Anda sedang mencari tanda timing chain rosak ?
Untuk post ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenal pasti tanda Timing Chain pada kereta rosak dan perlu diganti untuk mengelakan perkara yang lebih buruk berlaku kepada enjin kereta anda.
Untuk pengetahuan anda, Timing Chain mampu bertahan sehingga 400,000km perjalanan kereta anda atau lebih.
Selagi minyak enjin ditukar mengikut jadual yang betul, lagi lama Timing Chain bertahan.
Google Ads
Berikut merupakan tanda Timing Chain perlu ditukar :
1 Terdapat Bunyi Pada Enjin
- Terdapat bunyi nyaring pada enjin semasa enjin dihidupkan.
- Bunyi seperti ‘ krak’ krak ‘krak’ boleh didengar pada depan enjin semasa enjin hidup.
- Ini bermakna Timing Chain longgar dan bergeselan dengan timing chain cover semasa berpusing.
- Periksa juga bahagian komponen lain yang mungkin penyebab terjadinya bunyi ini.
2 Lampu Check Enjin Menyala
- Banyak kemungkinan kerosakan komponen enjin yang menyebabkan lampu check enjin menyala.
- Antaranya adalah Timing Chain yang longgar dan perlu ditukar.
- Jika anda tidak pasti, hantar kenderaan anda di bengkel untuk scan diagnosis.
3 Jangka Hayat
- Sebaiknya Timing Chain ditukar sebelum kenderaan mencapai 400,000km.
- Ini untuk mengelakan perkara diluar jangkaan berlaku semasa dalam pemanduan.
- Penjagaan enjin yang baik dapat membantu memanjangkan hayat pengunaan Timing Chain.
4 Enjin Tidak Dapat Dihidupkan
- Sampai kepada satu tahap, enjin tidak dapat dihidupkan.
- Ini disebabkan Timing chain longgar dan mengakibatkan terjadinya ‘ Timing Lompat’ ( gear sproket tersasar dari timing mark ).
- Saya pernah mengalaminya sendiri pada kereta Perodua Kembara 1.3.
- Tukarkan Timing Chain baharu sebelum perkara lebih teruk berlaku.
Jenis Timing Chain Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Timing Chain Perodua Myvi.
- Timing Chain Perodua Alza.
- Timing Chain Perodua Kembara.
- Timing Chain Perodua Bezza 1.3.
- Timing Chain Perodua Axia.
- Timing Chain Proton Inspira 2.0.
- Timing Chain Mitsubhisi Lancer GT 2.0.
- Timing Chain Toyota Avanza.
- Timing Chain Toyota Vios.
- Timing Chain Toyota Vellfire ANH20.
- Timing Chain Toyota Estima ARC30.
- Timing Chain Toyota Harrier 2.4.
- Timing Chain Toyota Camry ACV30.
- Timing Chain Toyota Wish ANE11.
- Timing Chain Isuzu Dmax 3.0 4JJ1.
- Timing Chain Ford Ranger T6 2.2.
- Timing Chain Honda City TMO/Jazz TFO.
Semoga post ini memberikan banyak manfaat kepada anda dalam mengenal pasti tanda – tanda kerosakan timing chain kereta agar enjin kereta anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik !
Baca Juga : 12 Senarai Sport Light Kereta Terbaik.