Anda sedang mencari tanda Wiper kereta rosak ?
Sukar untuk mengenal pasti tanda kerosakan ?
Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda cara untuk menentukan kerosakan wiper kereta anda dengan mudah dan senang untuk difahami.
Berikut Merupakan Tanda Kerosakan Wiper Kereta :
1 Wiper Lompat ( Skipping )
- Wiper kereta melompat apabila dipasang.
- Ini mengakibatkan air atau kotoran yang terdapat pada cermin tidak dapat dilap dengan sempurna.
- Ini akan menjejaskan penglihatan sekiranya memandu pada musim hujan.
2 Calar Pada Cermin ( Streaking )
- Berlaku kesan calar pada cermin.
- Jika dibiarkan berterusan, ini akan kerosakan pada cermin hadapan kereta anda.
- Gantikan Wiper baharu.
3 Splitting ( Pecah – pecah )
- Air atau kotoran yang dilap oleh wiper kelihatan pecah – pecah.
- Ini merupakan tanda kerosakan wiper yang sangat ketara.
- Kerosakan Wiper Blade ini akan menjejaskan penglihatan anda terutama pemanduan pada musim hujan.
- Tukarkan Wiper baharu.
4 Terdapat Bunyi ( Squeaking )
- Terdapat bunyi pada wiper apabila suis wiper dipasang.
- Periksa dahulu keadaan getah wiper kemungkinan terdapat kotoran yang melekat.
- Periksa juga permukaan cermin kereta anda kemungkinan kasar atau terdapat watermark.
- Hilangkan Watermark cermin dengan menggunakan Watermark Remover.
- Bersihkan wiper, jika berlaku kerosakan pada getah, tukarkan Wiper Balde baharu.
5 Jangka Hayat
- Penggunaan Wiper Blade yang lama juga akan merosakan Wiper kereta anda.
- Ini akibat daripada Wiper terdedah kepada air serta panas.
- Tukarkan wiper baharu untuk pemanduan yang lebih selamat.
Cara Penjagaan Wiper Kereta :
- Jika kereta anda berada di tempat yang tidak terlindung/ panas angkat wiper kereta anda supaya tidak terdedah pada bahang panas daripada cermin.
- Bersihkan wiper kereta anda sekali dalam seminggu untuk megelakan kotoran melekat pada getah wiper yang boleh merosakan cermin.
Jenis Wiper Kereta Sebagai Rujukan Anda :
- Wiper Blade Proton Waja = 21″/16″.
- Wiper Blade Proton Wira = 21″/17″.
- Wiper Blade Proton Iswara = 19″/18″.
- Wiper Blade Proton Gen 2 = 21″/19″.
- Wiper Blade Proton Persona = 21″/19″.
- Wiper Blade Proton Exora = 24″/16″.
- Wiper Blade Proton Saga FLX/FL = 22″/ 17″.
- Wiper Blade Proton Saga BLM = 22″ / 17″.
- Wiper Blade Proton Perdana = 20″ /17″.
- Wiper Blade Perodua Myvi = 21″/14″ / 20″/16″.
- Wiper Blade Perodua Alza = 24″ / 16″.
- Wiper Blade Perodua Axia = 21″/14″.
- Wiper Blade Perodua Bezza = 21″/14″.
- Wiper Blade Perodua Viva = 21″/12″.
- Wiper Blade Perodua Kancil = 18″/16″.
- Wiper Blade Perodua Kelisa = 18″ / 16″.
- Wiper Blade Perodua Kenari.
- Wiper Blade Perodua Kembara = 20″/14″.
- Wiper Blade Perodua Rusa = 16″/16″.
- Wiper Blade Toyota Vios.
- Wiper Blade Toyota Vigo.
- Wiper Blade Toyota Camry.
- Wiper Blade Toyota Avanza.
- Wiper Blade Naza Citra.
- Wiper Blade Isuzu Dmax.
- Wiper Blade Isuzu Trooper.
- Wiper Blade Honda City.
- Wiper Blade Nissan Grand Livina.
- Wiper Blade Nissan Navara.
- Wiper Blade Ford Ranger T6.
- Wiper Blade Ford Ranger 2.5 XLT.
Semoga post ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti tanda kerosakan wiper blade kereta anda serta dalam penjagaan amnya agar pemanduan anda lebih lancar tanpa sebarang masalah !
Baca Juga : 11 Kesan Sensor Enjin Rosak Pada Kereta.