throttle Butterfly kemudian mengeluarkan variasi voltan untuk dihantar ke ECU.
- TPS ini menentukan jumlah campuran udara dan bahan api untuk pembakaran lengkap dalam enjin.
- Jika komponen ini rosak, pembakaran dalam enjin tidak sempurna dan menyebabkan kereta kurang power, semput dan sebagainya.
- Untuk kepastian, Scan Diagnosis enjin kereta anda untuk menentukan jenis kerosakan komponen.
3 Kerosakan Idle Air Control Motor
- Kerosakan komponen ini mengakibatkan rpm enjin tidak stabil, enjin kerap mati, serta lampu Check Enjin akan menyala.
- Ini adalah tanda Throttle Body rosak yang sangat ketara.
- Scan Diagnosis enjin kereta anda untuk menentukan jenis kerosakan.
4 Enjin Sukar Dihidupkan
- Sampai tahap kerosakan teruk Throttle Body, enjin sukar untuk dihidupkan.
- Bagaimanapun, banyak punca enjin sukar dihidupkan antaranya adalah Fuel Pump rosak, Coil Plug rosak, kerosakan fius berkaitan,Spark Plug rosak dan komponen berkaitan.
- Kenal pasti dahulu kerosakan ini sebelum tukar atau service Throttle Body kereta anda.
5 Enjin Kereta Semput
- Apabila Throttle Body kereta kotor, ia akan menyebabkan enjin menjadi semput kerana sensor throttle body tidak dapat mengatur jumlah udara yang diperlukan untuk pembakaran enjin.
- Oleh itu, enjin kereta akan kehilangan kuasa dan terasa berat.
- Periksa juga Sensor yang terdapat pada Throttle Body.
6 Lampu amaran menyala
- Lampu Check Enjin akan menyala jika terdapat kerosakan pada sistem.
- Ini membolehkan anda memeriksa kenderaan untuk mengelakan kerosakan lebih parah.
- Salah satu kerosakan adalah Throttle Body kotor, Throttle Body rosak, Throttle Position Sensor dan Air Flow Sensor akan membuatkan lampu Check Enjin menyala pada meter dashboard.
- Untuk menentukan jenis kerosakan, Scan Diagnosis kereta anda.
7 Bunyi Enjin Kasar
- Bunyi enjin kereta kasar, rpm enjin rendah dan hampir mati.
- Ini disebabkan oleh Throttle Body kotor atau terdapat sensor Throttle Body yang rosak.
- Periksa juga semua sensor yang terdapat pada Throttle Body kemungkinan terdapat kerosakan.
- Bersihkan dan selaraskan Throttle Position Sensor untuk mendapatkan idling enjin yang baik.
8 Kerosakan Pada Sambungan Wiring
- Kerosakan sambungan wiring juga menyebabkan enjin semput, lampu Check Enjin menyala, dan rpm kereta tidak stabil ketika enjin dihidupkan.
- Ini kerana, jumlah elektrik tidak mencukupi serta tiada supply elektrik untuk kefungsian Sensor pada Throttle Body.
- Periksa semua sambungan wiring atau soket pada semua Sensor yang terdapat Throttle Body kereta anda.
Jenis Throttle Position Sensor Sebagai Rujukan Anda :
- Throttle Position Sensor Perodua Myvi.
- Throttle Position Sensor Perodua Alza.
- Throttle Position Sensor Perodua Kembara.
- Throttle Position Sensor Perodua Viva.
- Throttle Position Sensor Perodua Kelisa.
- Throttle Position Sensor Perodua Kenari.
- Throttle Position Sensor Proton Persona.
- Throttle Position Sensor Proton Saga Fl/FLX.
- Throttle Position Sensor Proton Perdana.
- Throttle Position Sensor Proton Exora.
- Throttle Position Sensor Proton Waja.
- Throttle Position Sensor Proton wira.
- Throttle Position Sensor Proton Gen 2.
