Anda sedang mencari tanda Timing Belt rosak pada kereta ?
Sukar untuk mengesan tanda kerosakan?
Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengenal pasti tanda kerosakan Timing Belt kereta dengan senang dan mudah untuk difahami.
Google Ads
Tahukah anda, Timing Belt perlu ditukar sebelum perjalanan kereta mencapai 100,000km.
Iaitu 85,000 atau 90,000km pada odometer di dashboard.
Ini untuk mengelakan kerosakan yang lebih teruk berlaku pada enjin kereta anda apabila Timing Belt putus semasa dalam pemanduan.
Berikut Merupakan Tanda – Tanda Timing Belt Rosak :
1 Bunyi Enjin Kasar
- Apabila timing belt haus, ia akan menghasilkan bunyi yang luar biasa pada enjin.
- Timing Belt akan longgar, dan bergeselan dengan timing belt cover.
- Tensioner Bearing Timing Belt juga mengeluarkan bunyi apabila rosak.
- Lakukan pemeriksaan segera terhadap timing belt kereta anda.
2 Lampu Amaran T- Belt Menyala
- Apabila timing belt rosak atau longgar lampu amaran T- Belt akan menyala pada meter dashboard.
- Bagi kenderaan tertentu lampu Check Enjin aakan menyala sebagai tanda amaran kepada pemandu untuk membuat pemeriksaan terhadap enjin kereta.
- Akan tetapi, banyak kerosakan komponen yang mengakibatkan lampu amaran check Enjin menyala, antaranya adalah amaran Timing Belt rosak dan perlu diganti.
- Lakukan pemerikaan kenderaan anda ( Scan Diagnostics ) untuk menentukan jenis kerosakan komponen enjin.
3 Enjin Mati Secara Tiba – Tiba
- Sebenarnya banyak punca enjin mati secara tiba – tiba semasa dalam pemanduan.
- Antaranya ialah : kerosakan fuel pump, sistem pengecas, fius, wiring, timing belt putus dan sebagainya.
- Ada jenis kenderaan yang tidak mempunyai tanda – tanda kerosakan timing belt ia akan putus apabila sampai masanya.
- Jika perkara ini berlaku pada kenderaan anda, periksa rekod penukaran Timing Belt terlebih dahulu.
- Jika Timing Belt putus, sebaiknya jangan cuba untuk hidupkan enjin, ini untuk mengelakan valve berlanggar dengan piston,ini akan mengakibatkan kerosakan teruk kepada enjin kenderaan anda.
4 Jangka Hayat Timing Belt
- Jangka hayat penggunaan Timing Belt ialah 100,000km perjalanan kenderaan.
- Terdapat juga jenis timing belt untuk 60,000km perjalanan.
- Sebaiknya, tukarkan Timing Belt kereta anda untuk 100,000 km untuk mengelakan kejadian tidak dingini berlaku semasa dalam pemanduan.
- Pastikan timing belt set yang dibeli mengandungi : Timing belt, Tensionar bearing dan Oil seal.
Jenis Timing Belt Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Timing Belt Perodua Rusa.
- Timing Belt Myvi 1.0.
- Timing Belt Perodua Viva.
- Timing Belt Perodua Kancil.
- Timing Belt Perodua kenari.
- Timing Belt Perodua Kelisa.
- Timing Belt Proton Wira.
- Timing Belt Proton Waja.
- Timing Belt Proton Perdana V6 1.6/2.0.
- Timing Belt Proton Saga FLX.
- Timing Belt Proton Saga FL.
- Timing Belt Proton Saga BLM.
- Timing Belt Proton Preve.
- Timing Belt Proton Iriz.
- Timing Belt Proton Exora.
- Timing Belt Proton Supirma S.
- Timing Belt Proton Gen 2.
- Timing Belt Proton Persona.
- Timing Belt Proton Iswara.
- Timing Belt Honda CRV S10 2.0.
- Timing Belt Honda Civic B16A.
- Timing Belt Honda Accord Odyssey.
- Timing Belt Honda City SX8 1.3/1/5.
- Timing Belt Toyota Hiace/Hilux/Fortuner.
- Timing Belt Toyota Caldina Turbo.
- Timing Belt Toyota Alphard/Estima Set.
- Timing Belt Naza Citra.
- Timing belt Ford Ranger 2.2 16v TDCI.
Semoga post ini menjadi panduan kepada anda untuk mengesan serta mengenal pasti tanda kerosakan timing belt kereta anda !
Baca Juga : 24 Senarai Dash Cam Kereta Terbaik [2024].
terima kasih atas perkongsian. boleh ke saya tahu, apa kelebihan untuk timing chain dan timing belt? saya percaya dua2 ada kelebihanya. harap dapat memberi pencerahan. terima kasih.
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Kelebihan Timing Belt:
– Meningkatkan kuasa yang lebih baik kerana bergerak lebih lancar denga kesan geseran yang minima.
– Ketepatan pemasaan yang baik.
– Menghilangkan gegaran kecil dan menyerap sebarang gegaran sewaktu enjin beroperasi.
– Beroperasi dengan lebih senyap.
Kelebihan Timing Chain:
– Tidak perlu ditukar selagi belum bunyi nyaring kedengaran.
– Penggunaan yang lama sehingga 400,000km perjalanan.
– Selagi minyak enjin ditukar pada jadual yang betul,timing chain mampu bertahan lama.
Terima Kasih.
terima kasih, atas perkongsian.semoga dipermudahkan
apakah penyebab-penyebab utama timing belt putus jika belum sampai pada waktunya. terima kasih
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Antara penyebab timing belt putus sebelum sampai masa penukaran adalah :
1. Timing belt dipasang terlalu tegang.
2. Timing belt terlalu kendur.
3. Kerosakan pada Tensioner bearing.
Terima kasih.
saya ingin bertanya,sekiranya timing belt cover dah pecah dan rosak,tetapi timing belt masih baru,sy buka cover timing belt depan.adakah ianya akan menjadi masalah?
Terima kasih kerana mengunjungi kinongaraj.com.
Fungsi utama cover timing belt adalah untuk mengelakan kotoran masuk kedalam ruangan timing belt yang boleh merosakan timing belt.
Sebaiknya, tukarkan cover timing belt baru untuk mengelakan perkara buruk berlaku.
Terima kasih.
Nak tanya,apa akibat kalau timing belt terlalu tegang?
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Timing belt yang terlalu tegang akan bunyi seakan bersiul pada timing belt.
Ini mengakibatkan timing belt cepat haus dan tensioner bearing akan cepat rosak.
Terima kasih.
Kereta saya Mercedes E230 V6 Tahin 2008 masaalahnya timing belt terlalu laju selepas menukar aircond compressor baru, timing belt dan condenser .Tak dapat di kesan punca dlm sistem komputer. Apa masaalah nya
Terima kasih kerana mengunjungi Kinongaraj.com.
Selalunya selepas menukar komponen tersebut, masalah pada vaccum aircond akan berlaku.
Ini menyebabkan timing engine menjadi tinggi.
Sebaiknya hantar kereta anda pada mekanik yang berpengalaman untuk mengatasi masalah ini.
Terima kasih.