Anda sedang mencari tinted yang sesuai untuk kereta anda?
Semestinya sebelum anda memasang tinted, pastinya anda perlukan tips pemilihan tinted kereta untuk memilih jenis tinted yang bersesuaian dengan keadaan suhu pada masa kini.
Sebelum itu, saya ingin terangkan kenapa perlu memasang tinted pada kereta.
KENAPA PERLU MEMASANG TINTED :
- Suhu purata di Malaysia sekitar 28˚C hingga 35˚C hampir sepanjang tahun.
- Untuk keselesaan dan keselamatan sepanjang pemanduan.
Berikut Merupakan kod tinted kereta :
- VLT Tinted.
- IR Tinted.
- UV Tinted.
PERBEZAAN KOD TINTED KERETA :
Visible Light Transmission/Peratus Ketelusan Cahaya (VLT)
- Merujuk pada kadar peratusan cahaya yang dapat menembusi cermin kereta anda.
- Semakin rendah peratus tinted, semakin gelap tingkap cermin kereta anda kerana semakin sedikit amaun cahaya yang dapat menembusinya.
- Sekiranya ketelusan cahaya 5% warna tinted adalah lebih gelap berbanding penggunaan tinted ketelusan cahaya sebanyak 80 peratus.
- Cermin kereta menjadi semakin gelap dan pemanduan menjadi lebih selesa kerana kurang silau.
- Anda disarankan untuk mempertimbangkan spec tinted JPJ 2021 dan tidak melebihi peratus tinted kereta yang dibenarkan untuk mengelakkan anda daripada disaman.
Infrared/Sinaran Inframerah (IR)
- Merujuk pada jumlah haba yang dapat menembusi cermin kereta anda.
- Semakin tinggi nilai IR tinted, semakin kurang tahap kepanasan di bahagian dalam ruang kabin kenderaan.
- Sekiranya anda mencari tinted kereta yang boleh menyejukkan suhu dalam kabin kenderaan dengan lebih baik, pilih tinted kereta dengan kadar peratus IR yang tinggi berbanding kadar VLT.
Ultraviolet/Sinaran Ultraungu (UV)
- Merujuk pada bahagian spektrum gelombang elektromagnet yang dipancarkan oleh matahari.
- Nilai UV tinted menunjukkan peratusan UV yang boleh menembusi cermin kenderaan anda.
- Semakin tinggi peratusan UV tinted dicatatkan, semakin tinggi kualiti tinted kenderaan anda.
- Mengurangkan risiko pada kesihatan kulit (kanser kulit, penuaan) dan merendahkan suhu dalam kenderaan.
- Kebanyakan produk tinted cermin premium biasanya menawarkan perlindungan UV sehingga 99 peratus.
TIPS PEMILIHAN TINTED KERETA:
1 Perlindungan Asas
- Mempunyai ciri -ciri perlindungan UV (tinted UV) dan penangkis haba.
- Kebanyakan pengeluar atau pengedar produk tinted cermin biasanya mengiklankan pelbagai retorik menarik untuk melariskan produk jualan mereka.
- Anda disarankan untuk melakukan kajian lanjut di internet untuk mendapatkan kepastian.
- Harga tinted kereta biasanya antara RM100 hingga RM1000 atau mungkin lebih bergantung pada jenis tinted kereta, model atau saiz kereta.
2 Penggunaan Bahan Api
- Tinted berkualiti dapat meminimumkan sinaran cahaya matahari daripada menembusi cermin kenderaan anda.
- Ini dapat mengurangkan dan menjimatkan penggunaan bahan api untuk menyejukkan dalaman kenderaan anda.
- Tinted bergred tinggi dapat dapat menangkis haba daripada diserap masuk ke kabin kereta.
- Dengan tinted kereta bergred tinggi, jumlah haba yang signifikan dapat ditapis mengikut kadar ‘Total Solar Energy Rejected’ (TSER).
- TSER ialah terma yang biasanya dapat dilihat pada produk filem kereta,ia merujuk kepada jumlah haba yang dapat ditangkis oleh filem berkenaan.
- Lagi tinggi nombor tersebut, maka tinggilah jumlah haba yang dapat ditangkis.
- Kereta juga akan nyaman dengan lebih cepat jika jumlah haba dapat dikurangkan.
- Ini bermakna anda tidak perlu menaikkan tahap kesejukan penyaman udara, seterusnya membantu menjimatan bahan api.
3 Pemilihan Jenama Tinted
- Jenama tinted kereta seperti 3M disyorkan oleh pertubuhan kanser kulit Amerika Syarikat.
- Ia menawarkan faktor perlindungan matahari (SPF) yang berjumlah lebih 1,000 iaitu 30 kali ganda lebih tinggi berbanding produk bergred tinggi yang seumpamanya.
- Dengan menangkis radiasi cahaya UV, filem kereta juga mampu melindungi kabin kenderaan daripada masalah kusam dan retak.
4 Keselamatan
- Mempunyai ciri keselamatan yang dapat menahan serpihan cermin kereta yang retak atau pecah daripada berderai apabila terkena seseuatu impak.
- Penggunaan cermin gelap juga dikatakan dapat mengurangkan risiko jenayah.
5 Jaminan dan Waranti
- Mempunyai jaminan perlindungan dan waranti daripada pihak pengeluar.
- Anda boleh membuat tuntutan kerosakan sekiranya tinted cermin yang anda gunakan rosak dalam tempoh jaminan yang ditetapkan.
- Kenal pasti produk tinted yang berkualiti sebelum dipasang pada kereta anda.
PERATURAN CERMIN GELAP UNTUK KENDERAAN DI MALAYSIA
Berikut Merupakan Jenis Tinted Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Tinted Kereta Proton Waja.
- Tinted Kereta Proton Wira.
- Tinted Kereta Proton Iswara.
- Tinted Kereta Proton Persona.
- Tinted Kereta Proton Saga FLX/FL.
- Tinted Kereta Proton Saga BLM.
- Tinted Kereta Proton Exora.
- Tinted Kereta Proton Gen 2.
- Tinted Kereta Proton Perdana.
- Tinted Kereta Proton Preve.
- Tinted Kereta Perodua Myvi.
- Tinted Kereta Perodua Alza.
- Tinted Kereta Perodua Bezza.
- Tinted Kereta Perodua Viva.
- Tinted Kereta Perodua Axia.
- Tinted Kereta Perodua Kancil.
- Tinted Kereta Perodua Kelisa.
- Tinted Kereta Perodua Kenari.
- Tinted Kereta Toyota Avanza.
- Tinted Kereta Toyota Vios.
- Tinted Kereta Honda City.
- Tinted Kereta Honda Jazz.
- Tinted Kereta Toyota Innova.
- Tinted Kereta Naza Citra.
Semoga dengan adanya tips pemilihan tinted kereta ini dapat membantu anda untuk mencari tinted yang sesuai untuk kereta kesayangan anda !
Baca Juga : 16 Tips Penjagaan Kereta Anda.