- Throttle Position Sensor Proton Saga BLM.
- Throttle Position Sensor Toyota Avanza.
- Throttle Position Sensor Toyota Vios.
- Throttle Position Sensor Honda City.
- Throttle Position Sensor Naza Citra.
Anda boleh juga membuat rujukan disini : Throttle Position Sensor.
Jenis Idle Air Control Motor Sebagai Rujukan Anda :
- Idle Air Control Motor Perodua Myvi.
- Idle Air Control Motor Perodua Alza.
- Idle Air Control Motor Perodua Kembara.
- Idle Air Control Motor Perodua Kelisa.
- Idle Air Control Motor Perodua Kenari.
- Idle Air Control Motor Perodua Viva.
- Idle Air Control Motor Proton Perdana.
- Idle Air Control Motor Proton Waja.
- Idle Air Control Motor Proton wira.
- Idle Air Control Motor Proton Gen 2.
- Idle Air Control Motor Toyota Avanza.
- Idle Air Control Motor Toyota Vios.
- Idle Air Control Motor Honda City.
- Idle Air Control Motor Naza Citra.
Anda boleh juga membuat rujukan disini : Idle Air Control Motor.
Semoga post ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti tanda Throttle Body rosak pada kereta anda sebelum sampai kepada tahap kerosakan yang lebih serius!
Baca Juga : 5 Tanda Coil Plug kereta Rosak.
Menanti artikel tentang gearbox plk dgn segala sensor2nya.. sensor pblem pn kereta boleh jadi lembab..
Untuk artikel ini akan menyusul kemudian.. terima kasih kerana terus menyokong..
Kereta proton wira AB 1.3 selalu semput dan padam. Isyarat check enjin juga keluar. Makin ditekan minyak, makin lah nak padam.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Periksa Fuel pump kereta anda.
Terima kasih.
Kereta saya saga fl baru service jadi macamtu..smua dh buat kecuali valve body.. kadang2 masuk D mati gegar
Kereta saya wira 1.6 auto boss ada masalah barometrik pressure sensor. Persoalanya adalah dimana terletaknya barang yg harus saya perbaiki ?
2. Apa nama kompenen yg harus saya chek/perbaiki) ?
3. Apakah sebab – sebab masalah ini boleh terjadi?
Terima kasih atas penerangan tuan Terima kasih juga kerana berkongsi ilmu pengetahuan tuan.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Mengenai masalah Barometrik Pressure Sensor atau ( MAP ) sensor kereta anda.
Komponen ini terletak di cover air filter.
Penyebab masalah ini adalah kemungkinan kotor dan jangka hayat komponen.
Periksa dahulu sambungan soket kemungkinan longgar, wayar putus atau sebagainya.
Jika masalah masih berlaku, tukarkan MAF sensor.
Terima Kasih.
Kereta saya Waja 1.6 manual rpm tk stabil. mekanik dh cuci throttle body but still tk stabil n kdg2 enjim mati bila idle.
Apa lg yg perlu dilakukan?
Tq
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Periksa atau tukarkan TPS sensor pada Throttle Body
kerosakan komponen ini menyebabkan enjin tidak stabil dan mati.
Terima kasih.
Kereta sy wira 1.3 auto. Enjen bunyi turun naik, kdg² bunyi menderum. Bila bawa slow seperti enjen nk mati. Adakah masalah dri throttel body.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Untuk masalah kereta anda, cuba servis Throttle body.
Periksa juga sensor yang berkaitan seperti Air flow sensor.
Terima kasih.
Tuan saya mahu bertanya
Camry acv41 saya aircond on bila gear berada di D dan kita tekan break dia akan bergegar apabila rpm jadi rendah. Bila rpm normal gegaran tu hilang.
Boleh tahu apa punca?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Untuk masala kereta anda rpm rendah apabila on aircond dan gear pada D, periksa FICD Solenoid Switch.
Jika komponen ini rosak, akan menyebabkan rpm menjadi rendah terutamanya apabila aircond dipasang.
Periksa juga keadaan mounting enjin dan gearbox.
Terima kasih.
prton exora p1403 vim short to ground dengan map sensor apa puncanya
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Manifold vim Motor
Ini berkaitan dengan sistem kereta, saya sarankan anda untuk scan diagnosis kereta di bengkel2 yang pakar.
Terima kasih.
Tuan, Avanza saya bila on switch dan start gagal dihidupkan walau pun bateri berfungsi. Kna tekan minyak dan bila lepas pedal minyak, engin akan mati. Apa masalahnya. Terima kasih
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Untuk masalah kereta anda, periksa bahagian throttle body dan sensor throttle body.
Terima kasih.
Tuan, enjin kelisa saya masih bergegar walaupun dah tukar mounting 3 biji. Selain mounting, ada tak parts lain perlu check? Terima kasih
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Selain daripada mounting, masalah throttle body juga menjadi punca enjin begegar semasa dihidupkan.
Throttle body yang kotor mengakibatkan idle enjin menjadi tidak stabil dan menyebabkan gegaran.
Periksa komponen ini dan bersihkan.
Terima kasih.
Gen2 saya sukar dihidupkan. Saya sudah bersihkan throttle body, power ok p.nk hidup.engin je lambat. Spa perlu saya buat?
perkongsian bagus..
thank for Sharing. mantap
kereta saya satria 1.6, kalau cuaca sejuk, start enjin kereta klau tak tekan kat pedal minyak (maksudnya biarkan ejin panas sendiri) tak lama mesti enjin akan bunyi semput lepas tu naik ‘cek enjin’. saya perlu matikan semula enjin dan selepas 5 minit hidupkan semula baru ok. apakah permasalahan nya ya. dah bawak ke bengkel, tapi bengkel tak leh kesan sebab dia.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com
Memang sukar mengenal pasti punca masalah apabila cek engine menyala dan apabila start enjin balik lampu cek enjin hilang.
Periksa komponen seperti Throttle body, dan semua sensor yang terdapat pada saluran intake.
Terima kasih.
Almera 1.5, model 2016, rpm jadi rendah apabila start engine diwaktu pagi atau enjin sejuk dan pedal brek akan jadi keras, dan tidak boleh jalan. Kena mati engine selama 10min untuk pedal brek turun balik.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Selalunya apabila pedal brek keras adalah petanda kerosakan brek booster dan hose vacuum brake.
Sila periksa komponen ini.
Terima kasih.
Tuan..myvi sy thn 2007 .. sensor pada Throttle Body dah tukar.. tp Masih sama.. pasang ekon lagi menggila..masalah ape lagi yer tuan
Nak tny boleh ke throttle body asal kereta saga flx sy 1.3 tp tukar dgn 1.6. Pro and cons dia apa?
Proton persona 2014 manual..ble start enjin lps 5 saat meter rpm naik smpai 8..off n start blik pun sme jgk..simbol enjin menyala n kereta hilang pickup..kenapa ye?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
Periksa dan servis throttle body kereta anda, kemungkinan kotor atau terdapat kerosakan yang mengakibatkan timing enjin menjadi tinggi.
Untuk simbol check enjin yang menyala, hantarkan kereta anda di bengkel untuk scan diagnosis untuk pastikan jenis kerosakan komponen.
Terima kasih.
Hi cik saya nak Tanya , proton Wira 1,5 auto mmc bila waktu pagi start kereta rpm Kat 2000, lama sangat nak turun , tottle body dah adjust habis,gear semua dah tukar sama juga
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Rpm tinggi apabila dihidupkan waktu pagi selalunya disebabkan oleh throttle body yang kotor.
Cuba bersihkan terlebih dahulu, termasuk saluran intake, airflow serta komponen berkaitan.
Anda boleh cuba pasang FICD untuk stabilkan timing enjin, terutamanya pada waktu pagi.
Terima kasih.
nak tya,sya menggunakan satria 1.6 setiap kali hidupkn engine timing akan naik sehingga paras 2,mohon bantuan,,tq..
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Periksa bahagian throttle body, jika kotor bersihkan.
Throttle body kotor, blh menyebabkan rpm enjin tidak stabil.
Terima kasih.
viva, masalah kena rem sampai rpm 1500 baru aircond berfungsi, dah tukar TPS beberapa kali. selaras dia jadi ok, bila pandu sekejap dan lepas minyak, aircond tak berfungsi dan lampu check enjin menyala. kadang2 rpm terlalu tinggi sampai 2000 dan naik turunwalaupun dalam free gear.
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Kereta anda perlu untuk scan diagnosis bagi memastikan komponen yang rosak serta mendapatkan alat ganti yang betul.
Terima kasih.
Myvi 2019 (new)
On aircond n engine lama
Tiba2 egine jerk n rpm low n high.
Mcm nak mati..
Pls advise.
salam tuan,terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
selalunya masalah rpm turun naik semasa dihidupkan adalah berpunca daripada FICD Valve.
Komponen ini berfungsi untuk mengawal rpm enjin semasa aircond dihidupkan.
Periksa dan gantikan komponen ini.
Terima kasih.
Salam. Kereta saya kelisa 1.0 auto 2003. Dkt obd keluar error code throttle sensor. Sensor mana yg perlu saya check. Kereta ada simptom tersengguk bila tekan pedal waktu belum panas. Lepas temp naik sikit ok dah.
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Bawa kereta anda untuk scan diagnosis untuk memastikan kerosakan komponen dengan betul.
Terima kasih.
Hai boss.. nak tanya kereta saya wira 1.5 vdo bila start ok blh hidup mcm biasa, tapi bila tekan minyak timing terus turun nAik turun naik.. bila lepaskan minyak tu. ok enjin tak mati bila tekan minyak je timing jdi turun naik.. mungkinkah trottle body? dah pernah gak spray kt trottle body tu tapi masih sama jugak
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Periksa dan servis throttle body,kalau guna spray sahaja ia tidak dapat bersihkan keseluruhan throttle body kereta anda.
Terima kasih.
Salam tuan…kereta Saya waja mmc auto…timing engine jadi tinggi…meter rpm pun tak jalan .jam dekat meter rpm pun tak berfungi…ini semua selepas Saya cuci throttle body…ingat kan idle control valve rosak..Saya ganti yang baru..pun masih timing engine tinggi…lampu check engine tidak menyala …mohon pencerahan tuan
Asslmualaikum tuan, kereta saya model saga fl 2011. Masalah kereta idle t’sengguk² dan rpm tak stabil, timing juga tak stabil (1 dpd 4 coil ignition mati, meskipun sdh tukar baru coil ttp xde api), problem ni belum dpt sy setelkn smpai skg.
skg ni masalah enjin rasa berat bila starting gerak (lebih teruk bila menaiki bukit). Adakah berpunca dpd throtle body? atau iafm actuator juga boleh menjadi punca? Harap dpt pencerahan drp tuan.
salam tuan,terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com
periksa bahagian soket,sambungan wiring kemungkinan longgar ataupun remuk.
periksa bahagian throttle body, bersihkan jika kotor.
kerosakan awal fuel pump juga mengakibatkan kuasa kereta menjadi kurang.
toyota estima acr 30 keluaran 2005
masalah yang dihadapi
#pedal minyak dapat menekan hanya rpm 1500 sahaja..apa masalahnya yang biase berlaku…apa yang perlu saya periksa
Salam tuan, terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
kebiasaannya rpm tidak mencapai tahap maksima apabila ditekan adalah berpunca daripada kerosakan APPS (ACCELERATOR PEDAL POSITION SENSOR )
Scan diagnosis terlebih dahulu untuk memastikan kerosakan komponen ini.
Terima kasih.